2013
Berkongsi dengan seorang Rakan
Februari 2013


Remaja

Berkongsi dengan seorang Rakan

Pada satu hari semasa saya mengaji untuk kelas seminari, satu impresi yang indah dan nyata datang kepada saya. Bila saya baca pelajaran untuk hari yang akan datang, saya terlihat wajah seorang rakan dari sekolah dan berasa bahawa saya harus mengongsikan kesaksian saya dengan dia.

Walaupun impresi itu sangat jelas, saya berasa takut. Saya bimbang bahawa rakan saya akan menolak saya, terutamanya kerana dia tidak nampak berminat untuk menjadi ahli Gereja.

 Saya ingatkan ucapan oleh Sister Mary N. Cook dari presidensi umum Remaja Puteri di mana dia mencabarkan kita untuk bekerja keras dan untuk menjadi gagah.1 Saya ingin menjadi begitu, jadi saya pun tuliskan satu surat kepada rakan ini dan bersaksi tentang kebenaran Gereja dan tentang Kitab Mormon. Pada hari berikut saya letakkan satu salinan Kitab Mormon, bersama dengan surat saya, dalam begnya.

 Dengan kehairanan saya mendapat bahawa rakan saya menerima injil. Bermula pada hari itu, dia memberitahu saya tentang perkara yang sudah dia belajar dalam pengajian Kitab Mormon. Beberapa minggu kemudian, saya memperkenalkan dia kepada para mubaligh. Dengan serta-merta, dia menerima satu penetapan dari Roh kudus bahawa perkara yang sudah dia belajar adalah benar. Para mubaligh dan saya menangis bila dia memberitahu kami tentang perasaannya. Rakan saya dibaptiskan, dan ibu bapanya sangat kagum untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupannya.

 Saya sangat gembira saya dapat mengatasi ketakutan saya dan menolong untuk membawakan injil ke dalam hidupnya.

Nota

  1. Lihat Mary N. Cook, “Never, Never, Never Give Up!” Liahona, Mei 2010, 117–19.

Cetak