Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2013
Diinsafkan kepada Tuhan
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi. Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.reliefsociety.lds.org.
Para saudari yang baru dalam Gereja—termasuk Remaja Puteri yang memasuki Lembaga Pertolongan, para saudari yang balik ke Gereja, dan penganut baru—perlukan sokongan dan persahabatan pengajar berkunjung. “Penglibatan ahli adalah penting untuk pengekalan penganut baru dan untuk membawa balik ahli-ahli yang kurang aktif kepada aktiviti sepenuh,” kata Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul. “Tangkapkan wawasan Lembaga Pertolongan … ini boleh menjadi [salah satu] sumber[-sumber] persahabatan yang paling berkuasa dalam Gereja. Hulurkan tangan kepada mereka yang diajar dan diaktifkan semula lagi, dan menyayangi mereka untuk membawa mereka ke Gereja melalui organisasi anda.”1
Sebagai ahli-ahli Lembaga Pertolongan, kita boleh menolong ahli-ahli baru untuk belajar tentang amalan asas Gereja, seperti:
-
Memberi ucapan.
-
Memberi kesaksian.
-
Mematuh perintah puasa.
-
Membayar persepuluhan dan sumbangan lain.
-
Mengambil bahagian dalam kerja sejarah keluarga.
-
Melakukan pembaptisan dan penetapan bagi nenek moyang mereka yang sudah meninggal dunia.
“Untuk menolong ahli-ahli baru berasa senang hati dan diingini dalam gereja, kita perlukan rakan-rakan yang mengambil perhatian,” kata Elder Ballard.2 Kita semua, terutamanya pengajar berkunjung, memilik tanggungjawab yang penting untuk menubuhkan persahabatan dengan ahli-ahli baru untuk menolong mereka “diinsafkan kepada Tuhan” (Alma 23:6).
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
“Dengan bilangan penganut baru yang semakin bertambah,” kata Presiden Gordon B. Hinckley (1914–2008), “kita mesti menambahkan usaha kita untuk menolong mereka semasa mereka mencarikan jalan mereka. Setiap penganut baru perlukan tiga perkara: seorang rakan, satu tanggungjawab, dan diasuh dengan ‘firman Tuhan yang baik’ (Moroni 6:4).”3
Para pengajar berkunjung boleh menolong orang yang mereka jaga. Biasanya, persahabatan datang dahulu, seperti yang berlaku kepada seorang saudari Lembaga Pertolongan yang muda, seorang pengajar berkunjung kepada seorang saudari yang lebih tua. Perlahan-lahan mereka menubuhkan persahabatan sehingga mereka bekerja bersama-sama dalam satu projek pembersihan. Mereka menjadi rakan, dan bila mereka berbual-bual tentang Pesanan Pengajaran Berkunjung, mereka diasuh oleh “firman Tuhan yang baik.”
Presiden Joseph Fielding Smith (1876–1972) berkata bahawa Lembaga Pertolongan “adalah satu bahagian penting dalam kerajaan Tuhan pada bumi ini dan … ia menolong ahli-ahli yang beriman untuk memperolehi hidup abadi dalam kerajaan Bapa.”4
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan Visiting Teaching Message, February 2013. Malay 10662 348