2013
Nasihat bagi Mubaligh yang Beragu-ragu
Februari 2013


Pesanan Presidensi Utama, Februari 2013

Nasihat bagi Mubaligh yang Beragu-ragu

Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Para penganut Yesus Kristus selalu bertanggungjawab untuk menyebarkan injil-Nya ke seluruh dunia (lihat Markus 16:15–16). Walau begitu, kadang-kala memang susah bagi kita untuk membuka mulut dan berucap tentang iman kita dengan orang di sekeliling kita. Ada sebahagian ahli Gereja yang berbakat semula jadi untuk berucap dengan orang lain tentang perihal agama, ada juga ahli-ahli yang beragu-ragu atau berasa canggung, malu, ataupun takut untuk berbuat demikian.

Oleh sebab itu, saya ingin cadangkan empat perkara yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun untuk mengikut suruhan Juruselamat untuk mengkhutbahkan injil “kepada setiap makhluk” (A&P 58:64).

Menjadi satu Cahaya

Satu pepatah yang saya suka oleh St. Francis dari Assisi berkata, “Sentiasa mengkhutbahkan injil, dan bila perlu, gunakan perkataan.”1 Pepatah ini bererti biasanya khutbah yang tidak diucapkan ialah khutbah yang paling berkuasa.

Bila kita memilik integriti dan hidup dengan standard-standard kita dengan berterusan, orang lain akan mengambil perhatian. Bila kita menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan, mereka lebih lagi mengambil perhatian.

Semua orang ingin menjadi gembira. Bila kita sebagai ahli Gereja memancarkan cahaya injil, orang lain boleh lihat kegembiraan kita dan merasa kasih sayang Tuhan mengisi dan melimpah kehidupan kita. Mereka ingin tahu mengapa. Mereka ingin faham rahsia kita.

Itu akan menyebabkan mereka untuk menanya soalan seperti “Mengapa anda begitu gembira?” atau “Mengapa anda selalu mempunyai sikap yang positif?” Jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini, tentunya, mengarah ke satu perbualan tentang injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan.

Menjadi Suka Berbual-bual

Berbual-bual tentang subjek agama—terutamanya dengan rakan-rakan kita dan orang yang kita kasihi—boleh nampaknya sangat menakutkan dan mencubakan. Ia tidak harus jadi begitu. Berucap tentang pengalaman rohani atau berbual-bual tentang aktiviti-aktiviti atau kejadian Gereja dalam perbualan yang kasual boleh menjadi mudah dan senang jika kita gunakan sedikit keberanian dan akal budi.

Isteri saya, Harriet, ialah satu teladan yang bagus. Bila kami berdiam di Jermani, dia mencarikan cara untuk mencampurkan topik-topik yang berkaitan dengan Gereja dalam perbualannya dengan rakan-rakan dan kenalan. Sebagai contoh, bila seorang menanya tentang hujung minggunya, dia kata, “Hari Ahad ini kami ada satu pengalaman yang sangat baik di gereja kami! Seorang remaja yang berusia 16 tahun berikan satu ucapan yang indah di depan 200 orang jemaah kami tentang mengikut satu kehidupan yang bersih.” Atau, “Saya belajar tentang seorang wanita yang berusia 90 tahun yang sudah mengait lebih dari 500 selimut dan berikan selimut-selimut itu kepada program Perikemanusiaan Gereja kami untuk dikirim kepada orang yang berkeperluan di seluruh dunia.”

Biasanya, orang yang dengar ini ingin tahu dengan lebih mendalam. Mereka menanya soalan. Dan itu mengarah ke kesempatan untuk berbual-bual tentang injil dalam cara yang natural, berkeyakinan, dan tidak menyinggungkan orang lain.

Semenjak rekaan Internet dan media sosial, adalah lebih mudah untuk berbual tentang perkara-perkara ini dalam perbualan berbanding dengan masa dahulu. Kita hanya perlukan keberanian untuk berbuat demikian.

Penuh dengan Rahmat

Tetapi malangnya, adalah sangat mudah untuk menjadi pemberang. Ini berlaku bila kita bertengkar, memperkecilkan dan mengutik orang lain. Bila kita menjadi marah, kurang ajar, atau menyakitkan hati orang lain, mereka tidak akan ingin belajar tentang kita. Kita tidak tahu berapa orang meninggalkan Gereja atau tidak menjadi ahli Gereja kerana seorang mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati mereka dan menyinggung mereka.

Pada hari ini ada banyak kekasaran dalam dunia ini. Kerana anonimiti Internet, adalah lebih mudah untuk mengucapkan perkara-perkara yang menyakitkan hati di Internet. Tidak haruskah kita,sebagai pengikut Kristus yang halus, lebih bermurah hati? Kitab suci mengajar, “Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya” (Kolose 4:6).

Kata-kata kita haruslah jelas seperti langgit dan penuh dengan rahmat. Dapatkah anda gambarkan keadaan keluarga, bahagian, negara, dan dunia kita jika kita melaksanakan asas yang senang ini?

Penuh dengan Iman

Ada masanya kita berikan diri sendiri terlalu banyak kredit atau tuduhan mengenai sama ada orang lain menerima injil atau tidak. Adalah penting untuk mengingati bahawa Tuhan tidak mengharapkan kita untuk menukarkan hati.

Penukaran hati tidak datang dari kata-kata kita tetapi dari layanan Roh Kudus. Ada masa bila hanya satu frasa kesaksian kita atau satu pengalaman untuk memulakan kelunakan hati atau membuka satu pintu yang boleh membimbing orang lain untuk mengalami kebenaran yang sublim melalui tekanan Roh Kudus.

Presiden Brigham Young (1801–77) berkata bahawa dia tahu injil adalah benar bila dia “lihat seorang lelaki tanpa kepetahan, atau bakat untuk pengucapan umum, yang hanya boleh kata, ‘Saya tahu, dengan kuasa Roh Kudus, bahawa Kitab Mormon adalah benar, Joseph Smith ialah seorang nabi Tuhan.’” Presiden Young kata bila dia mendengar kesaksian yang rendah hati itu, “Roh Kudus yang datang dari individu itu menerangkan kefahaman saya, dan cahaya, kemuliaan, dan kebaqaan muncul di hadapan saya.”2

Saudara dan saudari, beriman. Tuhan boleh mengembangkan perkataan-perkataan yang anda ucapkan dan membesarkan perkataan-perkataan itu. Tuhan tidak tanya anda untuk menukarkan hati tetapi untuk membuka mulut anda. Tugas untuk menukarkan hati bukanlah tugas anda—tugas itu ialah tugas orang yang mendengar dan tugas Roh Kudus.

Setiap Ahli Seorang Mubaligh

Rakan-rakan yang kukasihi, pada hari ini ada banyak cara bagi kita untuk membuka mulut dan mengongsikan berita baik injil Yesus Kristus dengan orang lain. Ada satu cara bagi setiap orang—mahupun mubaligh yang beragu-ragu—untuk mengambil bahagian dalam kerja yang mulia ini. Kita boleh mencarikan satu cara untuk menggunakan bakat dan kegemaran kita untuk menyokong kerja yang mulia ini untuk menerangkan dunia ini dengan cahaya dan kebenaran. Bila kita buat demikian, kita akan mendapat kebahagiaan yang datang kepada mereka yang beriman dan berani “untuk berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu” (Mosia 18:9).

Nota

  1. St. Francis of Assisi, dalam William Fay and Linda Evans Shepherd, Share Jesus without Fear (1999), 22.

  2. Teachings of Presidents of the Church: Brigham Young(1997), 67.

Mengajar dari Pesanan Ini

Satu cara yang berkesan untuk mengajar adalah untuk “menggalak mereka yang anda ajar untuk menetapkan … matlamat yang boleh menolong mereka mematuh asas yang sudah anda ajar” (Teaching, No Greater Call [1999], 159). Menimbang untuk menjemput mereka yang anda ajar untuk menetapkan matlamat dengan berdoa untuk mengongsikan injil dengan orang lain dalam bulan ini. Ibu bapa boleh bincangkan cara-cara bagaimana anak-anak kecil boleh menolong. Anda juga boleh menolong ahli-ahli keluarga untuk mencambah idea atau melakonkan cara untuk memulakan perbincangan tentang injil dalam perbualan dan memikirkan aktiviti-aktiviti Gereja di mana mereka boleh menjemput seorang rakan.