2013
Sila Sembuhkan Hati saya
Mac 2013


Remaja

Sila Sembuhkan Hati Saya

Pada hari ulang tahun kematian abang saya, saya merenungkan hidup saya semenjak kematiannya. Saya ingat saya merasa kesakitan yang hebat dan juga berkat-berkat yang Tuhan berikan saya.

Saya tidak faham bagaimana kematian seorang yang terkasih boleh datangkan berkat. Saya tidak faham bagaimana saya boleh memperoleh kebahagiaan dan kesyukuran terhadap satu perkara yang sangat menyakitkan. Tetapi, pada suatu malam, perspektif saya pun ubah.

Saya bangun pada tengah-tengah malam dengan hati yang berat yang tidak pernah saya alami. Kesakitan itu melemaskan saya. Saya berlutut dan berdoa kepada Bapa Syurgawi saya dengan tersedu-sedan. Saya sudah diajar tentang Penebusan dan kuasa mukjizat Yesus Kristus sepanjang hidup saya. Sekarang iman saya diuji. Adakah saya benar-benarnya percaya? Saya tanya Bapa Syurgawi saya untuk menyembuhkan hati saya. Kesakitan itu terlalu hebat untuk saya bertemu dengan bersendirian.

Kemudian, satu perasaan kedamaian, kesenangan hati, dan kasih menyelubungi seluruh badan saya. Saya berasa Tuhan memeluk saya dan melindung saya dari kesakitan yang saya sudah rasa. Saya masih merindui saudara saya, tetapi saya dapat memandang dengan mata yang berbeza. Ada banyak perkara yang dapat saya belajar dari pengalaman ini.

Saya tahu bahawa kasih sayang dan kedamaian Tuhan sedia ada. Kita hanya perlu mengambil bahagian.