Pesanan Pengajaran Berkunjung, Mac 2013
Pengaktifan
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Nabi kita, Presiden Thomas S. Monson, menggalak kita untuk “menghulurkan tangan untuk menyelamat mereka yang perlukan bantuan kita dan untuk meningkat mereka ke jalan yang lebih tinggi dan yang lebih baik. … Ini kerja Tuhan, dan bila kita melakukan kerja Tuhan, … kita berhak untuk menerima bantuan Tuhan.”1
Banyak tahun lalu LaVene Call dan teman pengajar berkunjungnya mengunjung seorang saudari yang kurang aktif. Mereka mengetuk pintunya dan mendapati seorang ibu yang muda memakai jubah mandi. Dia nampaknya sakit, tetapi mereka cepat sedar bahawa masalahnya ialah arak. Dua orang pengajar berkunjung itu duduk dan berbual dengan ibu muda itu.
Selepas mereka tinggakan rumahnya, mereka kata, “Dia seorang anak Tuhan. Kita bertanggungjawab untuk menolong dia.” Jadi mereka kerap mengunjungi dia. Setiap kali, mereka dapat lihat dan rasa satu perubahan yang bagus. Mereka jemput saudari itu untuk menghadiri Lembaga Pertolongan. Walupun dia enggan, pada akhirnya dia menghadiri dengan lazim. Selepas digalakkan, saudari itu dan suaminya serta anak perempuan mereka menghadiri gereja. Suaminya dapat rasa Roh Kudus. Dia kata, “Saya akan lakukan perkara yang dicadang oleh uskup.” Sekarang mereka aktif dalam Gereja dan sudah dimeterai dalam bait suci.2
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Menolong mereka yang tersesat jalan untuk kembali kepada injil Yesus Kristus adalah sebahagian hidup seorang Orang Suci Zaman Akhir dan seorang ahli Lembaga Pertolongan. Presiden Brigham Young (1801–77) berkata,”Semoga kita berbelas kasihan terhadap satu sama lain, … dan mereka yang dapat lihat bimbinglah yang buta sehingga mereka dapat lihat jalan itu untuk diri sendiri.”3
Eliza R. Snow, presiden umum Lembaga Pertolongan kedua, mengiktirafkan usaha para saudari di Ogden, Utah, USA, untuk memperkuatkan satu sama lain. “Saya sedar bahawa banyak [perkhidmatan] sudah diderma yang tidak akan dicatatkan,” dia kata. Tetapi dia sedar bahawa satu rekod disimpan di syurga tentang kerja para saudari semasa mereka menghulurkan tangan kepada mereka yang sudah sejuk hati, dia kata: “Presiden Joseph Smith sudah kata bahawa lembaga ini ditubuh untuk menyelamatkan jiwa. … Satu buku tentang iman anda, kebaikan hati anda, kerja baik anda, dan kata-kata anda disimpan. … Tidak ada sebarang pun yang akan hilang.”4
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris:6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan Visiting Teaching Message, March 2013.Malay 10663 348