Pesanan Presidensi Utama, Mac 2013
Diam, Tenanglah
Satu hari beberapa tahun dahulu, selepas saya habis bekerja di pejabat, saya berasa satu impresi yang kuat untuk mengunjung seorang balu yang tua yang tinggal di satu pusat orang tua di Salt Lake City. Saya pun pandu kereta ke situ dengan serta merta.
Bila saya sampai ke biliknya, tiada orang di situ. Saya menanya seorang pekerja di mana balu itu berada dan dia mengarah saya ke satu bilik tamu. Di situ saya nampak balu yang manis itu berkunjung dengan saudarinya dan seorang kawan. Kami adakan satu perbualan yang gembira.
Di tengah-tengah perbualan kami, seorang lelaki masuk ke bilik itu untuk memperoleh satu tin minuman soda dari mesin layan diri. Dia memandang saya sepintas lalu dan berkara, “Anda Tom Monson.”
“Ya,” saya balas. “Dan anda nampaknya seorang Hemingway.”
Dia kata bahawa dia Stephen Hemingway, anak lelaki Alfred Eugene Hemingway, yang pernah berlayan sebagai penasihat saya bila saya seorang uskup banyak tahun lalu yang saya panggilkan Gene. Stephen beritahu saya bahawa bapanya tinggal di pusat itu juga dan dia sudah hampir mati. Gene sudah lama memanggil nama saya, dan keluarganya ingin menghubungi saya tetapi tidak dapat cari nombor telefon saya.
Saya pun tinggalkan bilik tamu itu dengan serta merta dan pergi bersama Stephen ke bilik di mana bekas penasihat saya berada, dan anak-anaknya berkumpul, isterinya sudah meninggal dunia beberapa tahun dahulu. Ahli-ahli keluarganya pandangkan pertemuan saya dengan Stephen di bilik tamu itu sebagai satu jawapan dari Bapa Syurgawi kepada keinginan mereka bahawa saya boleh jumpa bapa mereka sebelum dia mati dan jawab panggilannya. Saya juga berasa begitu, jika Stephen tidak masuk ke bilik tamu itu pada masa saya mengungjung, saya tidak akan dapat tahu bahawa Gene berada di pusat itu.
Kami berikan dia satu berkat. Satu roh yang damai menang. Kami adakan satu kunjungan yang gembira, dan saya pun tinggalkan pusat itu selepas itu.
Pada hari berikut satu panggilan telefon memberitahu saya bahawa Gene Hemingway sudah meninggal dunia— 20 minit selepas dia menerima berkat dari saya dan anak lelakinya.
Saya berdoa secara senyap untuk mengucapkan kesyukuran kepada Bapa Syurgawi demi pengaruhan bimbingan-Nya, yang menekankan kunjungan saya ke pusat orang tua itu dan bimbingkan saya ke sahabat saya Alfred Eugene Hemingway.
Saya ingin fikirkan bahawa Gene Hemingway berfikir pada malam itu—semasa kami diselubungi oleh sinaran Roh, semasa kami mengucap doa yang rendah hati, dan satu berkat imamat—bergemakan kata-kata dari lagu rohani “Tuhan, Badai S’dang Mengamuk”:
Penebus yang memberkati,
Jangan tinggal kami.
Hingga tiba di pantai bahagia,
Dengan aman menepi.
Saya masih suka lagu rohani itu dan bersaksi tentang kesenangan hati yang diberi oleh lagu ini:
Angin, ombak ’kan tunduk pada Mu, Tenanglah.
Meski amukan manusia, iblis, badai,
Atau apa pun juga tak dapat menelan kapal ini,
Yang membawa Tuhan langit bumi!
Semua ’kan tunduk kepada Mu,
Diam, tenang.1
Melalui air mata dan cubaan, melalui ketakutan dan kedukaan, melalui kesakitan hati dan kesunyian dari kehilangan orang terkasih, adanya satu kepastian bahawa hidup adalah kekal. Tuhan dan Juruselamat kita ialah saksi hidup bahawa semua tersebut benar.2 Kata-kata-Nya dalam kitab suci adalah cukup: “Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Tuhan” (Mazmur 46:10). Saya berikan kesaksian kepada kebenaran ini.
2013 oleh Intellectual Reserve, Inc.Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan First Presidency Message, March 2013. Malay. 10663 348