2013
Dia Sudah Bangkit
April 2013


Pesanan Presidensi Utama, April 2013

Dia Sudah Bangkit

Oleh Presiden Henry B. Eyring

Kesaksian tentang kenyataan Kebangkitan Yesus Kristus ialah satu sumber harapan dan keazaman. Dan ini boleh berlaku kepada setiap anak Tuhan. Ini berlaku kepada saya pada satu hari pada musim panas Jun 1969 bila ibu saya meninggal dunia, semenjak itu, dan sehingga saya jumpa dia lagi.

Kedukaan dari pemisahan sementara diganti oleh kegembiraan dengan serta merta. Ia adalah lebih dari satu harapan demi satu penyatuan semula yang riang. Kerana Tuhan sudah mewayuhkan banyak perkara melalui para nabi-Nya dan sebab Roh Kudus sudah menetapkan kebenaran tentang Kebangkitan kepada saya, saya dapat melihat dalam minda saya masa kita bertemu lagi dengan orang-orang terkasih kita yang sudah disucikan dan dibangkitkan:

“Inilah mereka yang akan tampil dalam kebangkitan orang soleh. …

“Inilah mereka yang namanya tertulis di dalam syurga, di mana Tuhan dan Kristus adalah hakim atas semua orang.

“Inilah mereka yang adalah orang soleh yang dijadikan sempurna melalui Yesus perantara perjanjian baru, yang mendatangkan pendamaian yang sempurna ini melalui penumpahan darah-Nya sendiri” (A&P 76:65, 68–69).

Kerana Yesus Kristus sudah mengatasi kematian, semua anak Bapa Syurgawi yang dilahir ke dunia ini akan dibangkitkan dalam satu tubuh badan yang tidak akan mati. Jadi, kesaksian kita tentang kebenaran yang sungguh baik ini boleh menyingkirkan kedukaan yang datang dari kematian ahli keluarga atau rakan dan ganti dengan harapan yang gembira dan keazaman yang kukuh.

Tuhan sudah berikan kita kurnia kebangkitan, di mana roh kita diletakkan dalam tubuh badan yang bebas dari ketidaksempurnaan fizikal (lihat Alma 11:42–44). Ibu saya akan menjadi muda dan wajahnya berseri, dan kesan tua dan penderitaan fizikal yang bertahun-tahun akan disingkirkan. Itu akan berlaku kepada dia dan kita sebagai satu kurnia.

Tetapi kami yang ingin bersama dia buat selama-lamanya mesti buat pilihan yang melayakkan diri demi perhubungan itu, untuk hidup di mana Bapa dan Putera-Nya yang sudah bangkit akan tinggal dalam kemuliaan. Hanya di situ kehidupan keluarga dapat diteruskan selama-lamanya. Satu kesaksian tentang kebenaran itu meningkatkan keazaman saya untuk melayakkan diri dan orang yang saya kasihi demi darjah tertinggi dalam kerajaan selestial melalui Penebusan Yesus Kristus dalam hidup kita (lihat A&P 76:70).

Tuhan berikan kita satu bimbingan dalam pencarian demi kehidupan abadi dalam doa-doa sakramen yang menolong saya dan juga boleh menolong anda. Kita dijemput untuk memperbaharukan perjanjian pembaptisan dalam setiap pertemuan sakramen.

Kita berjanji untuk selalu mengingati Juruselamat. Lambang-lambang pengorbanan-Nya menolong kita untuk menghargai magnitud kesakitan yang sudah Dia menderita untuk mengatasi kematian, untuk memberikan kita belas kasihan, dan keampunan untuk semua dosa kita jika kita bertaubat.

Kita berjanji untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Mengaji kitab suci dan firman para nabi hidup dan mendengar para pengucap yang diilham dalam pertemuan sakramen kita memperingatkan kita tentang perjanjian kita untuk berbuat demikian. Roh Kudus bawakan kepada minda dan hati kita perintah-perintah yang harus kita patuhi hari itu.

Dalam doa-doa sakramen, Tuhan berjanji untuk menghantarkan Roh Kudus untuk bersama kita (lihat Moroni 4:3; 5:2; A&P 20:77, 79). Saya mendapati bahawa Tuhan boleh berikan saya sesuatu yang merupakan temuduga peribadi. Dia bawa ke perhatian saya perkara yang sudah saya lakukan yang menggembirakan Dia, keperluan saya untuk bertaubat dan mengampun, dan nama-nama dan wajah-wajah orang yang Dia ingin saya layan bagi pihak-Nya.

Selepas banyak tahun, pengalaman-pengalaman yang sudah menukarkan harapan kepada perasaan ihsan dan sudah mendatangkan satu kepastian bahawa belas kasihan sudah diberikan kepada saya oleh Penebusan dan Kebangkitan Juruselamat.

Saya bersaksi bahawa Yesus ialah Kristus yang sudah bangkit, Juruselamat kita, dan teladan sempurna dan bimbingan kita demi kehidupan abadi.

Mengajar dari Pesanan Ini

Kita harus “mempersamakan segala tulisan suci dengan kami, agar itu boleh untuk keuntungan dan pembelajaran kami” (1 Nefi 19:23). Bertimbang untuk membaca doa-doa sakramen, yang boleh didapati dalam Ajaran dan Perjanjian 20:76–79. Selepas membaca pengajaran Presiden Eyring tentang doa-doa sakramen, anda mungkin hendak menjemput mereka yang anda ajar untuk memikirkan cara-cara doa-doa ini boleh membimbing hidup mereka dan menolong mereka untuk kembali sekali kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.