Pesanan Pengajaran Berkunjung, April 2013
Perjanjian-perjanjian Bait Suci
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi. Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
“Tatacara-tatacara penyelamatan yang diterima dalam bait suci yang membenarkan kita untuk kembali kepada Bapa Syurgawi dalam perhubungan keluarga abadi dan untuk dianugerahi dengan berkat-berkat dan kuasa dari syurga adalah berkelayakkan segala pengorbanan dan usaha,”1 kata Presiden Thomas S. Monson. Jika anda belum pergi ke bait suci, anda boleh bersedia untuk menerima tatacara-tatacara bait suci dengan:
-
Percaya kepada Bapa Syurgawi, Yesus Kristus, dan Roh Kudus.
-
Memupuk satu kesaksian tentang Penebusan Yesus Kristus dan injil yang sudah dipulihkan.
-
Mendukung dan mengikut nabi hidup.
-
Berlayak demi surat rekomen bait suci dengan membayar persepuluhan, menjadi suci secara moral, jujur, mematuh Kata-kata Bijaksana, dan hidup selaras dengan ajaran-ajaran Gereja.
-
Sumbangkan masa, bakat, dan harta untuk menolong membina kerajaan Tuhan.
-
Mengambil bahagian dalam kerja sejarah keluarga.2
Presiden Monson terus mengajar, “Bila kita mengingat perjanjian-perjanjian yang sudah kita buat dalam [bait suci], kita akan lebih berkuasa untuk menanggung setiap cubaan dan mengatasi setiap godaan.”3
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
“Lebih dari 5,000 Orang Suci berkumpul di Bait Suci Navoo selepas dedikasinya. …
“Kekuatan, kuasa, dan berkat perjanjian-perjanjian bait suci [menyokong] Orang-orang Suci Zaman Akhir semasa perjalanan mereka ke [barat], bila mereka [menderita] kesejukan, kepanasan, kelaparan, kemiskinan, kesakitan, kemalangan, dan kematian.”4
Seperti banyak saudari Lembaga Pertolongan, Sarah Rich berlayan sebagai seorang pekerja bait suci. Dia berucap tentang pengalamannya: “Jika tanpa iman dan pengetahuan yang dikurnia kami dalam bait suci oleh … Roh Tuhan, perjalanan kami akan menjadi seperti bergerak dalam kegelapan … Tetapi kami beriman kepada Bapa Syurgawi kami, … berasa bahawa kami orang terpilih-Nya … , dan sebalik dari berasa dukacita, kami beriang bahawa hari pembebasan kami sudah sampai.”5
Penghijrahan itu bukan “bergerak dalam kegelapan” untuk para wanita Orang Suci Zaman akhir yang beriman. Mereka disokong oleh perjanjian-perjanjian bait suci mereka.
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan Visiting Teaching Message, April 2013. Malay. 10664 348