Remaja
Digerak oleh Iman
penulis ini tinggal di North Carolina, Amerika Syarikat
Saya tidak lupakan masa saya berjalan-jalan di kawasan Winter Quaters, Nebraska, Amerika Syarikat, di mana perintis tinggal banyak tahun lalu. Kawasan itu suci, macam saya mengunjungi bait suci.
Mata saya penuh dengan air mata, mengaburkan penglihatan saya. saya nampak satu arca tetapi tidak dapat nampak wajah arca itu. Bila saya mengelap mata saya, saya nampak arca itu ialah seorang lelaki dan seorang wanita, wajah mereka sedih. Bila saya mendekati arca itu, saya nampak bentuk seorang bayi berpaling dalam satu kubur di sisi kaki mereka.
Pandangan ini mengisi saya dengan banyak emosi: kesedihan, kemarahan, kesyukuran, dan kebahagiaan. Saya ingin angkatkan kesakitan yang dirasai oleh Orang-orang Suci itu, tetapi saya bersyukur juga demi perkara yang sudah mereka korban untuk injil.
Pengalaman saya di Winter Quarters menolong saya untuk menyedari bahawa Bapa Syurgawi berikan injil kepada anak-anak-Nya dan membenarkan mereka hak pilihan untuk melakukan apa pun yang mereka hendak lakukan dengan injil ini. Ibu bapa bayi itu boleh pilih untuk mengambil jalan yang lebih mudah. Mengikut nabi dan mematuhi injil memerlukan para perintis itu terus bergerak ke depan walaupun mereka harus menguburkan bayi mereka. Mereka memilih injil dalam hidup mereka dan menerima cubaan mereka. Saya belajar bahawa dedikasi Orang-orang Suci itu terhadap injil dan keazaman mereka untuk terus bermaju depan digerak oleh iman dan harapan—harapan demi satu masa depan yang gemilang dan iman bahawa Tuhan tahu mereka dan boleh menyenangkan kesakitan mereka.