2013
Dunia Perlukan Perintis Hari Ini
Julai 2013


Pesanan Presidensi Utama, Julai 2013

Dunia Perlukan Perintis Hari Ini

Presiden Thomas S. Monson

Kepada banyak orang, perjalanan perintis pada tahun 1847 tidak bermula di Nauvoo, Kirkland, Far West, atau New York tetapi di England, Scotland, Scandinavia, atau Germany. Kanak-Kanak kecil tidak faham tentang iman yang dinamik yang memandu ibu bapa mereka untuk meninggalkan keluarga, sahabat, kesenangan, dan keselamatan.

Seorang kanak-kanak kecil mungkin menanya, “Ibu, mengapa kita meninggalkan rumah? Ke mana kita pergi?”

“Marilah, sayang; kita pergi ke Sion, bandar Tuhan kita.”

Di antara keselamatan rumah dan perjanjian Sion adalah satu laut Atlantik yang berbahaya. Siapa boleh menceritakan semula ketakutan yang mencengkam hati manusia sepanjang penyeberangan yang penuh bahaya itu? Ditekan oleh bisikan Roh, disokong oleh iman yang kekal, Orang-orang Suci perintis itu berkeyakinan kepada Tuhan dan melaksanakan perjalanan mereka.

Selepas mereka sampai ke Nauvoo, mereka menemui kesukaran lagi. Batu nisan yang dibina dengan daun saga dan batu menandakan kubur-kubur di sepanjang perjalanan dari Nauvoo ke Salt Lake City. Inilah harga yang dibayar oleh para perintis. Tubuh badan mereka dikuburkan dalam kedamaian, tetapi nama mereka masih hidup.

Lembu-lembu bergerak dengan perlahan-lahan, roda kereta wagon mendecit, lagu peperangan dimainkan, dan koyote meneriak. Tetapi para perintis yang diilham oleh iman dan dipaksa oleh kesukaran terus berjalan. Mereka menyanyi:

Mari, mari, Orang-orang Suci,

Janganlah khuatir.

Walau hatimu terasa pedih,

Berkat-Nya’ kan hadir. …

Selamatlah! Selamatlah!1

Para perintis ini ingat firman Tuhan: “Umat-Ku mesti dicuba dalam segala sesuatu, agar mereka boleh siap untuk menerima kemuliaan yang Aku miliki untuk mereka, bahkan kemuliaan Sion.”2

Kelaluan masa mengaburkan peringatan kita dan menurunkan kesyukuran kita terhadap mereka yang sudah melaksanakan perjalanan yang susah itu, meninggalkan kubur-kubur tanpa nama pada perjalanan yang ditanda dengan air mata. Tetapi bagaimana pula dengan cubaan-cubaan hari ini? Tidak adakah jalan yang susah untuk diatasi, tidak adakah gunung yang lekak-lekuk untuk didaki, tidak adakah jurang untuk dilandas, tidak adakah jejakan di buat, tidak adakah sungai diharung? Atau adanya satu keperluan hari ini demi roh perintis untuk membimbing kita jauh dari kebahayaan yang mengancam dan menyelubungi kita serta untuk membimbing kita ke keselamatan Sion?

Dalam dekad-dekad semenjak Peperangan Dunia Kedua, standard-standard moraliti semakin turun. Jenayah terus meningkat; ketertiban berkurang. Banyak orang mencarikan malapetaka hidup, keseronakan sementara semasa mengorbankan kebahagiaan abadi. Bila kita buat demikian, kita kehilangan kedamaian.

Kita sudah lupa tentang bagaimana Orang-orang Yunani dan Orang-orang Roman menang dengan gagahnya dalam dunia yang tidak bertamadun dan bagaimana kemenangan itu tamat—bagaimana kemalasan dan kelemahan mengatasi mereka sampai kejatuhan mereka. Pada akhirnya, mereka inginkan keselamatan dan kesenangan hidup lebih dari kemerdekaan; dan mereka hilangkan semua—kesenangan hidup, keselamatan, dan kemerdekaan.

Jangan serahkan diri kepada godaan Setan; sebaliknya, berdiri dengan teguh demi kebenaran. Keinginan jiwa yang tidak berhabisan tidak dapat dipuaskan oleh pencarian kebahagian yang berlangsung di tengah-tengah keseronokan sensasi dan maksiat. Maksiat tidak mengarah terhadap hemah. Kebencian tidak menggalakkan belas kasihan. Ketakutan tidak mendatangkan keberanian. Keraguan tidak mengilhamkan iman.

Ada orang mendapati bahawa adalah susah untuk menahan ejekan dan kata-kata hina dari orang yang tidak bijaksana yang mencemuhkan kemurnian, kejujuran, dan kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan. Tetapi dunia ini selalu memperkecilkan kepatuhan kepada prinsip. Bila Nuh diarah untuk membina satu bahtera, penduduk dunia yang bodoh ternampak langit yang tidak berawan dan mengejek dan mencemuh—sehingga hujan turun.

Mestikah kita belajar pengajaran yang hebat ini berulang kali? Masa ubah, tetapi kebenaran tetap kekal. Bila kita gagal untuk bermanfaat dari pengalaman-pengalaman masa lepas, kita ditakdir untuk mengulangkan pengalaman-pengalaman itu bersama dengan kesakitan hati, penderitaan, dan kesengsaraan pengalaman itu. Kita tidak adakah kebijaksanaan untuk mematuhi Dia yang tahu segala dari permulaan sehingga ketamatan—Tuhan kita, yang sudah rekakan rancangan keselamatan—dan bukan ular itu, yang benci keindahan?

Satu kamus menghuraikan seorang perintis sebagai “seseorang yang pergi dulu untuk menyediakan atau membuka jalan untuk diikuti orang lain.”3 Bolehkah kita mengumpul keberanian dan ketabahan tujuan yang menggambarkan sifat para perintis dari generasi dahulu? Bolehkah anda dan saya, menjadi perintis?

Saya tahu bahawa kita boleh. Oh, dunia ini perlukan perintis hari ini!

Mengajar dari Pesanan Ini

Kitab suci menjelaskan bahawa pengajar keluarga harus “memperingatkan, memaparkan, mengimbau dan mengajar, dan mengajak semua orang untuk datang kepada Kristus” (A&P 20:59). Bertimbang untuk menunjukkan amaran-amaran dan jemputan dalam pesanan Presiden Monson kepada mereka yang anda kunjungi. Anda mungkin hendak berbincang bersama mereka tentang cara untuk mengenali dan mengikuti teladan-teladan yang soleh, mengelakkan penipuan, dan belajar dari kesilapan orang lain. Tanya mereka yang anda ajar cara mereka boleh menjadi perintis hari ini.