Pesanan Pengajaran Berkunjung, Julai 2013
Belajar dan Mengajarkan Injil
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Yesus Kristus seorang guru yang mahir. Dia dirikan teladan kepada kita semua bila Dia “mengajar para wanita secara berkumpulan dan secara individu, di jalanraya dan di tepi laut, di tepi perigi dan dalam rumah mereka. Dia menunjukkan kebaikan hati yang penuh kasih terhadap mereka dan menyembuhkan mereka dan ahli-ahli keluarga mereka.”1
Dia mengajar Marta dan Maria dan “menjemput mereka untuk menjadi pengikut-Nya dan mengambil bahagian dalam penyelamatan, ‘perkara baik’ (Lukas 10:42) yang tidak akan dirampas dari mereka.”2
Dalam kitab suci zaman akhir, Tuhan memerintah kita untuk “saling mengajar ajaran kerajaan” (A&P 88:77). Cheryl A. Esplin, penasihat kedua dalam presidensi umum Primaria, mengucapkan berikut tentang mengajarkan dan belajar ajaran, “Belajar untuk memahami ajaran-ajaran injil dengan sepenuhnya adalah satu proses sepanjang hidup dan datang secara ‘baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit’ (2 Nefi 28:30).”3
Semasa kita belajar, mengaji, dan berdoa, kita akan mengajar dengan kuasa Roh Kudus, yang akan membawakan pesanan kita ke “hati anak-anak manusia” (2 Nefi 33:1).
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Nabi-nabi sudah memperingatkan kita sebagai wanita bahawa kita memilik satu peranan yang penting sebagai guru-guru dalam rumah dan Gereja. Pada bulan September tahun 1979, Presiden Spencer W. Kimball (1895–1985) menanya kita untuk menjadi “saudari pakar kitab suci.” Dia kata: “Jadilah ilmiawan kitab suci—bukan untuk memperkecilkan orang lain, tetapi untuk meningkatkan mereka! Sesungguhnya, siapakah yang paling berkeperluan untuk ‘simpanlah baik-baik’ kebenarana injil (yang mungkin mereka bergantung pada masa keperluan) daripada para wanita dan ibu yang bekerja keras untuk membela dan mengajar?”4
Kita semua guru-guru dan pelajar-pelajar. Bila kita mengajar dari kitab suci dan kata-kata nabi hidup kita, kita boleh membantu orang lain untuk datang kepada Kristus. Bila kita mengambil bahagian dalam proses pembelajaran dengan menanya soalan-soalan yang bererti dan kemudian mendengar, kita boleh mendapati jawapan bagi keperluan peribadi kita.
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan Visiting Teaching Message, July, 2013. Malay. 10667 348