Pesanan Presidensi Utama, Ogos 2013
Mengenali, Mengingati, dan Memberi Kesyukuran
Tuhan tanya kita untuk memberi kesyukuran kepada Dia untuk berkat-berkat yang kita terima daripada-Nya. Adalah mudah bagi kita untuk menjadi tidak sedar dalam doa kesyukuran kita, selalu mengulangkan kata-kata yang sama tanpa berniat untuk memberi kesyukuran sebagai satu kurnia hati kepada Tuhan. Kita harus “berterima kasih … di dalam Roh” (A&P 46:32) supaya kita boleh berasa kesyukuran yang benar terhadap perkara yang sudah diberi kepada kita.
Bagaimana kita boleh ingatkan mahupun satu bahagian yang sudah Tuhan lakukan untuk kita? Rasul Yohanes mencatatkan perkara yang sudah diajar oleh Juruselamat tentang kurnia peringatan yang datang dari kurnia Roh Kudus: “Tetapi Roh Tuhan, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu” (Yohanes 14:26).
Roh Kudus memperingatkan kita perkara yang sudah Tuhan ajar kita. Salah satu cara Tuhan mengajar kita adalah melalui berkat-berkat-Nya; jadi, jika kita memilih untuk menggunakan iman, Roh Kudus akan bawakan kebaikan hati Tuhan kepada peringatan kita.
Anda boleh mengujikan perkara ini dalam doa hari ini. Anda boleh mengikut perintah “Engkau hendaknya berterima kasih kepada Tuhan dalam segala sesuatu” (A&P 59:7).
Presiden Ezra Taft Benson (1899–1994) mencadangkan bahawa doa merekakan masa untuk berbuat demikian. Dia kata: “Nabi Joseph berkata bahawa salah satu dosa yang paling besar yang dilakukan oleh Orang-orang Suci Zaman Akhir ialah dosa ketidaksyukuran. Saya percaya kebanyakan kita tidak fikir bahawa itu ialah satu dosa yang besar. Kita bercenderung untuk meminta Tuhan dalam doa dan pemohonan kita demi berkat tambahan. Tetapi kadang-kala saya berasa kita perlu membaktikan lebih banyak doa kita untuk menunjukkan kesyukuran dan berterima kasih terhadap berkat yang sudah kita terima. Kita menikmati banyak perkara.”1
Anda boleh mempunyai pengalaman ini hari ini dengan kurnia Roh Kudus. Anda boleh mulakan satu doa persendiriran dengan hati yang bersyukur. Anda boleh mula mengira berkat anda dan kemudian berhenti buat sekejap. Jika anda gunakan iman, dengan kurnia Roh Kudus, anda akan mengingat berkat-berkat lain yang sudah anda terima. Jika anda menunjukkan kesyukuran untuk setiap berkat itu, doa anda akan lebih panjang. Peringatan akan datang, kesyukuran juga akan datang.
Anda juga boleh cuba buat demikian bila anda menulils dalam jurnal anda. Roh Kudus sudah menolong orang lain semenjak permulaan masa. Anda ingat dalam buku Musa, ia berkata, “Dan sebuah kitab kenangan disimpan, yang di dalamnya dicatat, dalam bahasa Adam, kerana diberikan kepada sebanyak yang meminta kepada Tuhan untuk menulis melalui roh ilham” (Musa 6:5).
Presiden Spencer W. Kimball (1895–1985) menghurai tentang proses tulisan yang berilham itu: “Mereka yang menyimpan satu buku kenangan akan lebih mematuhi Tuhan dalam peringatan kehidupan harian mereka. Jurnal ialah satu cara untuk mengira berkat-berkat kita dan untuk meninggalkan satu sejarah bagi keturunan kita.”2
Bila anda mula menulis, anda boleh menanya diri sendiri, “Bagaimana Tuhan memberkati saya dan orang yang saya kasihi hari ini?” Jika anda selalu buat demikian dan dengan beriman, anda akan mengingat berkat-berkat anda. Dan kadang-kala anda akan menerima kurnia kepada peringatan anda bila anda gagal untuk menyedari berkat sepanjang hari tetapi anda akan tahu Tuhan sudah mempengaruhi anda.
Saya berdoa supaya kita terus berusaha dalam iman untuk mengenali, mengingati dan memberi kesyukuran demi perkara yang sudah dilakukan dan masih dilakukan oleh Bapa Syurgawi dan Jururselamat kita untuk membolehkan kita kembali kepada Mereka.
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan First Presidency Message, August 2013. Malay. 10668 348