2013
Kebajikan
Ogos 2013


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2013

kebajikan

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Tujuan kebajikan Gereja adalah untuk menolong ahli-ahli gereja menjadi bergantug pada diri sendiri untuk menjaga orang yang miskin dan orang yang berkeperluan, dan untuk memberi pelayanan. Kebajikan ialah pusat kerja Lembaga Pertolongan. Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama, mengajar:

“Dari permulaan masa, [Tuhan] sudah sediakan cara-cara bagi para pengikut-Nya untuk melayan. Dia sudah jemput anak-anak-Nya untuk memberikan masa mereka, kewangan mereka, dan untuk mengambil bahagian bersama Dia untuk melayan orang lain. …

“Dia telah meminta dan memerintah kita untuk turut serta dalam pekerjaan-Nya untuk meningkatkan mereka yang berkeperluan. Kita buat perjanjian untuk berbuat demikian dalam air pembaptisan dan dalam bait suci Tuhan. Kita memperbaharui perjanjian ini pada hari Ahad apabila kita mengambil sakramen.”1

Di bawah arahan uskup atau presiden cabang, para pemimpin tempatan membantu dalam pertolongan rohani dan kebajikan jasmani. Peluang untuk melayan biasanya bermula dengan pengajar berkunjung yang mencarikan ilham untuk menjawab keperluan setiap saudari yang mereka kunjungi.

Dari Tulisan Suci

Lukas 10:25–37; Yakobus 1:27; Mosia 4:26; 18:8–11; Ajaran dan Perjanjian 104:18

Dari Sejarah Kita

Pada hari bulan Jun 9, tahun 1842, Nabi Joseph Smith menugaskan para saudari dalam Lembaga Pertolongan untuk “menyenangkan yang miskin” dan untuk “menyelamatkan jiwa.”2 Matlamat-matlamat ini masih berada dalam hati Lembaga Pertolongan dan ditunjukkan dalam moto kita, “Ihsan tidak gagal” (1 Korintus 13:8).

Presiden umum Lembaga Pertolongan kita yang ke lima, Emmeline B. Wells, dan penasihat-penasihatnya melancarkan moto ini pada tahun 1913 sebagai satu peringatan tentang prinsip-prinsip penubuhan kita: “Kita mengisytiharkan bahawa tujuan kita adalah untuk …[berpegang] ketat kepada pengajaran Nabi Joseph Smith yang berilham bila dia mewahyukan rancangan di mana para wanita dikuasakan melalui panggilan imamat untuk dikumpulkan dalam organisasi yang sesuai demi tujuan untuk melayan yang sakit, menolong yang berkeperluan, menyenangkan hati yang tua, memberi amaran kepada yang berwaspada, dan menyokong anak-anak yatim piatu.”3

Hari ini Lembaga Pertolongan mempengaruh seluruh dunia bila para saudari berikan ihsan, iaitu kasih murni Kristus, kepada jiran-jiran mereka (lihat Moroni 7:46–47).

Nota

  1. Henry B. Eyring, “Opportunities to Do Good,” Liahona dan Ensign, May 2011, 22.

  2. Joseph Smith, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 63.

  3. Daughters in My Kingdom 63.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana saya bersedia untuk menjaga diri sendiri dan keluarga saya secara rohani dan jasmani?

  2. Bagaimana saya boleh mengikut teladan Juruselamat bila saya menolong para saudari yang saya jaga?