Pesanan Presidensi Utama, Oktober, 2013
Tanggungjawab Kita untuk Menyelamat
Untuk Orang-orang Suci Zaman Akhir, keperluan untuk menyelamat saudara saudari kita yang, demi apa alasan pun, sudah meninggalkan Gereja ialah satu kepentingan abadi. Adakah kita tahu sesiapa yang buat satu masa dulu mematuhi injil? Jika ada, apakah tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka?
Fikir tentang orang yang sesat di antara yang tua, yang balu atau duda, dan yang sakit. Mereka sering kali berada pada belantara pengasingan yang kering dan terbiar yang dipanggil kesunyian. Bila masa muda tinggal, bila kesihatan merosot, bila tenaga menjadi semakin kurang, bila nyala harapan berkelip-kelip dengan lemah, mereka boleh ditolong dan disokong oleh tangan yang rela membantu dan hati yang berbelas kasihan.
Ada juga orang lain yang memerlukan penyelamatan. Ada orang yang berjuang dengan dosa, ada orang yang sesat kerana ketakutan atau apati atau kejahilan. Apa pun alasan mereka, mereka sudah mengasingkan diri sendiri dari Gereja. Mereka akan terus menjadi sesat sehingga kita—ahli Gereja yang aktif—berhasrat untuk menyelamat dan menolong.
Seseorang untuk Menunjukkan Jalan
Saya menerima satu surat dari seorang lelaki yang sudah meninggalkan Gereja. Ini satu contoh tipikal banyak ahli gereja kita. Selepas menghuraikan cerita tentang bagaimana dia menjadi kurang aktif, dia tulis:
“Saya pernah memiliki banyak dan sekarang saya tidak. saya tidak gembira dan berasa saya gagal dalam segala perkara. saya selalu memiliki kesaksian tentang injil, walaupun saya tidak mematuhi injil dengan sepenuhnya. Saya mintakan doa anda.
“Sila jangan lupakan kami yang sesat—Orang-orang Suci Zaman Akhir yang sesat. Saya tahu di mana Gereja berada, tetapi kadang kala saya perlukan seseorang untuk menunjukkan saya jalan itu, untuk menggalak saya, untuk menghapuskan ketakutan saya, dan memberi kesaksian kepada saya.”
Semasa saya membaca surat ini, saya fikir tentang satu kunjungan saya ke satu galeri seni yang agung di dunia ini—Muzium Victoria dan Albert di London, England. Satu lukisan dari tahun 1831 oleh Joseph Mallord William Turner berada di situ. Pada gambar itu, dia lukiskan awan yang hitam dan laut yang bergolak meramalkan kebahayaan dan kematian. Satu terang dari kapal yang terdampar bersinar dari jauh. Pada latar depan, satu bot keselamatan dicampak oleh ombak. Para lelaki menarik dayung semasa bot keselamatan itu membenam dalam ribut. seorang isteri dan dua orang kanak-kanak berdiri di pantai, mereka basah kerana hujan dan mereka dipukul oleh angin. Mereka memandang ke arah laut dengan cemas. Saya meringkaskan nama lukisan itu dalam akal saya. Bagi saya, lukisan itu menjadi Datang untuk Menyelamat.1
Pada masa kesukaran hidup kita, kebahayaan berhampiran. Lelaki dan perempuan, budak lelaki serta budak perempuan terdampar dan menghadap kemusnahan. Siapa akan tinggalkan kesenangan rumah dan keluarga, dan mengarahkan bot keselamatan untuk menyelamatkan orang yang terdampar?
Tugas kita bukan perkara yang mustahil. Kita berada pada tugas suruhan Tuhan; kita berhak untuk menerima bantuan-Nya.
Semasa pelayanan Guru, dia memanggil para nelayan dari Galilee untuk meninggalkan jala mereka dan mengikut Dia, dan berkata, “Aku akan mengajar kamu menjala orang.”2 Semoga kita bersatu dengan askar nelayan-Nya, supaya kita boleh memberi bantuan.
Tugas kita adalah untuk menolong orang yang sudah menjadi tidak aktif, supaya mereka boleh mendengar firman Tuhan, untuk menikmat teman Roh-Nya, dan “bukan lagi orang asing ataupun pendatang. Sekarang [mereka] warga umat Tuhan dan anggota keluarga Tuhan.”3
Asas Kasih Sayang
Ada dua alasan yang menyebabkan seseorang kembali ke Gereja dan mengubahkan sikap, tabiat, dan tindakan mereka. Pertama, mereka kembali ke Gereja kerana seorang sudah menunjuk mereka kemungkinan abadi mereka dan menolong mereka untuk membuat keputusan untuk mencapai kemungkinan itu. Mereka yang kurang aktif tidak akan berpuas hati dengan kesederhanaan selepas mereka dapat lihat keunggulan yang mungkin mereka capai.
Kedua, mereka kembali kerana orang yang kasihi mereka atau “warga umat Tuhan” lain mengikut teguran Juruselamat, menyayangi jiran mereka serupa diri sendiri,4 dan menolong orang lain untuk mencapai harapan mereka.
Katalis dalam proses ini sudah—dan akan terus tetap menjadi—asas kasih sayang.
Jadi, orang yang terdampar di ribut laut dalam lukisan Turner adalah seperti ahli-ahli Gereja yang kurang aktif yang menunggukan penyelamatan dari mereka yang mengarahkan bot keselamatan. Mereka inginkan pertolongan. Ibu dan bapa berdoa untuk anak-anak mereka. Isteri menyeru kepada syurga supaya suami mereka boleh diselamatkan. Kadang kala kanak-kanak berdoa bagi ibu bapa mereka.l
Saya berdoa supaya kita berhasrat untuk menyelamat ahli-ahli yang kurang aktif dan bawakan mereka kembali ke kebahagiaan injil Yesus Kristus, supaya mereka boleh menikmat berkat-berkat keahlian Gereja ini.
Semoga kita menghulurkan tangan untuk menyelamat orang di sekeliling kita yang sesat: yang tua, balu atau duda, yang sakit, mereka yang tidak upaya, yang kurang aktif, dan orang yang tidak mematuh perintah. Semoga kita menghulurkan tangan yang rela untuk menolong dan hati yang berbelas kasihan. Dengan membuat demikian, kita akan bawakan kebahagiaan ke hati mereka, dan kita akan mengalami kepuasan kaya yang datang bila kita membantu orang lain sepanjang jalan yang menuju ke hidup abadi.
© 2013 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/13. Kelulusan penterjemahan: 6/13. Penterjemahan First Presidency Message, October 2013. Language.10670 348