2013
Misi Ilahi Yesus Kristus: Pencipta
Oktober 2013


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Oktober 2013

Misi Ilahi Yesus Kristus: Pencipta

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Yesus Kristus “menciptakan langit dan bumi” (3 Nefi 9:15). Dia buat demikian melalui kuasa imamat, di bawah arahan Bapa Syurgawi (lihat Musa 1:33).

“Kita harus bersyukur bahawa seorang Pencipta yang bijaksana ciptakan bumi dan letakkan kita di sini,” kata Presiden Thomas S. Monson, “… supaya kita dapat mengalami masa cubaan, dan peluang untuk membuktikan diri sendiri untuk menjadi layak untuk menerima segala yang sudah Tuhan sediakan untuk kita.”1Bila kita gunakan hak pilihan kita untuk mematuh perintah-perintah Tuhan dan bertaubat, kita menjadi layak untuk kembali dan hidup bersama Dia.

Mengenai Penciptaan, Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama, berkata:

“Kitalah sebab Dia ciptakan alam semesta! …

“Ini satu paradoks manusia: berbanding dengan Tuhan, manusia tidak bererti; tetapi manusia ialah segala bagi Tuhan.”2Pengetahuan bahawa Yesus Kristus ciptakan bumi untuk kita kerana kita ialah segala bagi Bapa Syurgawi boleh menolong kita meningkatkan kasih sayang terhadap Mereka.

Dari Tulisan Suci

Yohanes 1:3; Ibrani 1:1–2; Mosia 3:8; Musa 1:30–33, 35–39; Ibrahim 3:24–25

Dari Sejarah Kita

Kita sudah dicipta dalam imej Tuhan (lihat Musa 2:26–27), dan kita memiliki potensi ilahi. Nabi Joseph Smith menegur para saudari di Lembaga Pertolongan untuk “bertindak menurut hak istimewa [mereka].”3 Dengan galakan itu sebagai dasar, para saudari dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sudah diajar untuk bertindak menurut potensi ilahi mereka dengan menunaikan tujuan Tuhan bagi mereka. “Bila mereka faham tentang identiti mereka—anak-anak perempuan Tuhan, dengan kapasiti untuk menyayangi dan menjaga—mereka mencapai potensi mereka sebagai wanita yang suci.”4

“Anda diletakkan dalam situasi di mana anda boleh bertindak menurut simpati yang Tuhan berikan anda,” kata Nabi Joseph Smith. “Betapa baiknya jika anda mematuhi asas-asas itu!—Jika anda bertindak menurut hak istimewa anda, para malaikat tidak boleh dihalang untuk menjadi teman anda.”5

Nota

  1. Thomas S. Monson, “The Race of Life,” Liahona, Mei 2012, 91.

  2. Dieter F. Uchtdorf, “You Matter to Him,” Liahona, Nov. 2011, 20.

  3. Joseph Smith, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 171.

  4. Daughters in My Kingdom 63.

  5. Joseph Smith, dalam Daughters in My Kingdom, 169.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana kita boleh menigkatkan kasih sayang kita terhadap Juruselamat dengan memafami sifat ilahi kita ?

  2. Bagaimana kita boleh menunjukkan kesyukuran kita kepada penciptaan Tuhan?