2013
Mari, Sertai Kami
November 2013


Pesanan Pengajaran Berkunjung, November 2013

Mari, Sertai Kami

Tidak kira keadaan sejarah hidup kamu, atau kekuatan kepercayaan kamu, terdapat ruang dalam Gereja ini untuk kamu.

Pada satu masa terdapat seorang lelaki yang bermimpi bahawa dia di dalam satu dewan di mana semua agama di dunia berada. Dia sedar bahawa terdapat banyak perkara yang diinginkan dan patut dalam semua agama.

Dia menemui satu pasangan dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan bertanya, “Apa yang kamu menghendaki dari ahli anda?”

“Kami tidak menghendaki apa-apa” jawab mereka. “Tetapi Tuhan menghendaki kita menyucikan semua.”

Pasangan itu kemudian menerangkan tentang panggilan Gereja, melawat dan mengajar, misi sepenuh masa, hari keluarga mingguan, kerja bait suci, kerja kemanusiaan dan kebajikan dan penugasan untuk mengajar kelas.

“Adakah kamu membayar orang anda untuk kerja yang mereka buat?” Tanya lelaki itu.

“Oh tidak” jawab pasangan itu. “Mereka memberi masa mereka dengan rela.”

“Juga” pasangan itu berkata, “setiap enam bulan kami meluangkan masa hari minggu untuk menghadiri atau menonton sepuluh jam persidangan.”

“Sepuluh jam orang memberi ucapan?” lelaki itu terpegun.

“Bagaimanapula perjumpaan migguan anda? Berapa lama perjumpaan itu?”

“Tiga jam, setiap hari Ahad!”

“Oh!” Kata lelaki itu. “Adakah benar ahli Gereja kamu melakukan semua yang kamu katakan?”

“Itu dan lebih lagi, kita belum lagi menyebut tentang sejarah keluarga, perkhemahan keluarga, ucapan soleh, latihan pemimpin, aktiviti remaja, kelas seminari pagi, menjaga bangunan gereja dengan sukarela dan tentunya terdapat undang-undang Tuhan mengenai kesihatan, berpuasa, menolong yang miskin dan persepuluhan.”

Kata lelaki itu “Saya keliru. Kenapa ada orang yang ingin menjadi ahli kepada gereja sebegitu?”

Pasangan itu senyum dan berkata, “Kami fikir kamu tidak akan tanya.”

Kenapa, seseorang ingin menyertai Gereja sebegitu?

Pada masa kebanyakan gereja di dunia menghadapi kekurangan ahli gereja dengan mendadak, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir—merupakan antara gereja yang pesat membesar di dunia.

Terdapat banyak sebab untuk ini, boleh saya huraikan beberapa sebabnya?

Gereja Juruselamat

Pertama, gereja ini ditubuhkan semula oleh Yesus Kristus sendiri. Di sini kamu akan menemui kuasa untuk bertindak dalam nama Nya untuk membaptis demi pengampunan dosa, memberi kurnia Roh Kudus, dan untuk memeteraikan apa yang di dunia dan di syurga.1

Mereka yang menyertai gereja menyayangi Juruselamat iaitu Yesus Kristus dan mereka ingin mengikuti Nya. Mereka bersuka ria dengan pengetahuan bahawa Tuhan bekomunikasi dengan manusia semula. Bila mereka menerima tatacara imamat dan membuat perjanjian dengan Tuhan, mereka boleh merasa kuasa Nya dalam hidup mereka.2 Bila mereka memasuki Bait Suci, mereka boleh rasa kehadiraNya. Bila mereka membuka tulisan suci3 dan hidup cara ajaran nabi, mereka lebih mendekati Juruselamat yang mereka sayangi.

Iman Yang Aktif

Salah satu sebab adalah kerana Gereja memberi peluang untuk berbuat perkara yang baik.

Mempercayai Tuhan adalah dipuji, tetapi kebanyakan orang ingin melakukan lebih daripada mendengar ucapan yang berinspirasi atau bermimpi tentang rumah-rumah agam diatas.4 Mereka ingin meletakkan iman mereka dalam perbuatan. Mereka ingin menggulungkan lengan baju dan bekerja dalam perkara yang penting.

Dan itu yang berlaku bila mereka menyertai kami-mereka akan mempunyai banyak peluang untuk membina bakat mereka, belas kasihan, dan masa untuk kerja yang baik. Disebabkan kita tidak mempunyai Paderi yang dibayar dalam gereja kita seluruh dunia, ahli gereja kita yang melakukan kerja kementerian sendiri. Mereka dipanggil melalui inspirasi. Kadangkala kita merelakan diri kita dan kadang-kadang kita di “sukarelawankan’’. Kita melihat tugas ini bukan sebagai satu beban tetapi sebagai peluang untuk memenuhi perjanjian kita dan dengan rela hati melayani Tuhan dan anak-anak Nya.

Berkat Yang Dihargai

Sebab ketiga kenapa orang menyertai Gereja adalah kerana menjalani langkah hidup sebagai orang suci membawa banyak berkat yang dihargai.

Kita melihat pembaptisan sebagai tanda permulaan perjalanan kita sebagai pengikut. Perjalanan kita setiap hari dangan Yesus Kristus membawa kepada keamanan dan sebab untuk kehidupan ini dan kegembiraan yang nyata dan kehidupan kekal di dunia yang akan datang.

Mereka yang mengikuti lorong ini dengan beriman mengelak banyak lubang bahaya, kesedihan dan penyesalan dalam hidup.

Mereka yang rendah hati dan jujur akan mendapat banyak ilmu yang berharga.

Mereka yang menderita atau sedih akan menemui kesembuhan di sini.

Mereka yang dibebani dosa akan menemui keampunan, kebebasan dan rehat.

Kepada Mereka Yang Meninggalkan Gereja

Pencarian kebenaran telah membawa berjuta orang ke Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Tetapi, terdapat segelintir yang meninggalkan Gereja yang mereka pernah kasihi.

Seseorang mungkin bertanya, “Jika ajaran Injil amat bagus, kenapa ada orang yang meninggalkanya?”

Kadangkala kita menganggap ia adalah kerana mereka telah disinggung atau malas atau berdosa. Sebenarnya ia bukan begitu mudah. Tidak terdapat satu sebab yang boleh diaplikasikan kepada banyak situasi.

Terdapat ahli gereja yang bergelut untuk bertahun dengan soalan sama ada mereka patut memisahkan diri mereka daripada Gereja.

Di dalam Gereja ini yang menghormati dengan penuh kebebasan persendirian seseorang individu, Gereja yang telah dipulihkan oleh seorang lelaki muda yang mempunyai soalan dan mencari jawapan; kami menghormati mereka yang ingin mencari kebenaran secara ikhlas. Ia menyedihkan kita jika perjalanan mereka membawa mereka jauh daripada Gereja yang kita sayangi dan kebenaran yang kita telah jumpa, tetapi kita menghormati hak mereka untuk memuja Tuhan mengikut kehendak mereka, seperti yang kita harapkan untuk diri kita sendiri.5

Soalan Yang Tidak Terjawab

Ada beberapa orang yang bergelut dengan soalan yang tidak terjawab yang telah dikatakan atau disebut pada masa dulu. Kami secara terus terang berkata bahawa dalam hampir 200 tahun sejarah Gereja–sekali dengan satu jalinan sejarah yang terpuji dengan peristiwa keTuhanan–terdapat beberapa perkara yang terkata atau terlaksana yang menyebabkan orang boleh mempersoalkanya.

Kadang-kala soalan timbul kerana kita tidak mempunyai semua maklumat dan kita perlukan sedikit kesabaran. Bila semua kebenaran diterangkan, semua perkara yang tidak masuk akal sebelum ini akan dijawab dengan penuh.

Kadang-kadang terdapat beberapa pendapat tentang sesuatu “fakta.” Satu soalan yang boleh menimbulkan keraguan dalam seorang boleh, selepas penyelidikan yang teliti, membina iman dalam orang lain.

Kesilapan Orang Yang Tidak Sempurna

Dan, secara terus terang, terdapat beberapa kali di mana ahli Gereja atau pemimpinnya dalam Gereja telah membuat kesilapan. Mungkin terdapat beberapa perkara yang dibuat yang tidak selaras dengan nilai, prinsip dan doktrin kita.

Saya rasa, Gereja ini akan sempurna jika ia dikerjakan oleh insan yang sempurna. Tuhan adalah sempurna dan ajaraNya adalah murni. Tetapi dia melakukan kerja Nya melalui kita—anak Nya yang tidak sempurna —dan orang yang tidak sempurna melakukan kesilapan.

Di dalam Kitab Mormon kita membaca, “Dan sekarang, jika ada kesalahan itu adalah kesilapan manusia; kerana itu, janganlah mengecam hal-hal Tuhan, supaya kamu boleh didapati tanpa noda pada kerusi penghakiman Kristus.”6

Ini adalah cara ia ada dan akan sehingga hari yang sempurna bila Kristus sendiri akan memerintah dunia ini.

Ia adalah menyedihkan bahawa segelintir telah jatuh disebabkan kesilapan manusia. Walaupun dengan ini, kebenaran abadi tentang injil yang telah dipulihkan yang terdapat dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, tidak dikotorkan, lelap atau dimusnahkan.

Sebagai Rasul Yesus Kristus dan sebagai salah satu orang yang telah melihat pekerjaaan dan Majlis Gereja, saya bersaksi bahawa “Tidak ada keputusan yang mustahak mengenai Gereja dan orangnya yang tidak dibuat dengan kepatutan dan doa serta berdepan ke sumber segala kebijaksanaan untuk hala tujuan … Tuhan tidak akan membenarkan kerja Nya disesatkan”

Terdapat Ruang Untuk Anda

Kepada mereka yang mengasingkan diri mereka daripada Gereja, saya berkata, kawanku, terdapat ruang di sini untuk anda.

Mari dan tambahkan bakat, kurniaan dan tenaga dengan kami dan keputusanya adalah kita semua akan menjadi lebih maju.

Sesetengah mungkin akan menanya,“Tetapi bagaimanpula dengan keraguan saya?”

Ia adalah biasa untuk mempunyai soalan—benih pertanyaan ikhlas kebanyakanya tumbuh dan menjadi matang kepada sebuah pokok kefahaman. Terdapat hanya sedikit ahli Gereja yang, pada satu masa atau lain yang tidak bergelut dengan soalan yang serius atau sensitif. Salah satu tujuan utama Gereja adalah untuk memelihara dan memupuk benih iman—walaupun kadang-kadang dalam tanah berpasir keraguan dan ketidak pastian. Iman adalah kamu berharap untuk hal-hal yang tidak terlihat, yang adalah benar.7

Oleh itu, sila lakukan, pertama- ragui keraguan anda sebelum kamu meragui imanmu.8 Kita tidak boleh membiar keraguan memegang kita banduan dan menjatuhkan kita daripada kasihsayang ilahi, keamanan dan pemberian berharga yang datang melalui iman kepada Tuhan Yesus Kristus.

Ada yang mungkin kata, “Saya tidak boleh menyesuaikan diri saya dengan kamu orang Gereja.

Jika kamu boleh melihat hati kami, kamu mungkin akan mendapati kamu boleh suaikan diri lebih daripada jangkaan anda. Kamu akan terkejut yang kita mempunyai kemahuan, kesusahan dan harapan yang sama dangan anda. Latar belakang atau cara kamu dibesarkan mungkin kelihatan lain dengan apa yang kamu mengerti tentang kebanyakan ahli Gereja, tetapi itu mungkin satu bakat. Saudara dan Saudari , kawanku, kita perlukan bakat kamu yang unik dan perspektif anda. Kemajmukan ahli Gereja diseluruh dunia adalah kekuatan Gereja ini.

Ada yang mungkin berkata, “Saya rasa saya tidak boleh hidup mengikut piawaiaan kehidupan anda.

Lebih banyak sebab untuk datang! Gereja ditujukan untuk memelihara yang tidak sempurna, yang bergelut dan yang lelah. Ia dipenuhi dengan orang yang ingin dengan semua kemahuan mereka untuk mengikut perintah Tuhan, walaupun mereka belum mengawalnya.

Ada yang mungkin berkata, “Saya tahu seorang ahli Gereja anda yang hipokrit. Saya tidak akan menyertai Gereja yang mempunyai seorang seperti itu sebagai ahli.

Jika kamu definisikan hipokrit sebagai seorang yang gagal hidup sempurna dengan apa yang mereka percaya, jadi kita semua hipokrit. Kita semua bukan seperti Kristus, yang harus kita ikuti. Tapi kita dengan sepenuh hati ingin mengatasi kesalahan dan kemahuan untuk berdosa dan menjadi lebih baik dengan Penebusan Yesus Kristus.

Jika ini adalah keinginan kamu, jadi tidak kira keadaan sejarah hidup kamu, atau kekuatan kepercayaan kamu, terdapat ruang dalam Gereja ini untuk kamu, mari sertai kami!

Mari, Sertai Kami!

Denganpun kelemahan manusia. Saya yakin bahawa kamu akan dapat mencari antara ahli Gereja ini ramai jiwa yang paling murni dunia ini dapat tawarkan. Gereja Yesus Kristus nampaknya menarik jenis orang yang baik hati dan yang memelihara, yang jujur dan yang amat tekun.

Jika kamu berharap untuk melihat orang yang sempurna di sini, kamu akan kecewa. Tetapi jika kamu datang untuk mencari doktrin suci Kristus, perkataan Tuhan “yang menyembuhkan jiwa yang terluka,”9 dan pengaruh kesucian Roh Kudus, di sinilah kamu akan menjumpainya. Dalam Zaman kesusutan iman— dizaman bila ramai rasa dijauhkan dari pelukan Syurga—di sini kamu akan mencari orang yang mahu mengetahui dan mendekatkan diri kepada Penebus melalui perkhidmatan kepada Tuhan dan manusia sejagat, seperti anda. Mari, sertai kami!

Adakah Kamu Juga Akan Pergi?

Saya diingatkan masa kehidupan Juruselamat bila ramai yang menningalkaNya.10 Yesus menanya dua belas rasul Nya:

“Adakah kamu juga akan pergi?”

Kemudian jawab Simon Peter “Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Perkataan-Mu adalah perkataan hidup yang kekal.”11

Terdapat masa apabila kita mempunyai soalan yang sama untuk dijawab. Adakah kita juga akan pergi? Atau kita seperti Petrus akan memegang teguh perkataan untuk kehidupan yang kekal.

Jika kamu mencari kebenaran, makna dan satu cara untuk mengubah iman kepada aksi, jika kamu mencari tempat kepunyaan: Mari, sertai kami!

Jika kamu keluar daripada kepercayaan kamu pernah peluki: Mari datang lagi, sertai kami!

Jika kami digoda untuk mengalah: Tunggu sekejap lagi. Terdapat ruang untuk kamu di sini.

Saya meminta kepada kamu semua yang mendengar atau membaca perkataan ini. Mari, sertai kami. Mari ikut panggilan Kristus yang lembut. Angkat salibmu dan ikuti Nya.12

Mari, sertai kami! Sebab di sini kamu akan cari perkara yang bernilai melebihi harga.

Saya bersaksi bahawa di sini kamu akan jumpa perkataan kehidupan kekal, janji untuk berkat penebusan, jalan untuk keamanan, dan kebahagiaan.

Saya berdoa bahawa carian kamu sendiri akan menyentuh hatimu untuk datang dan sertai kami. Dalam nama Yesus Kristus. Amin.