2013
Aku Akan sentiasa Menyertai Engkau, Dan Tidak Sekali-kali Meninggalkan Engkau
November 2013


Pesanan Presidensi Utama, November 2013

“Aku Akan Sentiasa Menyertai Engkau, Dan Tidak Sekali-kali Meninggalkan Engkau”

Bapa Syurgawi kita … tahu bahawa kita belajar dan berkembang dan menjadi lebih kuat semasa kita menghadapi dan mengatasi percubaan-percubaan yang harus kita alami.

Saya akan tulis dalam jurnal saya malam ini, “Ini salah satu sesi yang paling menginspirasikan dari semua persidangan umum yang pernah saya hadiri. Segala perkara ini bersifat rohani yang terbesar.”

Saudara saudari, enam bulan lalu bila kita bertemu di persidangan umum, isteri saya, Frances, berada di hospital, selepas dia jatuh hanya beberapa hari sebelum itu. Pada bulan Mei, selepas berusaha dengan berani selama beberapa minggu untuk mengatasi kecederaannya, dia pun meninggalkan dunia ini. Saya sangat rindui dia. Kami berkahwin dalam Bait Suci Salt Lake pada hari bulan Oktober 7, tahun 1948. Hari esok ialah ulang tahun perkahwinan kami yang ke 65. Dialah orang terkasih saya, teman yang saya percaya, dan sahabat terapat saya. Saya sangat merindui dia.

Persidangan ini menandakan tahu ke 50 semenjak saya dipanggil ke Kuorum Dua Belas Rasul oleh Presiden David O. Mckay. Isteri saya selalunya berikan saya sokongan yang penuh dan sempurna. Dia buat banyak pengorbanan supaya saya boleh melaksanakan panggilan saya. Saya tidak pernah dengar dia merungut bila saya meninggalkan dia dan anak-anak kami buat beberapa hari ataupun beberapa minggu. Dia tentunya seorang malaikat.

Saya ingin mengucapkan kesyukuran, bagi pihak keluarga saya juga, demi penunjukan belas kasihan yang diberikan kepada kami semenjak Frances meninggal dunia. Beratus-ratus kad dan surat dari seluruh dunia yang menunjukkan kekagamuman kepada dia dan mengucap takziah sudah kami terima. Kami sudah terima juga banyak susunan bunga yang cantik. Kami bersyukur demi sumbangan dalam nama dia kepada Tabung Mubaligh Gereja. Bagi pihak keluarga kami, saya mengucapkan kesyukuran demi kebaikan dan penunjukan belas kasihan anda.

Perkara yang bawakan kesenangan hati terbesar kepada saya sepanjang masa perpisahan ini ialah kesaksian saya tentang Yesus Kristus dan pengetahuan bahawa Frances masih hidup. Saya tahu bahawa perpisahan kami hanya buat sementara waktu sahaja. Kami sudah dimeterai dalam bait suci Tuhan oleh seorang yang berkuasa untuk mengikat perkara di bumi dan perkara di syurga. Saya tahu bahawa kami akan disatu lagi dan tidak akan dipisahkan. Pengetahuan ini menyokong saya.

Saudara dan saudari, kita boleh kata bahawa tidak ada seorang pun dapat hidup tanpa penderitaan dan kedukaan, atau adanya satu zaman dalam sejarah manusia yang tanpa kekacauan dan kesengsaraan.

Bila kita menghadapi keadaan yang kejam dalam hidup, adanya satu godaan untuk menanya soalan ini “Mengapa ini berlaku kepada saya?” Kadang-kala ternampaknya tidak ada ketamatan bagi penderitaan kita, tidak ada pembebasan dari cubaan kita. Kita berasa kita dilingkungi oleh kekecewaan dari hasrat yang belum dicapai dan harapan yang sudah hapus. Kita merayu bersama-sama dengan ayat suci ini, ‘Tiadakah ubat di Gilead?”1 Kita berasa kita sudah ditinggalkan, berpatah hati, dan bersendirian. Kita bercondong untuk memandang kemalangan kita dengan sikap pesimis. Kita menjadi tidak sabar untuk menerima jawapan kepada masalah kita, kita lupa bahawa kesabaran selalu diperlukan.

Kesusahan yang kita hadapi berikan kita satu ujian untuk menguji keupayaan kita untuk menahan. Satu soalan asas yang harus kita jawab: haruskah saya mengaku kalah atau menahan sampai akhir? Ada orang yang mengaku kalah bila mereka terdapat bahawa mereka tidak mampu untuk mengatasi cabaran mereka. Untuk menahan memerlukan penahanan sampai ketamatan hidup.

Bila kita merenung tentang perkara yang boleh berlaku kepada kita, kita boleh berkata bersama Ayub dari zaman purba, “Manusia sendirilah yang mendatangkan kesusahan pada diri mereka.”2 Ayub seorang yang “sempurna dan soleh” serta “menyembah Tuhan dan setia kepada-Nya.”3 Salih dalam kelakuannya, makmur dalam hidupnya, Ayub menghadapi satu ujian yang boleh musnahkan sesiapa pun. Harta bendanya di ambil dari dia, kawan-kawannya menertawakan dia, terseksa oleh penderitaannya, dan kehilangan keluarga, dia digoda untuk “kutuklah Tuhan, dan matilah.”4 Dia menahan godaan ini dan mengisytiharkan dengan segala jiwanya:

“Ada pembelaku di syurga yang akan memberikan kesaksian bahawa aku tidak berdosa.”5

“Aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku.”6

Ayub tetap beriman. Akankah kita tetap beriman apabila kita mengalamai kesusahan?

Bila kita bercondong untuk berasa berbeban dengan kesukaran hidup, semoga kita ingat bahawa orang lain juga sudah mengalami kesukaran, dan mereka menahan, dan sudah mengatasi kesukaran.

Sejarah Gereja pada zaman keagamaan ini penuh dengan contoh orang yang menderita tetapi masih tetap setia dan teguh hati. Apakah sebabnya? Mereka menpunyai injil Yesus Kristus dalam pusat kehidupan mereka. Inilah yang akan menolong kita untuk menahan pengalaman dalam hidup kita. Kita masih akan mengalamai cabaran-cabaran yang susah, tetapi kita akan dapat menghadapi cabaran-cabaran itu dengan berani, dan berjaya mengatasi cabaran.

Dari katil sakit, dari bantal yang basah dengan air mata, kita ditenang oleh kepastian dan jaminan ini: “Aku akan sentiasa menyertai engkau, dan tidak sekali-kali meninggalkan engkau”7 Kesenangan hati ini sangat berharga.

Saya sudah berjalan jauh ke seluruh dunia ini untuk melaksanakan panggilan saya, saya belajar tentang banyak perkara-salah satu perkara itu adalah bahawa setiap orang mengalami kesedihan dan penderitaan. Saya tidak boleh ukurkan kesakitan hati dan kedukaan yang sudah saya nampak semasa saya mengunjung dengan orang yang mengalami kesedihan, kesakitan, penceraian, yang berjuang dengan anak-anak yang sesat, atau yang menderita akibat dosa. Senarai ini memang panjang, kerana ada banyak masalah yang boleh berlaku kepada kita semua. Untuk menghuraikan satu masalah sahaja memang susah, tetapi setiap kali saya merenung tentang cabaran, saya ingatkan Brother Brems, seorang pengajar Sekolah Hari Ahad saya pada zaman budak saya. Dia seorang ahli Gereja yang beriman, seorang yang memiliki belas kasihan yang sempurna. Dia bersama isterinya mempunyai lapan orang anak, kebanyakan mereka berumur sama dengan ahli keluarga saya.

Selepas saya dan Frances sudah kahwin, kami pindah dari bahagian itu. Kami bertemu Brother dan Sister Brems dan ahli-ahli keluarga mereka pada majils perkahwinan, upacara pengebumian dan juga majlis perjumpaan bahagian.

Pada tahun 1968, isteri Brother Brems, Sadie meninggal dunia. Dua orang anaknya juga meninggal dunia pada tahun-tahun berikut.

Suatu hari agak-agak 13 tahun lalu, cucu perempuan tertua Brother Brems menelefon saya. Dia menjelaskan bahawa datuknya sudah berumur 105 tahun. Dia kata, “Datuk saya tinggal di satu pusat orang tua tetapi dia bertemu dengan keluarganya setiap hari Ahad, di mana dia berikan satu pengajaran injil.” Cucu perempuan itu terus berkata, “Hari Ahad lepas minggu Datuk berkata kepada kami, “Saya akan meninggal dunia minggu ini. Sila telefon Tommy Monson. Dia akan tahu perkara yang harus dia lakukan.”’

Pada petang hari besok itu saya pergi mengunjung Brother Brems. Saya sudah lama tidak menjumpai dia. Saya tidak dapat berbual-bual dengan dia kerana dia sudah kehilangan pendengaran. Saya tidak boleh tuliskan pesanan untuk dibaca dia, kerana dia sudah kehilangan penglihatan. Saya dimaklum bahawa keluarganya berkomunikasi dengan dia dengan mengangkat jari tangan kanannya dan tuliskan nama pengunjungnya pada tapak tangan kirinya. Semua komunikasi dilakukan dengan cara itu. Saya pun ikut proses ini dengan menuliskan ‛TOMMY MONSON,’ pada tapak tangannya. Dia mengenali nama saya. Dia menjadi ghairah, dan mengangkat dan meletakkan tangan saya di atas kepalanya. Saya tahu bahawa dia ingin menerima satu berkat imamat. Pemandu yang memandu saya ke pusat orang tua itu menyertai saya untuk meletakkan tangan pada kepala Brother Brems dan berikan dia satu berkat. Selepas itu, air mata mengalir dari matanya yang sudah kehilangan penglihatan. Dia memegang tangan kami dengan kesyukuran. Walaupun dia tidak dapat dengar berkat itu, Roh sangat kuat, dan saya percaya dia diilham untuk mengetahui kami berikan satu berkat yang dia perlukan. Saudara ini tidak dapat lihat. Dia tidak dapat dengar. Dia terbatas setiap hari dalam satu bilik kecil dalam satu pusat orang tua. Tetapi senyumannya dan katanya menyentuh hati saya. “Terima kasih, “dia kata, “Bapa Syurgawi saya sangat baik terhadap saya.”

Dalam satu minggu, seperti yang dijangka oleh Brother Brems, dia meninggalkan dunia. Dia tidak berfokus pada perkara yang tidak dimiliki; sebaliknya, dia bersyukur kepada berkat-berkatnya.

Bapa Syurgawi kita, yang berikan kita banyak perkara untuk dinikmati, juga tahu bahawa kita belajar dan menjadi kuat bila kita menghadapi dan mengatasi kesusahan yang harus kita alami. Kita tahu bahawa ada masa kita akan mengalami kedukaan yang mematah hati, kita akan sedih, dan kita akan diuji dengan hebat. Namun begitu, kesukaran itu membenarkan kita untuk berkembang, untuk menubuh semula hidup kita dengan cara yang diajar oleh Bapa Syurgawi, dan menjadi seorang yang berbeza-seorang yang lebih baik, lebih berbelas kasihan, lebih empatetik, dan mempunyai kesaksian yang lebih teguh.

Tujuan kita haruslah—untuk bertabah dan menahan, dan juga untuk menjadi lebih suci secara rohani semasa kita mengalami masa yang baik mahupun masa yang buruk. Jika tanpa mengatasi cabaran dan masalah, kita akan tetap pada masa kini, tanpa perkembangan terhadap matlamat hidup kekal. Seorang pemuisi menghuraikan fikiran ini dalam kata-kata berikut:

Kayu yang baik tidak tumbuh dengan senang.

Pokok tumbuh dengan kuat dalam angin yang kuat.

Pokok tumbuh lebih tinggi terhadap langit yang tinggi,

Lebih kuat ribut itu, lebih kuat pokok itu.

Dalam sinar matahari dalam hari sejuk, dalam hujan dalam salji,

Begitulah pokok dan manusia tumbuh8

Hanya Juruselamat mengetahui tentang kesusahan kita, kesakitan kita, dan penderitaan kita. Hanya Dia boleh berikan kita ketenangan kekal dalam masa kesusahan. Hanya Dia boleh mempengaruh jiwa kita yang tersesak dengan kata-kata-Nya:

“Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.

“Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.

“Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”9

Mahupun dalam masa yang susah atau masa yang gembira, Dia bersama kita. Dia sudah janji bahawa ini tidak akan ubah.

Saudara saudari ku, semoga kita buat komitmen kepada Bapa Syurgawi yang tidak ubah pada masa hidup atau krisis hidup kita. Kita tidak harus hanya ingatkan Dia hanya pada masa kesusahan, dan kita tidak harus dipaksa untuk merendahkan hati sebelum kita beriman dan percaya kepada Dia.

Semoga kita berusaha untuk lebih mendekati Bapa Syurgawi. Untuk membuat demikian, kita harus berdoa kepada Dia dan mendengari Dia setiap hari. Kita benar-benarnya perlukan Dia setiap jam, mahupun semasa waktu baik atau waktu kesusahan. Kita harus selalu ingatkan janjian-Nya: “Aku akan sentiasa menyertai engkau, dan tidak sekali-kali meninggalkan engkau.”10

Dengan segala kuasa jiwaku, saya bersaksi bahawa Tuhan hidup dan menyayangi kita, Putera Tunggal-Nya sudah hidup dan korban bagi kita, dan injil Yesus Kristus ialah cahaya yang menusuk hidup kita pada masa kesusahan. Ini saya berdoa dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.