2014
Musim Panas Yang Penuh Dengan Pelayanan
Februari 2014


Remaja

Musim Panas Yang Penuh Dengan Pelayanan

Pengarang ini dari Virginia, USA.

Saya melayan kanak-kanak yang perlukan pertolongan khas di negara asing pada suatu musim panas. Bila saya bertemu dengan kanak-kanak itu, saya berasa risau. Saya tidak ucap bahasa mereka, tetapi saya yakin bahawa Roh akan bimbing saya dalam interaksi kami. Semasa saya cuba mengetahui mereka, saya sedar bahawa bahasa bukan satu rintangan kasih sayang. Saya bermain, ketawa, dan buat pertukangan tangan bersama kanak-kanak itu dan saya berasa kasih sayang yang sempurna terhadap mereka. Saya ternampak kasih sayang Bapa Syurgawi terhadap anak-anak-Nya, dan kebahagiaan yang memenuhkan hati saya tidak boleh dihuraikan dengan perkataan.

Bila saya melayan orang lain, saya berasa kasih sayang terhadap orang yang saya layan dan juga terhadap Bapa Syurgawi. Saya benar-benarnya faham bahawa “apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu” (Mosia 2:17). Tujuan pelayanan saya, mahupun satu projek yang besar atau pelayanan yang kecil, adalah untuk memuliakan Tuhan (lihat Matius 5:16). Saya harap semasa saya melayan orang lain, mereka akan mengenali kasih sayang saya terhadap Bapa Syurgawi dan Cahaya Kristus yang bersinar dalam saya.