Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Gembala Yang Baik
Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Yesus Kristus, Gembala Yang Baik mengajar:
“Andaikata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat? …
“Ketahuilah bahawa … di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat” (Lukas 15:4, 7).
Semasa kita lebih memahami bahawa Yesus Kristus ialah Gembala Yang Baik, kita menjadi lebih berhasrat untuk mengikut teladan-Nya dan melayan orang yang berkeperluan. Yesus berkata: “Akulah gembala yang baik. … Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku. … Aku mengorbankan nyawa untuk mereka” (Yohanes 10:14–15). Kerana Penebusan Kristus, tiada seorang pun boleh menjadi sesat sehingga tidak dapat pulang (lihat Lukas 15).
Presiden Thomas S. Monson berkata, ‘Tanggungjawab kita adalah untuk menjaga kawanan domba-domba. … Semoga kita sedia melayan.”1
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Elizabeth Ann Whitney, yang menghadir pertemuan Lembaga Pertolongan yang pertama, berucap tentang penganutannya pada tahun 1830: “Sebaik sahaja saya mendengar yang dikhutbahkan oleh para Elder, saya tahu bahawa itu suara Gembala Yang Baik.”2 Elizabeth mengikut suara Gembala Yang Baik dan dibaptiskan serta ditetapkan.
Kita juga boleh dengar suara Gembala Yang Baik dan mengongsikan ajaran-Nya bersama orang lain. Presiden Monson berkata, “Kita tangan Tuhan pada bumi ini, kita diarah untuk melayan dan meningkatkan anak-anak-Nya.”3
Seperti gembala mencarikan seekor domba yang hilang, ibu bapa boleh mencarikan seorang anak yang sesat. Presiden James E. Faust (1920–2007), Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama berkata: “Kami berucap kepada ibu bapa yang berpatah hati yang soleh, tekun, dan selalu berdoa dalam pengajaran mereka kepada anak-anak yang tidak patuh, Gembala yang Baik sedang menjaga mereka. Tuhan tahu dan faham akan kedugaan anda. Masih ada harapan.”4
© 2014 by Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/13. Kelulusan penterjemahan: 6/13. Penterjemahan Visiting Teaching Message, February 2014. Malay. 10862 348