2014
Satu Warisan Harapan yang Tidak Bernilai
May 2014


Satu Warisan Harapan yang Tidak Bernilai

Apabila kamu memilih untuk membuat atau menyimpan suatu perjanjian dengan Tuhan, kamu memilih sama ada kamu akan meninggalkan satu warisan harapan kepada mereka yang mungkin mengikuti contoh kamu.

Para saudara dan saudari yang saya kasihi, beberapa daripada kamu dijemput ke mesyuarat ini oleh mubaligh-mubaligh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Mubaligh-mubaligh tersebut mungkin sudah menjemput kamu untuk membuat perjanjian dengan Tuhan melalui pembaptisan.

Yang lain mendengar kerana kamu menerima jemputan ibu bapa, isteri, atau mungkin seorang anak, diberikan kepada kamu dengan harapan yang kamu akan memilih untuk meletakkan perjanjian yang kamu telah buat, semula di pusat kehidupan kamu. Beberapa daripada kamu yang mendengar telah membuat pilihan untuk mengikuti Juruselamat semula dan hari ini merasa kegembiraan penerimaan-Nya.

Biar sesiapapun kamu dan dimana kamu berada, kamu memegang di tanganmu kegembiraan orang ramai lebih dari kamu boleh gambarkan. Setiap hari dan setiap jam kamu boleh pilih untuk membuat atau menyimpan satu perjanjian dengan Tuhan.

Dimanapun kamu berada di jalan untuk menerima kurnia kehidupan abadi, kamu mempunyai peluang untuk menunjukkan banyak orang jalan ke kegembiraan yang besar. Apabila kamu memilih untuk membuat atau menyimpan satu perjanjian dengan Tuhan, kamu akan meninggalkan satu warisan harapan kepada mereka yang mungkin mengikuti contoh kamu.

Kamu dan saya telah diberkati dengan janji warisan sedemikian. Saya berhutang banyak kegembiraan saya kepada seorang lelaki yang saya tidak pernah jumpa di kehidupan fana. Dia adalah seorang anak yatim yang menjadi salah seorang datuk moyangku. Dia meninggalkan saya satu warisan harapan yang tidak bernilai. Biarlah saya memberitahu kamu bahagian yang dia mainkan dalam menciptakan warisan tersebut untuk saya.

Namanya ialah Heinrich Eyring. Dia dilahirkan ke dalam kekayaan hebat. Ayahnya, Edward, memiliki tanah luas di Coburg, sekarang dipanggil Germany. Ibunya adalah Viscountess Charlotte Von Blomberg. Ayahnya adalah penjaga tanah Raja Prussia.

Heinrich adalah anak lelaki pertama Charlotte dan Edward. Charlotte meninggal dunia pada usia 31, selepas melahirkan anak yang ketiga. Edward meninggal dunia selepas itu juga, kehilangan semua harta dan kekayaanya di suatu pelaburan yang gagal. Dia hanya berumur 40 tahun. Dia meninggalkan tiga anak yatim.

Heinrich, datuk moyangku, telah kehilangan kedua dua ibu bapa dan kekayaan dunia yang besar. Dia telah miskin. Dia merakamkan dalam sejarah dia yang dia rasa harapan yang masih tinggal adalah untul pergi ke Amerika. Walaupun dia tiada keluarga ataupun kawan di sana, dia merasakan harapan untuk pergi ke Amerika. Pada awalnya dia pergi ke New York City. Kemudian dia pindah ke St. Louis, Missouri.

Di St. Louis, salah seorang daripada rakan sekerja dia adalah seorang Orang Suci Zaman Akhir. Dia menerima satu risalah yang ditulis oleh Elder Parley P. Pratt daripada rakan itu. Dia membaca dan pelajari setiap ayat yang dia terima tentang Orang Suci Zaman Akhir. Dia berdoa untuk mengetahui jika malaikat benar-benar menunjukkan diri kepada manusia, jika terdapat nabi yang hidup, dan jika dia telah menjumpai satu agama yang benar.

Selepas 2 bulan mempelajari dan berdoa, Heinrich bermimpi dan diberitahu untuk dibaptiskan. Seorang lelaki yang nama dan imamatnya saya pegang kudus dalam ingatan, Elder William Brown, melakukan tatacara injil tersebut. Heinrich dibaptiskan di dalam kolam air hujan pada Mac 11, 1855, jam 7:30 pagi.

Saya percaya yang Heinrich Eyring tahu pada masa itu apa yang saya mengajar kamu hari ini adalah benar. Dia tahu bahawa kegembiraan kehidupan abadi datang melalui hubungan keluarga yang berterusan selama lamanya. Walaupun dia baru menjumpai rancangan kegembiraan Tuhan, dia tahu harapannya untuk kegembiraan abadi bergantung kepada pilihan orang lain untuk mengikut contoh dia. Harapannya untuk kegembiraan abadi bergantung kepada orang yang belum dilahirkan.

Sebagai sebahagian daripada warisan harapan keluarga kami, dia meninggalkan suatu sejarah kepada keluarganya.

Di dalam sejarah itu, saya boleh merasakan kasihnya untuk kita yang akan mengikutnya. Dalam kata-katanya saya merasakan harapannya untuk keturunannya memilih untuk mengikutnya dalam jalan pulang ke rumah syurgawi kita. Dia tahu bukanlah satu pilihan yang besar untuk dibuat tetapi banyak pilihan yang kecil. Saya memetik dari sejarahnya:

“Sejak pertama kali saya mendengar Elder Andrus berucap … Saya telah sentiasa menghadiri mesyuarat Orang Suci Zaman Akhir dan itu sangat jarang, apabila saya gagal untuk pergi ke mesyuarat, pada masa yang sama adalah tanggung jawab saya untuk berbuat demikian.

“Saya menamakan ini dalam sejarah saya supaya anak anak saya akan mengikut contoh saya dan tidak mengabaikan tanggungjawab penting untuk bergaul dengan Orang-orang Suci.”1

Heinrich tahu yang dalam perjumpaan sakramen kita boleh sentiasa membarukan perjanjian untuk sentiasa mengingati Juruselamat dan menerima Rohnya bersama kita.

Roh itulah yang menyokong dia untuk ke misi yang hanya dipanggil selepas beberapa bulan menerima perjanjian pembaptisan. Dia meninggalkan warisan dia contohnya dalam sentiasa setia kepada misinya selama enam tahun di dalam apa yang pada masa itu dipanggil kawasan Orang asli. Untuk menerima pembebasan dari misinya, dia berjalan dari Oklahoma ke Salt Lake City, satu jarak agak-agak 1700 km.

Tidak lama kemudian dia dipanggil oleh nabi Tuhan untuk berpindah ke selatan Utah. Dari sana dia menerima satu lagi panggilan untuk melayan misi ke Germany negera asalnya. Dia kemudian menerima jemputan dari Rasul Tuhan Yesus Kristus untuk menolong membina koloni Orang Suci Zaman Akhir di utara Mexico. Dari sana dia dipanggil ke Mexico City untuk menjadi mubaligh sepenuh masa sekali lagi. Dia menghormati panggilan-panggilan itu. Dia dikuburkan di satu perkuburan kecil di Colonia Juárez, Chihuahua, Mexico.

Saya membaca fakta-fakta ini bukan untuk menerima kehebatan untuk dia atau apa yang dia melakukan untuk keturunanya. Saya membacanya untuk menghormati dia dan contoh iman dia dan harapan dalam hatinya.

Dia menerima panggilan-panggilan itu kerana imannya yang Kristus yang dibangkitkan dan Bapa Syurgawi telah menunjukkan diri mereka kepada Joseph Smith dalam hutan di negeri New York. Dia menerimanya kerana dia mempunyai iman yang kunci imamat dalam Gereja Tuhan telah dipulihkan dengan kuasa pemeteraian keluarga selamanya, hanya jika mereka mempunyai iman secukupnya untuk menyimpan perjanjian mereka.

Seperti moyangku, Heinrich Eyring, kamu mungkin juga orang pertama dalam keluargamu untuk menunjukkan jalan ke kehidupan abadi melalui jalan perjanjian suci yang dibuat dan disimpan dengan tekun dan iman. Setiap perjanjian datang dengan tanggungjawab dan janji-janji. Untuk kita semua, seperti untuk Heinrich, tanggungjawab tersebut kadang-kadang senang tetapi sering kali susah. Tetapi ingatlah, tanggungjawab ini kadang-kadang susah kerana tujuannya adalah untuk membantu kita dalam jalan ke kehidupan abadi bersama Bapa di Syurga dan Anak Kesayangannya, Yesus Kristus, dalam keluarga.

Kamu ingat ayat-ayat dalam buku Ibrahim:

“Dan berdirilah di antara mereka yang seperti Tuhan, dan dia berkata kepada mereka yang bersama dia: Kita akan pergi ke bawah, kerana terdapat ruang disana, dan kita akan mengambil bahan bahan, dan kita akan membuat bumi di mana semua boleh hidup;

“Dan kita akan membuktikan kepada mereka, untuk melihat jika mereka akan membuat apa yang disuruh oleh Tuhan mereka mengarahkan mereka;

“Dan mereka yang meyimpan keadaan pertama mereka akan ditambahkan; dan mereka yang tidak menyimpan keadaan pertama mereka tidak akan menerima kemuliaan di kerajaan yang sama dengan mereka yang menyimpan keadaan pertama mereka; dan mereka yang menyimpan keadaan kedua mereka akan menerima kurnia ditambahkan kepada kepala mereka selama lamanya.”2

Menyimpan keadaan kedua kita bergantung kepada perjanjian kita dengan Tuhan dan dengan penuh iman melakukan tanggungjawab yang diminta daripada kita. Ia mengambil iman dalam Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita untuk menyimpan perjanjian suci selama lamanya.

Kerana Adam dan Hawa jatuh, kita menerima godaan, cabaran, dan kematian sebagai warisan sejagat. Walaubagaimanapun, Bapa di Syurga yang mengasihi kita memberikan kita kurnia Anak Kesayangannya, Yesus Kristus, sebagai Juruselamat kita. Kurnia besar dan berkat Korban tebusan Yesus Kristus membawa satu warisan sejagat: perjanjian Kebangkitan dan kemungkinan untuk kehidupan abadi kepada semua yang dilahirkan.

Berkat yang paling besar daripada Tuhan, kehidupan abadi, hanya akan datang kepada kita apabila kita membuat perjanjian yang diberikan dalam Gereja benar Yesus Kristus melalui hamba-hamba-Nya yang diberi kuasa. Kerana Kejatuhan, kita semua memerlukan pembersihan pembaptisan dan penerimaan kurnia Roh Kudus. Tatacara injil ini harus dilakukan oleh mereka yang memiliki hak kuasa yang betul. Kemudian, dengan bantuan Cahaya Kristus dan Roh Kudus, kita boleh menyimpan semua perjanjian yang kita buat dengan Tuhan, terutamanya yang diberikan dalam Bait Suci-Nya. Hanya dalam cara itu, dan dengan bantuan tersebut, bolehlah semua orang menerima hak warisan mereka sebagai anak Tuhan dalam keluarga abadi.

Kepada sesetengah yang mendengar saya, itu mungkin kelihatan hampir satu mimpi yang tiada harapan.

Kamu telah melihat ibu bapa yang beriman sedih akan anak-anak yang memilih untuk memecahkan perjanjian mereka bersama Tuhan. Tetapi ibu bapa boleh membawa hati dan harapan mereka daripada pengalaman ibu bapa yang lain.

Anak-anak Alma dan Raja Mosia kembali dari pemberontakan yang garang terhadap perjanjian dan rukun Tuhan. Alma yang Muda melihat anakya Korianton berpaling dari dosa menjijikkan kepada pelayanan yang beriman. Kitab Mormon juga merakamkan mukjizat Orang-orang Laman yang mengetepikan tradisi membenci kesolehan dan membuat perjanjian untuk mati untuk mengekalkan ketenangan.

Satu malaikat dihantar kepada Alma yang Muda dan anak-anak Mosia. Malaikat itu datang kerana iman dan doa bapa-bapa dan orang-orang Tuhan. Dari contoh-contoh kuasa Korban tebusan berkerja dalam hati manusia tersebut, kamu juga boleh menerima kekuatan dan ketenangan.

Tuhan telah memberikan kita semua sumber harapan bila kita dengan susah menolong mereka yang kita kasihi untuk menerima warisan abadi mereka. Dia telah membuat satu perjanjian kepada kita apabila kita sentiasa cuba mengumpulkan orang kepada-Nya, walaupun mereka melawan jemputan-Nya. Perlawanan mereka menyedihkan-Nya, tetapi dia tidak putus asa dan kita juga tidak harus. Dia telah memberikan kita contoh yang sempurna dengan kasihnya: “Dan lagi, berapa kerap akan aku mengumpulkan kamu sebagai ibu ayam mengumpulkan anak anak ayam dibawah kepaknya, ya, O orang dari rumah Israel, yang telah jatuh; ya O orang-orang dari rumah Israel yang tinggal di Jerusalem, seperti kamu yang telah jatuh; ya berapa kerap akan aku mengumpulkan kamu seperti ibu ayam yang mengumpulkan anak anak ayam, dan kamu tidak akan.”3

Kita boleh bergantung kepada keinginan yang tidak gagal Juruselamat untuk membawa semua anak-anak Bapa Syurgawi kembali ke rumah mereka bersama-Nya. Setiap ibu bapa yang beriman, datuk nenek, dan datuk moyang yang berkongsi keinginanan tersebut. Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita adalah contoh yang sempurna untuk apa yang kita harus lakukan dan boleh buat. Mereka tidak boleh memaksa kesolehan kerana kesolehan harus dipilih. Mereka membuat kesolehan kelihatan kepada kita, dan Mereka membiarkan kita lihat yang buah -buahnya adalah enak.

Setiap orang yang dilahirkan dalam dunia menerima Cahaya Kristus, yang akan membantu kita melihat dan merasai apa yang betul dan salah. Tuhan telah menghantar hamba-hamba fana-Nya yang boleh, dengan kuasa Roh Kudus membantu kita mengecam apa yang Dia ingin kita buat dan sebaliknya. Tuhan membuatkan menarik untuk memilih apa yang benar dengan membenarkan kita merasai hasil dari pilihan kita. Kalau kita memilih yang benar, kita akan mencari kegembiraan—dalam masa. Kalau kita memilih kejahatan, akan datang kesedihan dan kekesalan—dalam masa. Itu adalah pasti, tetapi kadang-kadang dilambatkan dengan sebab. Kalau berkat itu serta-merta, pilihan untuk mengikut kebenaran tidak memerlukan iman. Dan kesedihan itu kadang-kadang dilambatkan juga, ia mengambil iman untuk merasakan keperluan untuk bertaubat untuk dosa awal dari lewat selepas kita merasakan kesedihan dan kesakitan kesannya.

Bapa Lehi sedih akan pilihan yang dibuat oleh beberapa anak lelakinya dan keluarga mereka. Dia adalah seorang yang bagus dan hebat—seorang nabi Tuhan. Dia sering menyaksikan tentang Juruselamat, Yesus Kristus kepada mereka. Dia adalah contoh kepatuhan dan pelayanan apabila Tuhan memanggil dia untuk meninggalkan semua barang-barang dan hartanya untuk menyelamatkan keluarganya dari kemusnahan. Pada penghujung nyawanya, dia masih menyaksikan kepada anak-anaknya. Seperti Juruselamat—dan walaupun dengan kuasa untuk melihat hati mereka dan masa depan, kedua dua sedih dan ceria—Lehi tetap menjangkau tangannya untuk menarik keluarganya terhadap keselamatan.

Hari ini jutaan dari keturunan Bapa Lehi mewajarkan harapan dia untuk mereka.

Apa yang kamu boleh lakukan untuk pelajari daripada contoh Lehi? Kamu boleh mengikuti contohnya dengan membaca kitab suci dengan doa dan pemerhatian.

Saya mencadangkan yang kamu mengambil kedua-dua penglihatan yang panjang dan pendek sambil kamu cuba memberikan warisan harapan kepada keluarga kamu. Dalam masa pendek, akan terdapat masalah dan Setan akan meraung. Dan akan terdapat perkara-perkara untuk ditunggukan dengan kesabaran, dalam iman, dengan mengetahui yang Tuhan bertindak dalam masanya sendiri dan dengan cara-Nya sendiri.

Terdapat perkara yang kamu boleh lakukan dengan awal, apabila mereka yang kamu kasihi masih muda. Ingatlah doa keluarga seharian, pembacaaan kitab suci sekeluarga, dan perkongsian kesaksian di perjumpaan sakramen adalah lebih senang dan memanfaatkan apabila anak-anak masih muda. Anak-anak muda lebih sensitif kepada Roh dari apa yang kita sedar.

Apabila mereka lebih tua, mereka akan mengingati lagu-lagu suci yang mereka nyanyi bersama kamu. Lebih lagi daripada muzik, mereka akan mengingati ayat-ayat suci dan kesaksian. Roh Kudus boleh membawa semua hal kepada ingatan mereka, tetapi ayat-ayat suci dan lagu-lagu suci akan kekal lebih lama. Memori ini mungkin boleh membawa mereka kembali apabila mereka jauh dari jalan ke rumah kehidupan abadi.

Kita akan memerlukan penglihatan panjang apabila mereka yang kita kasihi ditarik dari dunia dan keraguan cuba mengatasi iman mereka. Kita mempunyai iman, harapan, dan kasih ihsan untuk mambantu kita menguatkan mereka.

Saya telah melihat sebagai seorang penasihat kepada dua nabi Tuhan, terdapat individu dengan personaliti yang unik. Tetapi mereka berkongsi satu keyakinan. Apabila seseorang menyatakan kebimbangan tentang sesuatu di Gereja, jawapan kerap mereka adalah “Oh, ia akan berjalan lancar.” Dan mereka sering tahu lebih tentang perkara itu dari orang yang menyatakan kebimbangan tersebut.

Mereka juga tahu akan jalan dan cara Tuhan, dan mereka sentiasa berharap mengenai Kerajaan-Nya. Mereka tahu yang Dia adalah ketua. Dia adalah maha kuasa dan Dia mengambil berat. Kalau kamu membenarkan dia menjadi ketua keluargamu, hal-hal akan berjalan lancar.

Beberapa dari keturunan Heinrich Eyring telah jauh dari jalan. Tetapi kebanyakan dari keturunanya pergi ke bait suci Tuhan pada pukul 6:00 pagi untuk melakukan tatacara injil untuk nenek moyang yang mereka tidak pernah jumpa. Mereka keluar dari warisan harapan yang dia tinggalkan. Dia meninggalkan suatu warisan yang dituntut oleh ramai keturunannya.

Selepas apa yang kita boleh buat dalam iman, Tuhan akan mewajarkan berkat untuk keluarga kita lebih dari apa yang kita boleh bayangkan. Dia inginkan yang terbaik untuk mereka dan kita, sebagai anak-Nya.

Kita semua anak-anak seorang Tuhan yang Hidup. Yesus Nazaret adalah Anak Kesayangan-Nya dan Juruselamat yang dibangkitkan. Ini adalah Gereja-Nya. Di dalamnya terdapat kunci-kunci imamat, dan keluarga boleh kekal bersama selamanya. Ini adalah warisan harapan kita yang tidak bernilai. Saya bersaksi ini adalah benar dalam nama Tuhan Yesus Kristus, amin.