Kasih Sayang—Initipati Injil
Kita tidak boleh benar-benar sayang Tuhan kalau kita tidak sayang teman seperjalanan kita di perjalanan fana ini.
Saudara-Saudari yang terkasih, apabila Tuhan melayan di antara manusia, Dia ditanya oleh peguam yang ingin tahu, “Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?”
Matius mencatat bahawa Yesus membalas:
“Kasihilah Tuhan, Rajamu, dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.
“Itulah hukum yang terutama dan yang pertama.
“Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.”1
Markus menghabiskan catatannya dengan perkataan Juruselamat: “Tidak ada hukum lain yang lebih utama daripada kedua hukum ini.”2
Kita tidak boleh benar-benar sayang Tuhan kalau kita tidak sayang teman seperjalanan kita di perjalanan fana ini. Juga, kita tidak boleh sayang teman kita dengan penuh kalau kita tidak sayang Tuhan, Bapa kepada kita semua. Rasul Yohanes memberitahu kita “dan perintah ini kita terima dari Dia Barangsiapa mengasihi tuhan, ia harus mengasihi saudaranya.”3 Kita semua anak rohani Baya Syurgawi kita, dan, sebab begitu, adik-beradik satu sama lain. Semasa kita ingat kebenaran ini, untuk sayang semua anak Tuhan akan lebih senang.
Sebenarnya, kasih sayang adalah intipati injil yang sebenar dan Yesus Kristus adalah teladan kita. Kehidupan dia adalah legasi kasih sayang. Yang sakit dia sembuh; yang susah dia angkat; yang berdosa dia selamatkan. Pada akhir, kumpulan perusuh yang marah mengambil nyawa-Nya. Tetapi dari bukit Golgota ada perkataan “ Ya bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat”4—sebuah pernyataan yang tertinggi di kehidupan fana akan belas kasihan dan kasih sayang.
Ada banyak sifat yang adalah pernyataan kasih sayang, macam kebaikan hati, kesabaran, tidak mementingkan diri, kefahaman, dan pengampunan. Dalam semua perhubungan kita, ini dan sifat lain akan menyatakan kasih sayang yang ada dalam hati kita.
Biasanya kasih sayang kita akan dinyatakan dalam interaksi seharian kita satu sama lain. Kemampuan kita untuk mengenali keperluan seseorang dan membalas adalah yang terpenting. Saya selalu suka apa yang dinyatakan dalam syair yang pendek ini:
Saya pernah menangis
Atas ketidaksedaran
Yang kepada keperluan orang lain buat saya buta
Tetapi saya belum pernah
Rasa sesal apa pun
Kerana terlalu baik hati 5
Baru-baru ini saya menyedari sebuah teladan yang menyentuh hati tentang kebaikan hati yang penuh kasih sayang—suatu teladan yang akibatnya tidak terlihat pada mula. Pada tahun 1933, semasa Zaman Meleset Besar, peluang untuk bekerja adalah jarang. Tempat cerita ini pada bahagian timur Amerika Syarikat. Arlene Biesecker baru mendapat ijazah dari sekolah menengah. Selepas pencarian pekerjaan yang lama, akhirnya dia mendapat pekerjaan di satu kilang pakaian. Pekerja kilang itu dibayar untuk setiap helai pakaian yang mereka jahit dengan betul setiap hari. Lebih banyak mereka hasilkan, lebih banyak mereka dibayar.
Satu hari tidak lama selepas bermula bekerja di kilang, Arlene menghadapi prosedur yang kelirukan dan frustrasikan dia. Dia duduk di mesin jahit dia mencuba untuk membetulkan percubaan dia yang tidak berhasil supaya dia boleh menghabiskan pakaian itu yang padanya dia bekerja. Kelihatan tidak ada orang untuk membantu dia, sebab semua penjahit lain sedang cuba sedaya upaya untuk habiskan sebanyak pakain mungkin. Arlene rasa tanpa harapan dan tanpa bantuan. Secara sunyi dia bermula menangis.
Di seberang Arlene Bernice Rock duduk. Dia lebih tua dan berpengalaman sebagai penjahit. Dia tengok bahawa Arlene ada masalah, jadi, dia meninggalkan pekerjaannya dan pergi kepada Arlene untuk memberi dia arahan dan bantuan. Dia tetap di sana sampai Arlene berkeyakinan dan boleh habiskan pakaian itu dengan betul. Selepas itu, Bernica balik kepada mesian jahit dia sendiri, dengan sudah hilang pengalaman untuk habiskan sebanyak pakaian mungkin, sebab dia membantu Arlene.
Dengan tindakan yang penuh kasih sayang ini saja, Bernice dan Arlene menjadi kawan sepanjang hidup mereka. Dua-dua akhirnya berkahwin dan beranak. Pada tahun 1950-an, Bernice, yang adalah ahli gereja, memberi Arlene dan keluarga dia satu Kitab Mormon. Pada tahun 1960, Arlene dan suami dan anaknya dibaptiskan sebagai ahli gereja. Nanti mereka dimeteraikan di bait suci Tuhan.
Sebagai akibat kepada belas kasihan yang ditunjuk oleh Bernice semasa dia menyusahkan diri untuk membantu seorang yang dia tidak kenal, tetapi yang ada masalah dan perlu bantuan, orang yang tidak terkira, yang hidup dan yang sudah mati, sekarang menikmati tatacara injil yang menyelamatkan.
Setiap hari dalam kehidupan kita kita diberi peluang untuk tunjuk kasih sayang dan kebaikan hati kepada mereka yang mengelilingi kita. President Spencer W. Kimball berkata: “Kita harus ingat bahawa orang fana yang kita berjumpa di tempat letak kereta, pejabat, lif, dan tempat lain adalah orang-orang itu dari manusia yang Tuhan sudah beri kita untuk menyayangi dan melayani. Tidak bermanfaat kepada kita untuk bercakap tentang persaudaraan manusia yang umum kalau kita tidak menganggap mereka yang di sekililing kita sebagai saudara-saudari.”6
Kerap kali peluang kita untuk tunjukkan kasih sayang kita datang tanpa diharapkan. Contohnya tentang peluang begitu terjadi dalam rencana surat khabar pada bulan Oktober 1981. Saya kagum oleh kasih sayang dan belas kasihan yang diceritakan dalam rencana itu sampai saya simpan kutipan darinya lebih dari 30 tahun.
Rencana itu bercakap bahawa satu pesawat Alaska Airlines yang tidak berhenti dari Anchorage, Alaska ke Seattle, Washington—satu pesawat yang ada lebih dari 150 penumpang—mengubah haluannya ke satu bandar Alaska yang jauh untuk mengangkut seorang budak yang cedera secara serius. Anak yang berumur dua tahun itu terputus arteri dalam lengannya apabila dia jatuh ke atas kaca semasa main dekat rumah dia. Bandar itu 725 km selatan dari Anchorage dan bukan pada haluan pesawat itu yang betul. Walaupun begitu, doktor di sana sudah menyiarkan permintaan untuk bantuan yang sangat frantik, jadi pesawat itu menguah haluan untuk mengangkut anak itu dan membawa dia ke Seattle supaya dia boleh dirawat di hospital.
Apabila pesawat itu mendarat dekat dengan bandar yang jauh itu, doktor-doktor memberitahu pemandu kapal terbang bahawa anak itu berdarah begitu banyak sampai dia tidak boleh hidup sepanjang perjalanan ke Seattle. Keputusan dibuat untuk terbang 320 km lagi dari haluan yang asal ke Juneau, Alaska, bandar yang terdekat yang ada hospital.
Selepas membawa budak itu ke Juneau, pesawat pergi ke Seattle, sekarang beberapa jam lambat. Tak satu pun penumpang yang merungut, walaupun kebanyakan dari mereka akan lambat ke temu janji dan pesawat sambung. Sebenarnya, semasa menit dan jam berlalu, mereka mengumpulkan duit sampai agak banyak untuk budak itu dan keluarganya.
Apabila pesawat hampir mendarat di Seattle, penumpung bersorak apabila pemandu kapal terbang mengumumkan bahawa dia sudah dengar dari radio bahawa budak itu akan hidup.7
Saya berfikir tentang firman tulisan suci: “Tetapi kasih ihsan adalah kasih suci Kristus, dan ia bertahan untuk selamanya; dan sesiapa yang didapati memilikinya pada hari terakhir, maka akan baiklah kesudahannya.”8
Saudara-Saudari, sebahagian dari peluang kita yang terbesar untuk menunjukkan kasih sayang kita akan terjadi dalam rumah kita sendiri. Kasih sayang harus menjadi pusat kehidupan keluarga, tetapi banyak kali tidak begitu. Boleh ada terlalu banyak ketidaksabaran, terlalu banyak pertengkaran, terlalu banyak perkelahian, dan terlalu banyak air mata. Presiden Gordon B. Hinckley mengesali: “Kenapa mereka yang kita paling sayang menjadi begitu kerap kali sasaran kepada perkataan yang paling susah kita? Kenapa kita kadang-kadang bercakap macam perkataan kita pisau belati yang melukai.”9 Jawapan kepada soalan ini mungkin berbeza untuk setiap dari kita, tetapi pada akhirnya sebab itu tidak bermakna. Kalau kita mahu menepati perintah untuk menyayangi satu sama lain, kita harus memperlakukan satu sama lain dengan kebaikan hati dan hormat.
Pasti akan ada masa bila disiplin diperlukan. Tetapi semoga kita ingat nasihat yang ada di Ajaran yang Perjanjian - yaitu apabila kita perlu membetulkan orang, kita menunjukkan kasih sayang yang lebih besar selepasnya.10
Saya berharap bahawa kita akan berusaha untuk selalu bertimbang rasa dan sensitif kepada fikiran dan perasaan dan keadaan mereka di sekililing kita. Semoga kita tidak menghina atau mengecil-ngecilkan orang. Kita harus hati-hati supaya tidak memusnahkan keyakinan orang lain dengan perkataan atau tindakan yang kurang hati-hati.
Pengampunan harus bersama kasih sayang. Dalam keluarga, dan juga dengan kawan-kawan, kadang-kadang ada persaan luka dan pertentangan pendapat. Sekali lagi, tidak berapa penting berapa kecil masalahnya. Hal itu tidak boleh diabaikan untuk membarah, dan akhirnya untuk memusnahkan orang. Penyalahan menghalang luka dari sembuh. Hanya pengampunan yang menyembuhkan.
Seorang perempuan yang baik yang sudah meninggal melawat saya satu hari dan tanpa dijangka memberitahu saya tentang beberapa perasaan sesal. Dia bercakap tentang kejadian yang terjadi banyak tahun lalu dan melibatkan seorang pekebun yang adalah jiran, seorang yang dulu adalah kawan baik tetapi yang dengannya dia dan suaminya tidak bersetujuh pada beberapa kali. Satu hari pekebun ini minta kalau dia boleh ikut jalan pintas melalui tanahnya untuk sampai ke tanah pekebun itu sendiri. Kemudian, perempuan ini berhenti dalam cerita dia, dan, dengan suara yang gementar, bercakap, “Brother Monson, saya tidak membiarkan dia melalui tanah kami pada masa itu atau masa apa pun yang lain, tetapi memksa dia untuk membuat perjalan yang lebih lama untuk sampai ke tanah dia. Saya salah, dan saya menyesali hal itu. Dia sudah meninggal, tetapi saya sangat mahu berkata kepada dia, ‘Saya minta maaf.’ Saya sangat mengingini peluang lagi untuk menjadi baik hati.”
Semasa saya dengar kepada dia, pemerhatian yang sedih John Greenleaf Whittier masuk akal saya: “Dari semua perkataan susah dari mulut atau alat tulis, yang paling sedih adalah: “Mungkin boleh berbeza dulu.”’’’11 Saudara-saudari, semasa kita memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan timbang rasa, kita akan menghindari rasa sesal begitu.
Kasih sayang dinyatakan dengan banyak cara yang dikenali: sebuah senyuman, lambaian, perkataan yang baik, pujian. Pernyataan lain mungkin lebih susah dikenali, macam berminat kepada kegiatan orang lain, mengajar asas dengan kebaikan hati dan kesabaran, atau melawat yang sakit atau yang tidak boleh keluar dari rumah. Perkataan dan tindakan ini, dan banyak lagi, boleh menunjukkan kasih sayang.
Dale Carnegie, seorang penulis dan pengucap Amerika yang terkenal, percaya bahawa setiap orang ada dalam diri dia “kuasa untuk meningkatkan jumlah kegembiraan dalam dunia … dengan memberi beberapa patah kata terima kasih kepada seorang yang sepi atau yang sedih.” Dia berkata, “Mungkin kamu akan lupa besok kata yang baik yang dikatakan hari ini, tetapi yang menerimanya mungkin akan menghargai perkataan itu sepanjang hidup.”12
Semoga kita bermula sekarang, pada hari ini, untuk menyatakan kasih sayang kepada semua dari anak Tuhan, sama ada mereka dalam keluarga kita, kawan kita, kenalan kita, atau orang yang kita tidak kenal. Apabila kita bangun setiap hari, semoga kita memutuskan untuk membalas dengan kasih sayang dan kebaikan hati kepada apa-apa yang terjadi kepada kita.
Sampai tidak boleh difahami, saudara-saudari saya, adalah kasih sayang Tuhan bagi kita. Sebab kasih sayang ini, dia menghantar Putera-Nya, yang menyayangi kita sampai Dia memberi kehidupan-Nya, supaya kita boleh menerima kehidupan abadi. Semasa kita memahami kurnia yang tanpa bandingan ini, hati kita akan penuh dengan kasih sayang bagi Bapa Abadi kita, bagi Juruselamat kita, dan bagi semua manusia. Supaya itu boleh terjadi adalah doa yang ikhlas saya, dalam nama suci Yesus Kristus, amin.
© 2014 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. English approval: 6/13. Translation approval: 6/13. Penterjemahan First Presidency Message, May 2014. Malay. 10865 348