Remaja
Bolehkan Saya Menikmati Pengindeksan?
Pengarang ini tinggal di Veracruz, Mexico.
Saya mengambil bahagian dalam matlamat pancang kami untuk mengindekskan 50,000 nama. Pada mulanya itu satu perkara yang sukar. Tulisan dalam beberapa kumpulan nama yang saya muat turun susah dibaca, dan kadang kala saya ingin pulangkan kumpulan itu dan muat turun yang lain. Tetapi saya sedar bahawa jika semua orang berfikiran begitu, nama-nama yang susah dibaca itu akan ditinggalkan. Saya boleh gambarkan ramai orang sedang menunggu di dunia roh, dan saya pun buat keputusan untuk terus cuba untuk membaca dan mentranskripsikan nama-nama itu tanpa kesilapan.
Saya belajar untuk mengasihi orang-orang itu. Saya faham bahawa mereka benar-benarnya perlukan bantuan, dan kita juga perlukan bantuan dari mereka. Saya lebih memahami bahawa rancangan Bapa Syurgawi yang sempurna mempertimbangkan semua orang. Bila kita mengikut ilham dan arahan dari para pemimpin terpilih-Nya, kita akan menyaksi belas kasihan dan kasih sayang-Nya yang tidak terbatas.
Pengindeksan ialah satu pengalaman yang bagus bagi saya. Saya belajar untuk menghargai dan mengasihi banyak perkara tentang sejarah keluarga. Saya juga memperolehi kurnia yang berharga dari Tuhan dengan mematuhi perintah yang mudah seperti mengambil bahagian dalam pengindeksan.