Pesanan Presidensi Utama, Jun 2014
Mempercepatkan Kerja Tuhan
Adakah kamu sedar bahawa Gereja yang sudah dipulihkan ini mencapai 98 tahun sebelum ia mempunyai 100 pancang? Tetapi lebih kurang dari 30 tahun kemudian, Gereja menubuhkan 100 lagi pancang. Dan hanya lapan tahun selepas itu Gereja mempunyai 300 pancang. Hari ini kita mempunyai lebih dari 3,000 pancang.
Mengapa perkembangan ini begitu cepat? Adakah kerana kita lebih terkenal? Adakah kerana kita memiliki bangunan-bangunan gereja yang indah?
Semua perkara ini penting, tetapi sebab Gereja berkembang hari ini adalah kerana Tuhan firmankan ini akan berlaku. Dalam Ajaran dan Perjanjian, Dia berfirman, “Lihatlah, Aku akan mempergegas pekerjaan-Ku pada waktunya.”1
Kita sebagai anak Bapa Syurgawi, dihantar ke bumi pada waktu yang boleh kita menyertai dalam usaha untuk mempercepatkan kerja Tuhan.
Dalam pengetahun saya, Tuhan tidak pernah katakan bahawa kerja-Nya terhad dalam kefanaan. Sebaliknya, kerja-Nya melibatkan kekekalan. Saya percaya bahawa Dia mempercepatkan kerja-Nya dalam dunia roh. Saya juga percaya bahawa Tuhan, melalui para hamba-Nya di situ, menyediakan ramai roh untuk menerima injil. Kerja kita adalah untuk mencarikan nenek moyang kita dan pergi ke bait suci and melakukan tatacara-tatacara kudus yang akan memberikan peluang sama yang kita miliki kepada mereka di dunia roh.
Setiap Orang Suci Zaman Akhir yang beriman di dunia roh sibuk bekerja, kata Presiden Brigham Young (1801–77). “Apakah yang dilakukan mereka di situ? Mereka sibuk mengkhutbah, dan menyediakan cara bagi kita untuk mempercepatkan kerja kita dalam pembinaan bait suci.”2
Tentunya kerja sejarah keluarga tidak senang. Bagi kamu dari keturunan Scandinavia, saya faham kesukaran kamu. Contohnya, dari keluarga Sweden saya, nama datuk saya ialah Nels Monson; nama bapanya bukan Monson tetapi Mons Okeson. Nama bapa Mon ialah Oke Pederson, dan nama bapa Oke ialah Peter Monson—dan kita balik ke nama Monson lagi.
Tuhan harapkan kita lakukan kerja sejarah keluarga. Perkara pertama yang harus kita lakukan jika kita ingin memulakan kerja sejarah keluarga adalah untuk memperolehi Roh Bapa Syurgawi. Apabila kita hidup secara soleh dengan sedaya upaya, Dia akan membukakan jalan berkat yang kita carikan dengan bersungguh-sungguh.
Kita akan buat kesilapan, tetapi kita tidak boleh menjadi pakar sejarah keluarga tanpa bermula sebagai orang baru dalam kerja ini. Jadi, kita mesti melakukan kerja ini dengan tekun, dan kita harus bersedia untuk mengalami cabaran. Ini bukan satu kerja yang senang, tetapi Tuhan berikan kamu tugas ini, dan Dia berikan saya tugas ini.
Semasa kamu melakukan kerja sejarah keluarga, kamu akan menghadapi cabaran, dan kamu akan kata, “Tidak ada sebarang perkara pun yang boleh saya lakukan.” Apabila kamu mengalami keadaan itu, melutut dan berdoa kepada Tuhan untuk menolong kamu, dan Dia akan menolong kamu. Saya bersaksi itu benar.
Bapa Syurgawi menyayangi anak-anak-Nya di dunia roh seperti Dia menyayangi kita. Nabi Joseph Smith berucap tentang kerja penyelamatan nenek moyang kita, “Sekarang tujuan agung Tuhan mendekat kecapaian, dan perkara yang dikatakan oleh para nabi sedang menjadi kenyataan, kerajaan Tuhan ditubuhkan di bumi, dan perkara zaman purba dipulihkan, Tuhan sudah tunjukkan tugas dan hak istimewa kita.”3
Presiden Joseph F. Smith (1838–1918) berucap tentang nenek moyang kita yang sudah meninggal dunia tanpa pengetahui injil, “Melalui usaha kita bagi pihak mereka, mereka akan dibebaskan dari pepenjaraan rohani, dan kegelapan yang mengelilingi mereka akan tinggalkan mereka, cahaya akan bersinar ke atas mereka dan mereka akan mendengar dalam dunia roh bahawa kerja sudah dilakukan bagi mereka oleh anak-anak mereka di bumi, dan mereka akan bergembira bersama kamu dalam pelaksanaan tugas kamu.”4
Terdapat berjuta-juta anak roh Bapa Syurgawi yang tidak pernah dengar nama Kristus sebelum mereka meninggal dunia ini dan pergi ke dunia roh. Tetapi sekarang mereka sudah diajar tentang injil dan sedang menunggu hari apabila kita akan menjalankan kerja penyelidikan yang diperlukan supaya kita boleh pergi ke rumah Tuhan dan melakukan tatacara bagi mereka yang tidak dapat mereka lakukan diri sendiri.
Saudara saudari, saya bersaksi bahawa Tuhan akan memberkat kita apabila kita menerima dan bertindak ke atas cabaran ini.
© 2014 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemahan: 6/14. Penterjemahan First Presidency Message, June 2014. Malay. 10866 348