2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Pelayanan
June 2014


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Jun 2014

Misi Ilahi Yesus Kristus: Pelayanan

Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Apabila kita melayan orang lain, kita menjadi pengikut Yesus Kristus yang benar, Dia sudah berikan kita satu teladan. Presiden Thomas S. Monson berkata: “Kita dikelilingi orang yang berkeperluan. … Kita tangan Tuhan pada bumi ini, dengan tugas untuk melayan dan mengangkatkan anak-anak-Nya.” 1

Linda K. Burton, presiden umum Lembaga Pertolongan mengajar: “Dengan pelatihan, kita setiap orang boleh menjadi seperti Juruselamat apabila kita melayan anak-anak Tuhan. Untuk menolong kita [untuk melayan] satu sama lain, saya ingin cadangkan empat perkataan untuk diingati: ‘Memerhati dahulu, melayan kemudian.’ … Apabila kita buat demikian, kita menjaga perjanjian, dan pelayanan kita, seperti pelayann Presiden Monson, akan menjadi bukti penganutan kita.”2

Kita boleh berdoa setiap pagi untuk mengenali peluang untuk melayan orang lain. “Bapa Syurgawi akan membimbing kamu, dan malaikat akan menolong kamu,” kata David L. Beck, presiden umum Remaja Putera. “Kamu akan diberi kuasa untuk memberkat hidup dan menyelamatkan jiwa.”3

Dari Tulisan Suci

Matius 20:25–28; 1 Nefi 11:27–28; 3 Nefi 28:18

Dari Sejarah Kita

Pada persidangan umum Oktober tahun 1856, Presiden Brigham Young (1801–77) mengumumkan bahawa ada para peneroka kereta tarik yang masih menyeberangi berantara Amerika Syarikat dan setiap orang harus menolong untuk mengutipkan bekalan bagi mereka dengan serta merta. Lucy Meserve Smith mencatatkan bahawa para wanita “meninggalkan skirt dalam, stoking, dan semua yang dapat mereka sumbangkan, dengan serta merta di Tabernacle, dan letakkan barang-barang itu dalam kereta wagon.”

Apabila para peneroka itu mula sampai ke Salt Lake City, Lucy mencatat, “Saya tidak pernah … mengalami kegembiraan yang begitu besar dari kerja lain dalam hidup saya, kerana wujudnya kesatuan yang besar. Saya hanya perlu pergi ke kedai dan beritahu mereka barang yang saya perlukan; jika saya perlukan kain, kain diukur dan dipotong, dan diberikan kepada saya tanpa bayaran.”4

Presiden George Albert Smith (1870–1951) berucap tentang melayani orang lain: “Kegembiraan kekal kita adalah seimbang dengan cara kita melayan orang lain.”5

Merenungkan perkara-perkara berikut

  1. Bagaimana doa boleh membimbing kita untuk menjadi peralatan dalam tangan Tuhan?

  2. Bagaimana pelayanan kepada orang lain boleh menolong kita untuk menjaga perjanjian kita?

Nota

  1. Thomas S. Monson, “What Have I Done for Someone Today?” Liahona, Nov. 2009, 86.

  2. Linda K. Burton, “First Observe, Then Serve,” Liahona, Nov. 2012, 78, 80.

  3. David L. Beck, “Your Sacred Duty to Minister,” Liahona, Mei 2013, 56.

  4. Lucy Meserve Smith, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 36–37.

  5. George Albert Smith, dalam Daughters in My Kingdom, 77.