2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Pengacara
Julai 2014


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Julai 2014

Misi Ilahi Yesus Kristus: Pengacara

Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Yesus Kristus ialah Pengacara kita dengan Bapa. Istilah pengacara mempunyai dasar Latin yang bererti “seorang yang membela orang lain.”1 Juruselamat membela kita, dengan menggunakan kefahaman, keadilan, dan belas kasihan. Pengetahuan ini boleh mengisi kita dengan kasih sayang dan kesyukuran terhadap Penebusan-Nya.

“Dengarlah [Yesus Kritus] yang adalah pengacara dengan Bapa, yang membela perkaramu di hadapan-Nya—

“Memfirmankan: Bapa, lihatlah penderitaan dan kematian dari Dia yang tak berdosa, kepada siapa Engkau sangat berkenan; lihatlah darah Putera-Mu yang telah ditumpahkan, darah dari Dia yang Engkau berikan agar Engkau sendiri boleh dimuliakan;

“Kerananya, Bapa, biarkanlah hidup saudara-saudara-Ku ini yang percaya pada namu-Ku, agar mereka boleh datang kepada-Ku dan memperoleh kehidupan abadi” (A&P 45:3–5 ).

Mengenai Kristus sebagai Pengacara kita, Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Ini perkara yang sangat penting kepada saya, bahawa saya boleh pergi ke depan Bapa melalui doa pada apa-apa masa pun, bahawa Bapa Syurgawi saya akan dengar doa saya, bahawa Pengacara saya, yang tidak berdosa, sudah menumpahkan darah, akan membela saya.”2

Dari Tulisan Suci

Mosia 15:8–9; Moroni 7:28; Ajaran dan Perjanjian 29:5; 110:4

Dari Sejarah Kita

Sepanjang sejarah Gereja Tuhan, para pengikut wanita Yesus Kristus sudah mengikut teladan-Nya. Ester seorang pengacara yang beriman dan berani. Sepupunya Mordekhai hantarkan dia satu salinan perintah raja bahawa semua orang Yahudi harus dimusnahkan, dan dia menugaskan Ester untuk “menghadap raja dan memohon belas kasihan bagi bangsanya.” Dia juga berkata: “Siapa tahu, mungkin justeru untuk saat-saat seperti inilah kamu sudah dipilih menjadi permaisuri!” (Ester 4:8, 14).

Tanpa mempedulikan kebahayaan untuk menjadi seorang pengacara bagi bangsanya, Ester bersetuju: “Saya akan menghadap raja, walaupun perbuatan itu melanggar undang-undang. Jika saya harus mati kerana hal itu, biarlah saya mati” (Ester 4:16).

Kemudian Ester memohon raja dengan rendah hari dan “bersujud dan menangis … untuk membatalkan surat perintah … untuk membinasakan semua orang Yahudi.” Dia juga kata, “Bagaimana hamba sanggup melihat bencana yang berlaku terhadap bangsa hamba?” (lihat Ester 8:3, 5–6). Hati raja menjadi lembut, dan dia meluluskan pemohonan Ester.3

Nota

  1. Lihat Russell M. Nelson, “Jesus Christ—Our Master and More” (Brigham Young University fireside, Feb. 2, 1992), 4; speeches.byu.edu.

  2. D. Todd Christofferson, “I Know in Whom I Have Trusted,” Ensign, Mei 1993, 83.

  3. Juga lihat Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 180.

Timbangkan ini

Bagaimana pembelaan Yesus Kristus mengilhamkan kita untuk berbelas kasihan dan mengampuni orang lain?