2014
Perjanjian untuk Memalingkan Hati
Julai 2014


Pesanan Presidensi Utama, Julai 2014

Perjanjian untuk Memalingkan Hati

Presiden Henry B. Eyring

Ibu saya, Mildred Bennion Ering, membesar dalam satu komuniti ladang di Granger, Utah, USA. Salah seorang adik-beradiknya, Roy, mengikut tradisi perniagaan keluarga untuk membela biri-biri. Apabila seorang pemuda, dia kerap kali meninggalkan rumah. Lahan-perlahan, dia menjadi tidak berminat dalam Gereja. Dan akhirnya dia pindah ke Idaho, USA, berkahwin, dan mempunyai tiga orang anak. Dia meninggal dunia pada usia 34 tahun apabila isterinya hanya berusia 28 tahun dan anak-anak mereka masih kecil pada masa itu.

Walaupun keluarga Roy berada di Idaho dan ibu saya sudah pindah sejauh 4,025 km ke New Jersey, USA, ibu selalu menulis surat kepada mereka untuk memberi kasih sayang dan galakan. Keluarga pacik saya memanggil ibu saya “Mak cik Mid”.

Banyak tahun sudah lalu, dan pada suatu hari saya menerima satu panggilan telefon dari salah seorang sepupu saya. Saya diberitahu bahawa balu Roy sudah meninggal dunia. Sepupu saya berkata, “Mak cik Mid hendakkan kamu tahu.” Mak cik Mid sudah lama meninggal dunia, tetapi keluarga itu masih berasa kasih sayangnya dan mereka memberitahu saya berita itu.

Saya merenung tentang cara ibu saya mengambil peranan dalam keluarganya seperti peranan para nabi bangsa Nefi mengambil peranan dalam keluarga mereka dengan menjadi rapat dengan keluarga mereka untuk mengongsikan injil Yesus Kristus. Nefi menulis satu catatan bahawa dia harap dia dapat mempengaruhi anak-anak saudaranya untuk kembali ke iman bapa mereka, iaitu Lehi. Anak-anak Mosia menunjukkan kasih sayang yang sama semasa mereka mengkhutbahkan injil kepada keturunan Lehi.

Tuhan sudah sediakan cara bagi kita untuk berasa kasih sayang dalam keluarga yang akan berterus selamanya. Pemuda-pemudi Gereja hari ini berasa hati mereka terpaling kepada keluarga mereka. Mereka mencarikan nama-nama ahli-ahli keluarga mereka yang tidak berpeluang untuk menerima tatacara-tatacara penyelamatan dalam hidup ini. Mereka ambil nama-nama itu ke bait suci. Apabila merreka masuk ke air pembaptisan, mereka berpeluang untuk berasa kasih sayang Tuhan dan para ahli keluarga yang mereka wakili dalam tatacara-tatacara itu.

Saya masih ingat kasih sayang dari suara sepupu saya yang menelefon saya dan berkata, “Ibu kami sudah meninggal dunnia, dan Mak cik Mid hendakkan kamu tahu.”

Kamu yang melakukan tatacara-tatacara untuk ahli-ahli keluarga kamu melaku dengan kasih sayang, seperti anak-anak Mosia dan nabi Nefi. Seperti mereka, kamu akan berasa kebahagiaan terhadap orang yang menerima bantuan kamu. Kamu juga boleh berasa perasaan puas hati seperti Amon, yang berucap tentang pelayanan mubalighnya dalam kalangan ahli keluarganya seperti berikut:

“Oleh itu, marilah kita bermegah, ya, kita akan bermegah di dalam Tuhan; ya, kita akan bersukacita, kerana kebahagiaan kita penuh; ya, kita akan memuji Tuhan kita selama-lamanya. Lihatlah, siapakah yang dapat terlalu banyak bermegah di dalam Tuhan? Ya, siapakah yang dapat berkata terlalu banyak tentang kuasa-Nya yang besar, dan tentang belas kasihan-Nya, dan tentang panjang sabar-Nya terhadap anak-anak manusia? Lihatlah aku berkata kepadamu, aku tidak dapat mengatakan bahagian terkecil yang aku rasai” (Alma 26:16).

Saya bersaksi bahawa perasaan kasih sayang kamu ada terhadap ahli-ahli keluarga kamu—di mana-mana pun mereka berada— ialah satu pencapaian perjanjian bahawa Elia akan datang. Dia sudah datang. Anak-anak memalingkan hati kepada bapa mereka, dan bapa memaling hati kepada anak-anak mereka (lihat Maleakhi 4:5–6; Joseph Smith —Sejarah 1:38–39). Apabila kamu berasa tekanan untuk mencarikan nama nenek moyang kamu dan untuk mengambil nama-nama itu ke bait suci, kamu mengalami pencapaian nubuat itu.

Memangnya satu berkat untuk hidup pada masa apabila perjanjian berpaling hati sedang dicapai. Mildred Bennion Eyring berasa tekanan itu dalam hatinya. Dia menyayangi keluarga saudaranya, dan dia menghulurkan tangan kepada mereka. Mereka berpaling hati kepada Mak cik Mid dengan kasih sayang kerana mereka tahu dia menyayangi mereka.

Mengajar dari Pesanan Ini

Kamu mungkin hendak baca tentang nubuat Roh Elia bersama mereka yang kamu kunjungi (lihatMaleakhi 4:5–6; Joseph Smith—Sejarah 1:38–19 ). Bincang tentang cara-cara untuk melibatkan diri dalam sejarah keluarga, termasuk indeksing, fotoprafi, dan blog. Jika orang yang kamu kunjungi tidak tahu tentang FamilySearch.org, bertimbang untuk menunjukkan perkara itu kepada mereka.