Remaja
Kejayaan Melalui Yesus Kristus
Saya ada satu cabaran lebih makan. Kelebihan makan saya mengakibatkan perasaan salah, kemarahan, dan kekecewaan yang besar. Saya rasa sangat lemah apabila saya cuba untuk mengatasi masalah saya.
Buat satu masa yang lama saya lupa bahawa Penebusan Juruselamat tidak hanya menyelamatkan kita tetapi juga menebuskan kita dan menyempurnakan kita, dan ini juga diaplikasi kepada tabiat lebih makan saya.
Saya buat keputusan untuk menyerahkan diri kepada Juruselamat saya. Saya mengakui kelemahan saya dan keperluan saya untuk menerima rahmat dengan tulus ikhlas, dan kemudian saya minta Bapa Syurgawi untuk memberkati saya bantuan ilahi-Nya pada hari yang akan datang. Malam itu saya dapat rasa kepastian seorang Bapa yang berbelas kasihan dan Dia ingin menolong anak-Nya dan berkuasa untuk melaksanakan kehendak-Nya.
Semenjak malam itu, makanan tidak lagi ada pengaruhan yang kuat ke atas saya. Saya tahu Yesus Kristus ialah sebab kejayaan saya. Seperti Paulus, saya belajar bahawa “dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan” (Filipi 4:13). Dan saya cuba tidak melupai lagi satu ajaran dari Paulus: “Kita bersyukur kepada Tuhan yang memberikan kemenangan kepada kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita” (1 Korintus 15:57).