Pesanan Presidensi Utama, Mac 2015
Dikelilingi di dalam Pelukan Kasih-Nya
Seperti ramai orang, saya selalu diilham oleh seni lukis dan muzik. Suatu hari saya berdiri di depan satu lukisan oleh seorang artis Denmark, Frans Schwarz, yang bertajuk Penderitaan di dalam Taman.1
Lukisan yang cantik ini menunjukkan Juruselamat berlutut di dalam Taman Getsemani. Semasa Dia berdoa, seorang malaikat berdiri di sebelah-Nya, memeluk Dia, memberikan bantuan, pertolongan syurgawi, dan sokongan.
Lebih lama saya merenungkan lukisan ini, hati dan minda saya lebih penuh dengan perasaan halus dan kesyukuran. Saya boleh rasa, hanya sebahagian yang kecil, bagaimana Juruselamat rasa semasa Dia mulakan kepuncakan kerja kefanaan-Nya dengan mengambil ke atas diri sendiri dosa-dosa dunia.
Pengorbanan Putera Tuhan
Setiap tahun pada masa ini kita memperingatkan dan merenungkan pengorbanan Yesus Kristus untuk semua manusia.
Perkara yang dilakukan oleh Juruselamat dari Getsemani ke Golgota untuk pihak kita melebihi kefahaman saya. Dia angkat ke atas diri sendiri beban dosa kita dan bayarkan satu tebusan abadi untuk pelanggaran asal Adam dan juga untuk dosa-dosa dan pelanggaran semua jiwa yang pernah hidup. Pengorbanan yang abadi dan yang kudus ini menyebabkan “bahkan Tuhan, yang terbesar dari semuanya, gemetar kerana rasa sakit, dan berdarah pada setiap pori, dan menderita baik tubuh mahupun roh” (A&P 19:18).
Dia menderita untuk saya.
Dia menderita untuk kamu.
Jiwa saya melimpahi dengan kesyukuran apabila saya merenungkan maksud pengorbanan ini. Saya berasa rendah hati untuk mengetahui bahawa semua yang menerima kurnia ini dan memalingkan hati mereka kepada Dia boleh diampun dan disucikan daripada dosa mereka, tidak kira betapa gelap kesalahan mereka atau betapa berat beban mereka.
Kita boleh menjadi sempurna dan suci sekali lagi. Kita boleh ditebus oleh pengorbanan abadi Juruselamat terkasih kita.
Siapa Akan Menolong Kita?
Walaupun kita tidak akan mengalami penderita Tuhan kita, kita masing-masing akan mengalami masa gelap dan masa pahit—masa apabila kesedihan dan kedukaan kita akan nampaknya lebih besar daripada keupayaan kita untuk menahan. Akan ada masa apabila keberatan dan kekesalan dosa kita akan menyerang kita tanpa belas kasihan.
Namun begitu, jika kita memalingkan hati kita kepada Tuhan pada masa itu, tentunya Dia akan tahu dan faham. Dia yang sudah menderita tanpa mementingkan diri untuk kita di dalam taman dan di atas salib, tidak akan tinggalkan kita tanpa bantuan. Dia akan memperkuatkan, menggalakkan, dan memberkati kita. Dia akan mengelilingi kita di dalam pelukan kasih-Nya.
Dia akan menjadi lebih besar daripada seorang malaikat untuk kita.
Dia akan bawakan kita bantuan, penyembuhan, harapan, dan pengampunan.
Kerana Dia Penebus kita.
Pembebas kita.
Juruselamat dan Tuhan kita yang berbelas kasihan.
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemajan: 6/14. Penterjemahan First Presidency Message, March 2015. Malay. 12583 348