Pesanan Pengajaran Berkunjung, Mac 2015
Atribut Yesus Kristus: Menahan Penderitaan dan Bersabar
Kajikan bahan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkat iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Kesabaran biasanya dianggap sebagai satu ciri yang diam-diam dan pasif, tetapi seperti yang dikatakan oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Pertama, “Kesabaran bukan satu serahan yang pasif, dan ia bukan gagal untuk bertindak kerana perasaan takut. Kesabaran bererti menunggu dan menahan dengan aktif … walaupun hasrat hati kita ditangguhkan. Kesabaran bukan untuk menahan sahaja; ia adalah menahan dengan baik!”
Dalam kehidupan fana kita, Bapa Syurgawi sudah sediakan satu rancangan untuk kita—anak-anak roh-Nya—dan kita berteriak dengan gembira demi peluang untuk datang ke bumi (lihat Ayub 38:7). Apabila kita memilih untuk menyelaraskan kehendak kita dengan kehendak-Nya sepanjang kehidupan di bumi ini, Dia “akan menjadikan [kita] alat dalam tangan-[Nya] untuk penyelamatan banyak jiwa” (Alma 17:11).
Presiden Uchtdorf terus kata, “Kesabaran bererti menerima perkara yang tidak boleh diubahkan dan menghadapi perkara itu dengan keberanian, beradab, dan beriman. Ia bererti ‘rela untuk berserah pada segalanya yang Tuhan anggap patut untuk ditimpakan ke atas [kita], bahkan seperti anak kecil berserah kepada ayahnya’ [Mosia 3:19]. Sesudahnya, kesabaran bererti menjadi ‘teguh dan tabah, dan tak tergoyah dalam mentaati perintah-perintah Tuhan’ [1 Nefi 2:10] setiap jam setiap hari, mahupun pada masa yang susah.”1
Ayat-ayat Suci Tambahan
Dari Tulisan Suci
Tulisan suci memberitahu kita bahawa dalam kehidupan bumi kita, kita harus “bersabar dalam kesengsaraan, kerana [kita] akan mengalami banyak.” Kemudian Tuhan berikan kita janjian yang menyenangkan hati, “Bertahanlah di dalamnya, kerana, tengoklah, Aku besertamu, bahkan sampai akhir masa hidupmu” (A&P 24:8).
Cerita Alkitab berikut ialah satu contoh kesabaran dan iman.
“Ada seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan selama dua belas tahun … menyentuh hujung jubah [Kristus], dan dengan segera pendarahannya berhenti.
“Yesus berkata, ‘Ada orang yang menyentuh Aku. Aku tahu kerana kuasa telah keluar daripada-Ku.
“Wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui oleh Yesus. Dia datang dengan gementar lalu sujud pada kaki Yesus. Di hadapan semua orang, dia memberitahu Yesus mengapa dia menyentuh Yesus dan bagaimana penyakitnya sembuh dengan serta-merta.
“Yesus berkata kepadanya, ‘Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera”(Lukas 8:43–48).
Seperti wanita itu, kita boleh mendapat berkat dan bantuan, mahupun penyembuhan, apabila kita hulurkan tangan kepada Yesus Kristus—Penebusan-Nya boleh menyembuhkan kita.
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemajan: 6/14. Penterjemahan Visiting Teaching Message, March 2015. Malay. 12583 348