2015
Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Hemah
Jun 2015


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Jun 2015

Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Hemah

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimanakah pemahaman tentang sifat-sifat ilahi Juruselamat akan meningkatkan iman kamu dalam-Nya dan memberkati mereka yang anda awasi melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Biarlah sanubarimu juga penuh kasih amal terhadap semua orang, dan kepada kaum beriman, dan biarlah kebajikan mengisi pikiranmu dengan tidak ada hentinya; maka rasa percayamu akan menjadi kuat di hadirat Tuhan; dan ajaran keimamatan akan menitik ke atas jiwamu bagaikan embun dari langit.” (A&P 121:45).

Apakah maksud hemah? Presiden James E. Faust (1920–2007) berkata: “Hemah dalam erti sepenuhnya adalah semua sifat kebenaran yang menolong kita membentuk watak kita.”1 Presiden Gordon B. Hinckley (1910–2008) berkata: “Kasih Tuhan adalah akar kepada semua hemah, semua kebaikan, kesemua kekuatan watak.”2

Tentang hubungan antara wanita dan hemah, Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Wanita membawa dengan mereka ke dalam dunia ini sejenis hemah, satu kurnia ilahi yang membuat mereka cekap dalam menanam kualiti seperti iman, keberanian, empati dan berpekerti dalam hubungan dan dalam budaya. …

“Para saudari, diantara semua hubunganmu, ia adalah hubungan kamu dengan Tuhan, Bapa di Syurgamu,yang adalah punca kuasa moral kamu, yang kamu harus sentiasa letakkan paling utama dalam hidup kamu. Ingat bahawa kuasa Yesus datang melalui kesalihan tunggal-Nya kepada kehendak Bapa. … Berusaha untuk menjadi pengikut Bapa dan Anak seperti itu, dan pengaruhmu tidak akan pudar.”3

Ayat-ayat Suci Tambahan

Amsal 24:3–5;Filipi 4:8; 2 Petrus 1:3–5;Alma;A&P 38:23–24

Dari Tulisan Suci

Hari ini, para wanita berhemah, penuh dengan iman, menjangkau kepada Penyelamat. Dalam Lukas 8 kita membaca tentang seorang wanita dengan masalah pendarahan selama 12 tahun yang tidak boleh disembuhkan. Dia mencari penyembuhan apabila dia “dari belakang menjamah jumbai jubah-Nya, dan seketika itu juga berhentilah pendarahannya. … Yesus berkata, “Ada orang yang menyentuh Aku. Aku tahu kerana kuasa4 telah keluar daripada-Ku.” Wanita yang berhemah ini jatuh ke hadapan Dia, mengumumkan, “kepada orang yang banyak” yang “sebabnya ia menjamah Dia” dan “seketika itu juga menjadi sembuh. Dan Dia berkata kepada wanita itu, Hai anak-Ku, imanmu telah menyelamatkan engkau, pergilah dengan selamat!” (lihat Lukas 8:43–48; lihat juga 6:17–19).

Melalui hemah-Nya,5 Kristus boleh menyembuh, menjadikan, menguatkan, memberi keselesaan dan memberikan semangat apabila kita memilih dengan keberanian dan iman untuk menjangkau kepada-Nya.

Nota

  1. James E. Faust, “The Virtues of Righteous Daughters of God,” Liahona, Mei 2003, 108.

  2. Gordon B. Hinckley, “Excerpts from Recent Addresses of President Gordon B. Hinckley,” Ensign, Apr. 1996, 73.

  3. D. Todd Christofferson, “The Moral Force of Women,” Liahona, Nov. 2013, 29, 31.

  4. Hemah mempunyai kuasa (lihat Markus 5:30).

  5. Dalam Panduan Ayat Suci, “Imamat” diberi definisi: “Kuasa yang diberikan Tuhan kepada manusia untuk melakukan semua perkara dalam penyelamatan manusia” (A&P 50:26–27).

Timbangkan Ini

Bagaimanakah hemah memberi kuasa dan menguatkan kita ?