Pesanan Presidensi Utama, Jun 2015
Keluarga Boleh Bersama Selamanya
Kuasa imamat untuk mengikat keluarga secara abadi adalah satu pemberian yang paling agung dari Tuhan. Setiap orang yang memahami rancangan keselamatan menginginkan berkat yang kekal ini. Hanya dalam upacara pemeteraian yang dilakukan dalam bait suci Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang dibaktikan, Tuhan menawarkan janji bahawa keluarga boleh terikat bersama selama-lamanya
Kunci kuasa imamat yang membolehkan pemeteraian telah dipulihkan ke dunia oleh nabi Elia kepada Joseph Smith dalam Bait Suci Kirtland. Kunci imamat itu telah diturunkan dalam satu baris yang tidak terhenti melalui para nabi yang hidup dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sehingga hari ini.
Juruselamat dalam misi duniawi-Nya bercakap dengan Petrus, ketua Rasul-Nya mengenai kuasa untuk memeteraikan keluarga, apabila Dia berkata, “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya apa yang kamu ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kamu lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga” (Matius 18:18 )
Hanyalah dalam kerajaan selestial di mana kita boleh hidup dengan keluarga selamanya. Di sana kita boleh bersama keluarga dalam hadirat Bapa di Syurga dan Juruselamat. Nabi Joseph Smith menerangkan pengalaman yang indah itu dalam cara ini dalam Ajaran dan Perjanjian:
“Ketika Juruselamat akan menampakkan diri kita akan melihat-Nya seperti Dia adanya. Kita akan melihat bahawa Dia adalah seorang manusia seperti diri kita sendiri.
Dan kebermasyarakatan yang sama itu yang ada di antara kita di sini akan ada di antara kita di sana, hanya saja itu akan digandengkan dengan kemuliaan kekal, yang kemuliaan itu sekarang tidak kita nikmati” (A&P 130:1–2).
Ayat suci ini memberikan keyakinan bahawa kita boleh mencapai matlamat untuk mempunyai standard syurgawi dalam hubungan di dalam keluarga kita. Kita boleh mengasihi keluarga kita dengan lebih lagi, yang hidup mahupun mati, untuk melakukan apa yang kita boleh untuk memberikan mereka tatacara imamat yang akan mengikat kita di syurga.
Ramai antara kamu, muda dan tua, sedang melakukanya. Kamu telah mencari nama nenek moyang yang belum lagi menerima tatacara yang boleh mengikat kamu bersama.
Hampir semua daripada kamu mempunyai saudara mara hidup yang belum dimeteraikan dalam keluarga dengan kuasa imamat. Ramai yang mempunyai saudara mara hidup yang telah menerima tatacara imamat tetapi tidak menyimpan perjanjian yang mereka telah buat dengan Tuhan. Tuhan akan memberkati kamu supaya kamu boleh membantu saudara maramu dalam iman. Kamu ada satu perjanjian yang Tuhan telah buat dengan pengikut-Nya yang membawa yang lain kepada Dia:
“Dan barang siapa menerimamu, di sana Aku akan berada juga, karena Aku akan pergi di hadapan mukamu. Aku akan berada pada sisi kananmu dan pada sisi kirimu, dan Roh-Ku akan berada dalam hatimu, dan para malaikat-Ku di sekitarmu, untuk menopangmu.”(A&P 84:88).
Dari tingkap pejabat saya, saya boleh melihat pengantin lelaki dan perempuan mengambil gambar mereka di antara bunga yang cantik dan air pancut. Pengantin lelaki seringkali mengangkat pengantin perempuan dalam lengannya, untuk beberapa langkah, pada masa jurugambar mengambil gambar perkahwinan mereka. Setiap kali saya melihat itu, saya ingat kembali pasangan yang saya kenali yang dalam masa—yang singkat selepas perkahwinan mereka—harus mengangkat satu sama lain dalam cara yang berlainan apabila kehidupan menjadi susah. Kerja boleh hilang. Kanak-kanak boleh dilahir dengan dugaan yang besar. Kesakitan boleh datang. Kemudiannya, tabiat untuk melakukan kepada yang lain seperti yang kita ingin mereka lakukan kepada kita—pada masa lebih senang—akan menjadikan kita hero dan heroin dalam masa susah itu apabila ia mengambil lebih daripada apa yang kita fikir ada dalam diri kita.
Kita berhutang dengan keluarga kita, hubungan yang kita boleh bawa ke hadirat Tuhan. Kita harus cuba untuk tidak menyinggung atau tersinggung. Kita boleh menentukan untuk memaafkan dengan cepat dan penuh. Kita boleh cuba mencari kegembiraan orang lain terdahulu daripada kegembiraan diri kita. Kita boleh berhati baik dalam pertuturan kita. Apabila kita melakukan semua ini, kita akan menjemput Roh Kudus dalam keluarga kita dan ke dalam kehidupan kita.
Jaminan saya kepada kamu adalah, dengan pertolongan Tuhan dan hati yang bertaubat, kita boleh melihat sekilas pandang dalam hidup ini tentang cara hidup yang kita ingini untuk selamanya. Bapa di Syurga menyayangi kita. Dia mahu kita pulang kepada-Nya. Juruselamat, melalui kuasa Penebusan-Nya, memungkinkan penukaran dalam hati kita yang kita perlukan untuk memasuki bait suci, membuat perjanjian yang kita boleh laksanakan, dan dalam masa akan datang hidup bersama keluarga selamanya dalam kemuliaan rumah selestial —sekali lagi.
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemahan: 6/14. Penterjemahan First Presidency Message, June 2015. Malay. 12586 348