2015
Dihubungkan Secara Abadi kepada Keluarga Saya
Jun 2015


Remaja

Dihubungkan Secara Abadi kepada Keluarga saya

Pengarang ini tinggal di Utah, Amerika Syarikat.

Apabila saya dijadikan anak angkat pada umur tiga tahun, ibu lahir saya membenarkan pengangkatan dilakukan hanya jika ibubapa saya setuju untuk mengadakan tatacara Gereja saya dilakukan selepas saya berumur 12. Dia fikirkan bahawa saya perlu menjadi lebih matang untuk membuat pilihan untuk diri sendiri, tetapi ia amat sukar untuk menunggu.

Ya, ia memang susah untuk melihat kawan-kawan saya dibaptiskan apabila mereka berumur lapan tahun, tetapi apa yang lebih susah adalah mengetahui bahawa saya tidak boleh dimeteraikan kepada ibubapa angkat dan lima adik beradik lebih tua saya sehingga saya berumur 12. Saya takut bahawa sesuatu akan berlaku kepada saya dan saya tidak boleh dimeteraikan kepada mereka.

Apabila hari jadi ke-12 saya semakin hampir, kami mula membuat rancangan pembaptisan dan pemeteraian saya kepada keluarga saya. Ibubapa saya membenarkan saya memilih bait suci yang kami akan dimeteraikan. Saya selalu berfikir bahawa Bait Suci San Diego California adalah yang paling cantik, jadi seluruh keluarga saya bersetuju untuk memandu ke California untuk pemeteraian.

Saya tidak boleh tunggu untuk menjadi satu keluarga abadi dengan ibubapa dan adik beradik saya. Semasa pemeteraian, saya rasa Roh Kudus dengan kuat sehingga ia amat susah untuk dikatakan dengan perkataan. Akhirnya saya telah dimeteraikan dengan keluarga saya, perasaan bimbang saya digantikan dengan keselesaan dan keamanan, dengan pengetahuan bahawa saya sekarang dihubungkan dengan mereka selama-lamanya.

Cetak