Remaja
Menyimpan Rekod
Presiden Uchtdorf membandingkan zaman kita dengan zaman perintis. Walaupun anda tidak merentasi padang rumput, kamu lebih seperti perintis daripada apa yang anda fikirkan! Kamu juga boleh menunjuk belas kasihan, kerja kuat dan optimis. Dan sebagaimana kita mengetahui yang perintis menunjukkan kualiti ini kerana rekod yang mereka simpan, keturunan kamu juga boleh mengetahui kamu melalui jurnal anda.
Ambil beberapa minit untuk merekodkan sedikit tentang diri anda dalam jurnal. Anda boleh menulis tentang perkara yang rohani, tentang bagaimana anda memperolehi kesaksian anda dan mengatasi cabaran dengan pertolongan Bapa Syurgawi. Anda juga boleh menolong cucu-cicit anda (yang mungkin akan membaca jurnal anda satu hari nanti!) untuk mengetahui bagaimana kehidupan harian anda. Projek apa yang kamu lakukan di sekolah? Macam mana rupa bilik anda? Apakah kenangan kegemaran anda dengan keluarga kamu?
Apabila kamu menulis sedikit setiap hari, kamu bukan sahaja boleh melihat dengan lebih jelas bagaimana Bapa Syurgawi menolong kamu melalui hidup harian kamu, sama seperti dia menolong para perintis, tetapi anda juga akan meninggalkan legasi untuk keturunan kamu di masa hadapan.