2015
Atribut Ilahi Yesus Kristus: Mengampuni dan Berbelas Kasihan
Julai 2015


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Julai 2015

Atribut Ilahi Yesus Kristus: Mengampuni dan Berbelas Kasihan

Kajikan bahan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkat iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layarireliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Memahami bahawa Yesus Kritus telah mengampuni dan berbelas kasihan kepada kita boleh menolong kita mengampun dan berbelas kasihan kepada orang lain. “Yesus Kristus adalah Pencontoh kita,” kata Presiden Thomas S. Monson. “Hidup-Nya adalah sebuah legasi kasih sayang. Yang sakit Dia sembuhkan; yang melarat Dia angkatkan; si pendosa Dia selamatkan. Pada penghujungnya segerombolan perusuh yang marah mengambil nyawa-Nya. Tetapi dari bukit Golgota berdering perkataan: ‘Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.’—satu pernyataan yang seperti mahkota dalam kefanaan tentang belas kasihan dan kasih sayang.”1

Jika kita mengampuni orang lain tentang pencerobohan mereka, Bapa di Syurga akan mengampuni kita. Yesus meminta kita “Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!”(Lukas 6:36). Pengampunan untuk dosa kita datang dengan beberapa syarat” kata Presiden Dieter F.Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama. “Kita mesti bertaubat. … Tidakkah kita semua, pada satu masa pernah dengan rendah hati datang kepada kerusi belas kasihan dan merayu untuk rahmat. Tidakkah kita pernah ingin dengan semua kuasa jiwa kita untuk belas kasihan—dan diampuni untuk segala dosa yang kita pernah lakukan? … Benarkan Korban Tebusan Kristus untuk mengubah dan mengubati hati kamu. Sayangi satu sama lain. Maafkan satu sama lain.”2

Ayat-ayat Suci Tambahan

Matius 6:14–15; Lukas 6:36–37; Alma 34:14–16

Dari Tulisan Suci

“Kita harus mengampunkan sama seperti kita diampunkan,” kata Elder Jeffrey R. Holland dari Ku0rum Dua Belas Rasul.3 Cerita anak yang sesat menunjukkan kita dua belah pengampunan, satu anak lelaki diampuni tetapi satu anak lelaki bergelut untuk mengampuni.

Anak yang lebih muda mengambil semua pusaka dia, habiskanya dengan cepat, dan apabila kemarau tiba, dia bekerja menjaga babi. Ayat suci berkata “Akhirnya dia sedar,” dia pulang ke rumahnya dan berkata kepada bapanya bahawa dia tidak layak untuk menjadi anaknya. Tetapi bapa dia mengampuni dia dan menyembelih seekor lembu untuk satu jamuan besar. Anak yang paling tua pulang dari bekerja di ladang dan menjadi marah. Dia mengingatkan ayahnya bahawa dia sudah bertahun-tahun menolong bapa, tidak pernah melanggar perintah tetapi “tidak seekor kambing pun disembelih, supaya saya boleh bersukaria dengan kawan-kawan saya” Bapanya menjawab dan berkata, “Anakku, kamu sentiasa di sini dengan ayah. Segala yang ayah miliki juga milikmu” Patutlah kita adakan perjamuan dan bersukacita, kerana adikmu sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dulu dia sesat, tetapi sekarang sudah ditemui semula” (lihat Lukas 15:11–32).

Nota

  1. Thomas S. Monson, “Love, the Essence of the Gospel,” Liahona, May 2014, 91.

  2. Dieter F. Uchtdorf, “The Merciful Obtain Mercy,” Liahona, May 2012, 70, 75, 77; penekanan dalam yang asli

  3. Jeffrey R. Holland, “The Peaceable Things of the Kingdom,” Ensign, Nov. 1996, 83.

Timbangkan Ini

Bagaimana mengampuni memanfaatkan yang mengampun?