2015
Semuanya Baik
Julai 2015


Pesanan Presidensi Utama, Julai 2015

Semuanya Baik

Oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf

Apabila sya berfikir tentang sejarah perintis kita, salah satu perkara yang amat mengerakkan saya adalah lagu rohani “Mari, Mari, Orang Suci” (Hymns, no. 30). Mereka yang mengambil perjalanan yang panjang ke Lembah Salt Lake selalunya menyanyikan lagu ini semasa trek mereka.

Saya sedar bahawa memang semua tidak baik dengan Orang Suci ini. Mereka dibelenggu kesakitan, kepanasan, kepenatan, kesejukan, ketakutan, kelaparan, kesakitan, keraguan dan juga kematian.

Tetapi walaupun mereka mempunyai setiap alasan untuk menjerit, “Semua tidak baik”, mereka memupuk satu sikap yang kita kagumi pada zaman ini. Mereka melihat melepasi kesusahan mereka untuk keberkatan abadi. Mereka berterima-kasih walupun dalam keadaan mereka. Walapun dengan bukti bertentangan, mereka menyanyi dengan seluruh jiwa mereka, “Semuanya Baik”

Pujaan kita terhadap perintis adalah kosong jika ia tidak menyebabkan refleksi dalaman bagi bahagian kita. Saya akan menyebutkan beberapa sifat-sifat mereka yang memberi inspirasi sambil saya merenungi pengorbanan dan komitmen mereka.

Belas Kasihan

Para perintis menjaga satu-sama lain tidak mengira fahaman sosial, ekonomi atau politik. Walaupun kemaraan mereka diperlahankan, atau menyebabkan masalah, atau bererti pengorbanan peribadi dan kerja susah, mereka masih menolong satu-sama lain.

Dalam dunia kita yang didorong matlamat dan berpartisan, objektif parti atau individu boleh mengambil tempat utama daripada menjaga orang lain atau mengukuhkan kerajaan Tuhan. Dalam masyarakat zaman sekarang, mencapai satu matlamat ideology boleh dilihati sebagai satu ukuran nilai seseorang.

Membuat dan mencapai matlamat boleh menjadi sesuatu yang bagus. Tetapi apabila kejayaan untuk mencapai matlamat itu datang dengan harga untuk tidak menghiraukan, mengabaikan atau menyakiti orang lain, kos kejayaan itu mungkin akan menjadi terlalu berharga.

Para perintis menjaga mereka yang dalam kompeni mereka, tetapi mereja juga memikirkan untuk mereka yang akan datang selepas mereka, menanam tanaman untuk kumpulan kereta lembu yang akan datang.

Mereka mengetahui kekuatan keluarga dan kawan-kawan. Dan sebab mereka bergantung satu sama lain, mereka menjadi kuat. Kawan menjadi keluarga.

Para perintis menjadi satu peringatan yang penting untuk mengapa kita harus melepaskan diri dari godaan untuk bersendirian dan menjangkau dan menolong satu sama lain dan mempunyai belas kasihan dan kasih sayang untuk satu sama lain.

Kerja

Mari, mari, Orang-orang Suci,

Frasa ini menjadi lagu kebangsaan untuk ramai pengembara. Ia amat sukar untuk memikirkan betapa susahnya jiwa yang hebat ini bekerja. Berjalan adalah antara perkara yang paling senang mereka lakukan. Mereka harus berusaha bersama untuk membekalkan makanan, membaiki kereta lembu, menjaga haiwan, melayani mereka yang sakit dan lemah, mencari dan mengumpul air, dan melindungi diri mereka daripada bahaya cuaca dan bahaya hutan serta padang gurun.

Mereka bangun setiap pagi dengan tujuan yang amat jelas dan matlamat yang semua orang faham: untuk melayani Tuhan dan manusia sejagat dan untuk sampai ke Lembah Salt Lake. Setiap hari sebab dan tujuan mereka amat terang bagi mereka, mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan kemajuan setiap hari amat penting.

Dalam zaman kita—dimana semua yang kita mahukan adalah amat senang untuk didapati—ia amat senang untuk berpaling dan menyerah kalah apabila jalan dihadapan nampak sedikit berbatu atau cerun dihadapan naik curam didepan kita. Pada masa sebegitu, ia mungkin boleh memberi inspirasi untuk membayangkan lelaki, wanita dan kanak-kanak tersebut yang tidak membenarkan kesakitan, kesukaran dan juga kematian untuk menghalang mereka daripada jalan yang dipilih mereka.

Para peritis belajar bahawa melakukan perkara yang susah mendalamkan dan menguatkan badan, minda dan roh; memgembangkan fahaman tentang sifat ilahi mereka; dan meninggikan belas kasihan mereka kepada orang lain. Tabiat ini menguatkan roh mereka dan menjadi satu berkat lama selepas trek panjang dari padang ke gunung lama berakhir.

Optimis

Apabila perintis menyanyi, mereka menyanyikan ajaran ketiga: “Dengan kegembiraan, pergi kejalan anda”

Ini adalah satu ironi zaman kita dimana kita diberkat dengan sangat banyak perkara tetapi kita boleh menjadi sangat tidak gembira. Keajaiban kemakmuran dan teknologi membanjiri kita dan memancurkan kita dengan keselamatan, hiburan, kepuasan segera dan kemudahan. Tetapi, semua yang kita lihat disekeliling kita adalah rasa tidak puas hati.

Para perintis, yang mengorbankan banyak, hidup tanpa dan berlapar untuk perkara yang paling asas untuk hidup. Mereka faham bahawa kegembiraan tidak datang daripada nasib atau kemalangan. Ia memang pasti bahawa ia tidak datang dengan hajat kita dikabulkan. Kegembiraan tidak datang daripada keadaan luaran. Ia datang daripada dalam—tidak kira apapun yang berlaku disekeliling kita.

Para perintis tahu tentang itu, dan dengan semangat itu mereka menemui kegembiraan dalam setiap kegembiraan dalam setiap cubaan—walau dalam cubaan itu yang datang kebawah dan mengacau air yang amat dalam jiwa mereka.

Cubaan-Cubaan

Kadangkala kita melihat balik keatas apa yang dilalui perintis dan dengan lega berkata, “Nasib baik saya tidak hidup pada zaman itu.” Tetapi saya tertanya-tanya jika perintis yang berani itu, jika mereka boleh melihat kita sekarang, mungkin tidak menyuarakan kebimbangan yang sama.

Walaupun masa dan keadaan sudah berubah, prinsip untuk menghadapi kesusahan dan hidup bersama dengan berjaya sebagai satu masyarakat yang penyayang dan makmur dibawah Tuhan tidak berubah.

Daripada perintis kita boleh belajar untuk ada iman dan percaya kepada Tuhan Kita boleh belajar untuk berbelas-kasihan kepada orang lain. Kita boleh belajar bahawa kerja dan industri memberkat kita bukan sahaja secara duniawi tetapi secara rohani. Kita boleh belajar bahawa kegembiraan ada bagi kita tidak kira keadaan kita.

Cara terbaik kita boleh menghormati dan menunjukkan rasa terhutang budi kita adalah dengan mengabungkan dalam hidup kita sendiri keimanan kepada perintah Tuhan, belas kasihan dan kasih-sayang bagi manusia sejagat, dan industri, optimis dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh para perintis dengan amat baik dalam hidup mereka.

Sambil kita melakukan perkara ini, kita boleh menembusi masa berdekad lamanya, mengambil tangan perintis mulia, dan menambahkan suara kita kepada mereka sambil kita menyanyi: “Semuanya Baik” Semuanya Baik

Mengajar dari Pesanan Ini

Anda mungkin mahu menyanyi “Come, Come, Ye Saints” (Hymns, no. 30) bersama yang anda lawati. Kamu harus mengongsikan satu pengalaman apabila kamu atau orang lain telah menggunakan prinsip belas kasihan, kerja dan optimis. Jika didorong, kamu boleh memberi kesaksian tentang berkat yang datang daripada menghidupi prinsip dan perjanjian kepada mereka yang anda lawati supaya mereka boleh menerima berkat yang sama.