2015
Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus—Lembut dan Rendah Hati
Ogos 2015


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2015

Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Lembut dan Rendah Hati

Kajikan bahan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkat iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Yesus berfirman, “Orang yang terbesar antara kamu mesti menjadi seperti yang terkecil dan pemimpin mesti menjadi seperti hamba. Siapakah yang lebih mulia, orang yang duduk makan atau orang yang melayani dia? Tentu orang yang duduk makan. Tetapi Aku ada antara kamu sebagai orang yang melayan” (Lukas 22:26–27).

“Juruselamat ialah teladan teragung kita tentang kuasa kerendahan hati dan submisif. Kerana Dia menyerah kehendak-Nya kepada Bapa dan mendatangkan satu kejadian yang paling berkuasa dalam sejarah. Mungkin kata-kata yang paling kudus dalam semua kitab suci adalah, ‘Janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah’ (Lukas 22:42).”1

Sebagai pengikut Yesus Kristus kita selalu ingin menjadi seperti Dia. “Kelembutan hati adalah penting kepada kita untuk menjadi seperti Kristus,” kata Elder Ulisses Soares dari Tujuh Puluh. Tanpa kelembutan hati, kita tidak berupaya untuk mengembangkan kemurnian lain. Menjadi lembut hati tidak bererti kelemahan, ia bererti berkelakuan dengan kebaikan hati, tunjukkan kekuatan, ketenangan, harga diri yang sihat, dan kawalan diri.”2 Semasa kita berusaha untuk mengembangkan sifat ini, kita akan mendapati bahawa “menyerahkan kehendak kita kepada Bapa dengan rendah hati mendatangkan pemerkasaan Tuhan—kuasa kerendahan hati. Ia ialah kuasa untuk menentang percubaan kehidupan, kuasa ketenangan, kuasa harapan, kuasa satu jantung yang berdenyut dengan kasih sayang dan kesaksian tentang Juruselamat Yesus Kristus, mahupun kuasa penebusan.”3

Ayat-ayat Suci Tambahan

Matius 26:39; Yohanes 5:30; Mosia 3:19; Helaman 3:35

Dari Tulisan Suci

Salah satu masa yang paling manis dan paling berkuasa dalam pelayanan Kristus adalah apabila Dia membasuh kaki para rasul-Nya. “Yesus berdiri, menanggalkan jubah-Nya lalu mengikat sehelai tuala pada pinggang-Nya. Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu mula membasuh kaki pengikut-pengikut-Nya dan mengeringkannya dengan tuala yang terikat pada pinggang-Nya” (Yohanes 13:4–5).

Semasa Juruselamat memperkenalkan tatacara ini, para rasul mungkin merasa terharu bahawa Tuhan dan Guru mereka melutut di depan mereka dan melakukan pelayanan yang lembut hati. Kemudian Yesus jelaskan ajaran yang Dia ingin mereka dan kita belajar:

“Jika Aku sebagai Tuhan dan Guru kamu sudah membasuh kaki kamu, maka kamu wajib saling membasuh kaki.

“Aku sudah memberikan teladan kepada kamu semua, supaya kamu juga melakukan apa yang sudah Aku lakukan untuk kamu” (Yohanes 13:14–15).

Nota

  1. Richard C. Edgley, “The Empowerment of Humility,” Liahona, Nov. 2003, 99.

  2. Ulisses Soares, “Be Meek and Lowly of Heart,” Liahona, Nov. 2013, 9.

  3. Richard–C. Edgley, “The Empowerment of Humility,” 99.

Timbangkan Ini

Bagaimana kerendahan hati boleh menolong kita menyayangi seperti Juruselamat?