Pesanan Presidensi Utama, Ogos 2015
Berdiri sebagai satu Cahaya
Saya berpeluang untuk menghadiri banyak perayaan kebudayaan yang diadakan bersama dengan pembaktian bait suci. Saya suka semua perayaan itu, termasuk yang terkini di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat, pada bulan November lepas.
Para remaja Orang Suci Zaman Akhir yang mengambil bahagian dalam perayaan kebudayaan itu berikan program yang bagus dan yang tidak dapat dilupai. Tahun lalu di Phoenix, sebelum perayaan itu, saya memberitahu para peserta, “Kamu anak-anak cahaya.”
Saya ingin semua remaja Gereja tahu bahawa mereka ialah anak-anak cahaya. Sebab itu, mereka mempunyai satu tanggungjawab untuk menjadi “cahaya dalam dunia” (Filipi 2:15). Mereka ada satu tanggungjawab untuk mengongsikan kebenaran Injil. Mereka mempunyai satu panggilan untuk berdiri sebagai mata arah bait suci, memancarkan cahaya Injil dalam dunia yang menjadi semakin gelap. Mereka mempunyai satu tugas untuk menjaga cahaya mereka supaya ia menyala dengan terang.
Supaya kita boleh menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya” (1 Timotius 4:12), kita diri sendiri harus percaya. Kita mesti mengembang iman yang diperlukan untuk hidup secara rohani dan untuk memancarkan cahaya untuk orang lain. Kita mesti membela kesaksian kita sehingga ia menjadi sokongan hidup kita.
Di antara cara-cara yang paling berkesan untuk memperolehi dan menjaga iman yang kita perlukan hari ini adalah untuk membaca dan mengaji kitab suci dan untuk berdoa selalu. Kepada para remaja Gereja, saya kata, jika kamu belum buat demikian, kembangkan hari ini satu tabiat untuk mengaji kitab suci dan berdoa setiap hari. Tanpa kedua-kedua tabiat penting ini, pengaruhan duniawi dan realiti kehidupan boleh melemahkan atau memadamkan cahaya kamu.
Masa remaja tidak senang. Masa ini ialah masa yang penting, di mana Setan akan menggoda kamu dengan sedaya upaya untuk memikat kamu dari jalan yang akan membawa kamu balik ke syurga. Tetapi semasa kamu membaca, berdoa, melayan dan mematuh, kamu akan lebih memahami “terang yang bersinar dalam kegelapan” (A&P 6:21), Teladan dan kekuatan—kita—mahupun Tuhan Yesus Kristus. Dia ialah cahaya yang kita tegakkan untuk melenyapkan kegelapan (lihat 3 Nefi 18:24).
Dengan satu kesaksian yang kukuh tentang Juruselamat dan Injil-Nya yang sudah dipulihkan, kamu mempunyai peluang yang tidak terhad untuk bersinar. Peluang-peluang itu mengeliling kamu setiap hari, dalam apapun keadaan kamu berada. Apabila kamu mengikut teladan Juruselamat, kamu akan berpeluang untuk menjadi satu cahaya, dalam kehidupan orang di sekeliling kamu—ahli-ahli keluarga, rakan sekelas, rakan sekerja, kenalan, atau orang asing.
Apabila kamu satu cahaya kepada dunia ini, orang di sekeliling kamu akan merasa satu roh yang istimewa yang akan menggalak mereka untuk bercampur gaul dengan kamu dan untuk mengikut teladan kamu.
Saya merayu para ibubapa dan pemimpin remaja kita untuk menolong mereka berdiri kukuh demi kebenaran dan kesolehan. Mengembangkan perspektif mereka tentang pelajaran, pemahaman, dan pelayanan dalam kerajaan Tuhan. Binakan kekuatan dalam mereka untuk menahan godaan dunia. Berikan mereka kehendak untuk berjalan pada jalan kemurnian dan iman, untuk berdoa, dan untuk memandang ke syurga sebagai sokongan mereka.
Kepada remaja, saya berkata, Bapa Syurgawi kita menyayangi kamu. Semoga kamu merasa kasih sayang dari para pemimpin Gereja kamu. Semoga kamu berhasrat untuk melayan Bapa Syurgawi kamu dan Putera-Nya. Dan semoga kamu sentiasa berjalan pada kebenaran dan berdiri sebagai satu cahaya di kalangan anak-anak Tuhan.
© 2015 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/15. Kelulusan penterjemahan: 6/15. Penterjemahan First Presidency Message, August 2015. Malay. 12588 348