2015
Satu Peringatan Doa
September 2015


Kanak-Kanak

Satu Peringatan Doa

Presiden Eyring mengajar bahawa adalah penting untuk berdoa bersama keluarga kamu. Kamu boleh menjadi teladan kepada keluarga dengan berdoa setiap hari. Kamu juga boleh mengingatkan keluarga untuk berdoa bersama setiap hari. Ingatlah petikan ini dari satu ucapan oleh Presiden Eyring: “Bapa Syurgawi mendengar doa kamu. Dia menyayangi kamu. Dia tahu nama kamu” (“Continuing Revelation,” Liahona, Nov. 2014, 73). Tuliskan petikan ini pada satu keping kad atau kertas dan letak di mana seluruh keluarga kamu akan nampak. Dengan cara ini, kamu boleh selalu ingat bahawa Bapa Syurgawi ingin mendengar dari kamu!