Remaja
Berusaha untuk Berdoa
Presiden Eyring mengajar bahawa keluarga kamu boleh diberkati melalui perhubungan erat bersama Bapa Syurgawi. Kamu boleh memperbaiki perhubungan bersama Dia dengan memperbaiki doa kamu! Berikutan adalah beberapa idea untuk berbuat demikian:
Sebelum memulakan doa, ambil masa untuk merenungkan perkara yang kamu ingin ucapkan. Pertimbangkan soalan-soalan yang kamu mungkin ada atau perkara-perkara yang mengganggu kamu—kamu boleh catatkannya supaya tidak dilupai. Gunakan masa ini untuk menenangkan minda dari kesibukan harian supaya kamu boleh menumpukan perhatian kepada pengaruh halus Roh Kudus. Jika minda kamu sering merayau ketika berdoa, cuba gambarkan Bapa Syurgawi sedang mendengar. Berdoa dengan khusus. Juga, ambil beberapa minit pada akhir doa kamu untuk mendengar bisikan Roh. Kamu boleh catatkan pengaruh yang diperoleh dalam jurnal.
Ingatlah bahawa doa adalah suatu pekerjaan, jangan risau jika kamu memerlukan lebih banyak latihan atau tampak susah! Usaha kamu untuk berdoa akan membantu membentuk satu perhubungan dengan Tuhan yang akan memberkati banyak generasi.