2015
Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Belas Kasihan dan Baik Hati
Disember 2015


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Disember 2015

Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Belas Kasihan dan Baik Hati

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman sifat-sifat ilahi Juruselamat akan meningkatkan iman kamu kepada-Nya dan memberkati mereka yang kamu awasi melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Imej
Meterai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

“Dalam kitab suci, belas kasihan bermakna ‘menderita dengan.’ Ia juga bermakna menunjukkan rasa simpati, kasihan dan rahmat terhadap orang lain.”1

“Yesus telah memberi kita banyak contoh mengenai belas kasihan,” kata Presiden Thomas S. Monson. “Lelaki lumpuh di kolam Betesda; wanita yang berzina; wanita di perigi Yakub; anak perempuan Yairus; Lazarus, saudara Maria dan Marta—setiap satu mewakili mangsa dalam perjalanan Yerikho. Setiap satu memerlukan pertolongan.

“Kepada yang lumpuh di kolam Betesda, Yesus berkata, ‘Bangunlah, angkatlah tikarmu, dan berjalanlah.’ Kepada wanita berdosa yang datang, dia menasihati, ‘Pergilah, dan janganlah berdosa lagi.’ Untuk menolong dia yang datang untuk mengambil air, Dia menyediakan mata air yang ‘memancar di dalam dirinya dan memberi dia hidup sejati dan kekal.’ Kepada anak perempuan Yairus yang meninggal datangnya arahan, ‘Anak perempuan, Aku berkata kepadamu: Bangun!’ Kepada Lazarus yang telah dikuburkan, ‘Keluar.’

“Juruselamat selalu menunjukkan belas kasihan yang tidak terhad. … Mari kita buka pintu hati kita, supaya Dia—teladan hidup untuk belas kasihan yang tulen—boleh masuk.”2

Ayat-ayat Suci Tambahan

Mazmur 145:8; Zakaria 7:9; 1–Petrus 3:8; Mosia 15:1, 9; 3–Nefi 17:5—7

Dari Tulisan Suci

“Suami saya dan saya berlutut di sebelah anak perempuan kami yang berumur 17 tahun dan merayu untuk hidupnya,” kata Linda—S. Reeves, penasihat kedua dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan. “Jawapannya adalah tidak, tetapi . … kami mengetahui … bahawa … [Juruselamat] merasai belas kasihan untuk kita semasa kita dalam kesedihan.”3

“Salah satu cerita kegemaran saya dari hidup Juruselamat adalah cerita mengenai Lazarus. Kitab suci memberitahu kita bahawa ‘Yesus mengasihi Marta, … saudarinya [Maria], dan [saudara mereka] Lazarus.’”4 Apabila Lazarus jatuh sakit, khabar telah dihantar kepada Yesus, tetapi apabila Dia sampai Lazarus sudah meninggal dunia. Maria berlari kepada Yesus, jatuh pada kaki-Nya, dan menangis. Apabila Yesus melihat Maria menangis, “dia sedih hati dan terharu, dan … menangis” (Yohanes 11:33, 35).

“Itu adalah tugas kita. Kita mesti merasai dan melihat untuk diri kita sendiri dan kemudian menolong semua anak-anak Bapa Syurgawi untuk merasa dan melihat dan mengetahui bahawa Juruselamat kita telah mengambil bukan sahaja dosa-dosa kita tetapi juga kesedihan dan penderitaan dan kesengsaraan kita supaya Dia boleh tahu perasaan kita dan bagaimana untuk menghiburkan kita.”5

Nota-nota

  1. Guide to the Scriptures, “Compassion.”

  2. Thomas S. Monson, “The Gift of Compassion,” Liahona, Mar. 2007, 4–5, 8.

  3. Linda S. Reeves, “The Lord Has Not Forgotten You,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 120.

  4. Linda S. Reeves, “The Lord Has Not Forgotten You,” 118.

  5. Linda S. Reeves, “The Lord Has Not Forgotten You,” 120.

Pertimbangkan Ini

Siapakah yang boleh diberkati oleh rasa kasihan anda?

Cetak