2015
Meluangkan Masa untuk Juruselamat
Disember 2015


Pesanan Presidensi Utama, Disember 2015

Meluangkan Masa untuk Juruselamat

Musim Krismas telahpun tiba sekali lagi dan bersamanya permulaan satu tahun yang baru. Ia seolah-olah hanya kelmarin kita menyambut kelahiran Juruselamat dan membuat resolusi.

Di antara resolusi-resolusi tahun ini, adakah kita membuat resolusi untuk meluangkan masa kehidupan dan ruang hati untuk Juruselamat? Tidak kisah betapa berjayanya kita setakat ini dengan resolusi sedemikian, saya yakin kita semua ingin menjadi lebih baik. Musim Krismas inilah masa yang sesuai untuk memeriksa dan memperbaharui usaha-usaha kita.

Dalam kehidupan yang sibuk dengan pelbagai perkara yang bersaing untuk perhatian kita, kita perlu berusaha untuk membawa Kristus ke dalam kehidupan dan rumah kita. Dan ia penting agar kita, bagai Orang Bijaksana dari Timur, menumpu dengan tetap kepada bintang-Nya dan “datang untuk menyembah-Nya.”1

Sepanjang sejarah, pesanan dari Yesus adalah sama. Kepada Petrus dan Andreas di tepi pantai Galilea, Dia berkata, “Ikutlah aku.”2 Kepada Filipus datangnya panggilan, “Ikutlah aku.”3 Kepada orang Levi yang mengikuti adat-adat datangnya arahan, “Ikutlah aku.”4 Dan kepada anda dan saya, jika kita hanya dengar, akan datangnya jemputan yang sama: “Ikutlah aku.”5

Apabila kita mengikuti jejak langkah-Nya hari ini dan meneladani contoh-Nya, kita akan berpeluang untuk memberkati kehidupan orang lain. Yesus menjemput kita untuk mendermakan diri: “Lihatlah, Tuhan menuntut hati dan suatu fikiran yang rela.”6

Adakah sesiapa yang anda patut memberi layanan di musim Krismas ini? Adakah sesiapa yang menunggu lawatan anda?

Beberapa tahun yang lalu, saya melawat seorang janda tua pada musim Krismas. Semasa di sana, loceng pintu berbunyi. Terdiri di pintu adalah seorang doktor yang amat sibuk dan terkenal. Dia tidak dipanggil; tetapi, dia hanya terasa dia perlu melawat seorang pesakit yang kesepian.

Pada musim ini, hati mereka yang sepi memerlukan dan mengingini lawatan Krismas. Pada satu Krismas lalu semasa melawat satu pusat penjagaan, saya duduk dan bersembang dengan lima wanita warga tua, yang paling tua berumur 101 tahun. Dia sudahpun buta, namun masih mengenali suara saya.

“Uskup, kamu sedikit lewat tahun ini!” dia berkata. “Saya fikirkan kamu tidak akan datang.”

Kami mempunyai masa yang indah bersama. Walau bagaimanapun, terdapat seorang pesakit, melihat luar tingkap dan berkata dengan berulang kali, “Saya tahu anak lelaki saya akan datang melawat saya hari ini.” Saya tertanya-tanya jika dia akan datang kerana dia tidak pernah menelefon pada musim-musim Krismas sebelumnya.

Tahun ini kita masih berpeluang untuk menghulurkan tangan bantuan, hati yang penuh kasih, jiwa yang rela—dalam kata lain, mengikut contoh yang ditunjuk oleh Juruselamat dan melayan secara yang Dia ingin kita melayan. Apabila kita melayani-Nya, kita tidak akan kehilangan peluang, sepertimana pemilik penginapan dahulu,7 untuk meluangkan masa bagi-Nya dalam hidup dan ruang untuk-Nya dalam hati kita.

Bolehkah kita memahami janji hebat pesanan yang diberi oleh malaikat kepada gembala-gembala di padang: “Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang: … Pada hari ini di kota Daud telah lahir … Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan”?8

Ketika kita saling bertukar hadiah di musim Krismas, semoga kita mengingati, menghargai, dan menerima hadiah yang paling hebat di kalangan semua hadiah—kurniaan Juruselamat dan Penebus kita, agar kita boleh memperoleh kehidupan abadi.

“Kerana apakah itu menguntungkan seseorang jika suatu kurnia dilimpahkan ke atas dirinya, dan dia tidak menerima kurnia itu? Lihatlah, dia tidak bersukacita dalam apa yang diberikan kepadanya, tidak juga bersukacita dalam dirinya yang adalah pemberi kurnia itu.”9

Semoga kita mengikuti-Nya, melayani-Nya, menghormati-Nya, dan menerima kurnia-kurnia-Nya dalam hidup kita, agar kita boleh, dalam kata Bapa Lehi, “dikelilingi secara abadi di dalam pelukan kasih-Nya.”10

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Monson menyeru kita “berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa Kristus ke dalam kehidupan dan rumah kita.” Berbincanglah dengan mereka yang kamu ajar tentang bagaimana mereka boleh berusaha secara individu dan sebagai keluarga. Kamu boleh minta mereka untuk berfikir tentang seseorang atau keluarga tertentu yang boleh dilawat atau dilayan Krismas ini. “Tahun ini masih terdapat peluang untuk menghulurkan tangan bantuan, hati yang penuh kasih, dan jiwa yang rela.”

Cetak