2015
Cara-cara untuk Melayan pada musim Krismas
Disember 2015


Remaja

Cara-cara untuk Melayan pada musim Krismas

Presiden Monson mengambil masa untuk melawat warga tua dan mereka di pusat jagaan, terutamanya pada musim Krismas. Dia perasan terdapat mereka yang gembira kerana menerima pelawat, namun terdapat mereka yang hanya berharap untuk pelawat yang tidak datang. Terdapat mereka yang menunggu seseorang—mungkin Krismas ini, kamu boleh menjadi seseorang itu.

Berikut adalah senarai cara-cara agar kamu boleh memastikan tiada sesiapa yang berasa sepi Krismas ini. Cuba fikirkan cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk membantu komuniti kamu musim ini. “Adakah seseorang yang menunggu lawatan kamu?”

  • Buat kad Krismas untuk dihantar kepada mubaligh-mubaligh dan ahli gereja warga tua dan yang keseorangan di bahagian atau cabang kamu.

  • Jadi sukarelawan dengan organisasi komuniti tempatan.

  • Beri Kitab Mormon sebagai hadiah Krismas kepada kawan-kawan dan jiran-jiran.

  • Melawat warga tua dalam bahagian atau keluarga kamu.

  • Buat makanan dan berikan kepada jiran-jiran kamu.

Cetak