Pesanan Pengajaran Berkunjung, Mac 2016
Dicipta Menyerupai Tuhan
Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimanakah pemahaman mengenai “Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia” akan meningkatkan keimanan kamu terhadap Tuhan dan memberkati mereka di bawah jagaan kamu melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
“Kemudian Tuhan berfirman, Sekarang kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita, dan menyerupai Kita. …
“Demikianlah Tuhan menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan” (Kejadian 1:26–27).
Tuhan adalah Bapa Syurgawi, dan Dia mencipta kita menyerupai-Nya. Berkenaan kebenaran ini, Presiden Thomas S. Monson berkata: “Tuhan Bapa kita punyai telinga untuk mendengar doa-doa kita. Dia punyai mata untuk melihat tingkah laku kita. Dia punyai mulut untuk berfirman kepada kita. Dia punyai hati untuk merasai belas ihsan dan kasih sayang. Dia benar. Dia hidup. Kita adalah anak-Nya yang dicipta menyerupai-Nya. Kita menyerupai-Nya dan Dia menyerupai kita.”1
“Orang Suci Zaman Akhir melihat semua orang sebagai anak-anak Tuhan secara penuh dan sempurnanya; mereka menganggap setiap orang punyai asal ilahi, sifat, dan potensi.”2 Setiap orang “adalah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi.”3
“[Nabi] Joseph Smith juga telah pelajari bahawa Tuhan menginginkan anak-anak-Nya untuk menerima kewujudan yang ditahbiskan seperti-Nya.”4 Sepertimana Tuhan berfirman, “Karena lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebakaan dan kehidupan kekal bagi manusia” (Musa 1:39).
Ayat-ayat Suci Tambahan
Kejadian 1:26–27; 1 Korintus 3:17; Ajaran dan Perjanjian 130:1
Dari Tulisan Suci
Saudara lelaki Yared dalam Kitab Mormon telah mencari jalan untuk menerangi lapan kapal-kapal tongkang yang direka untuk membawa bangsa Yared ke negeri yang dijanjikan. Dia “meleburkan dari batu-batan enam belas batu kecil” dan berdoa agar Tuhan akan “sentuhlah batu-batu ini” dengan jari-Nya “agar boleh bersinar dalam kegelapan.” Dan Tuhan “menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh batu-batu itu satu demi satu.” Tirai telah ditarik daripada mata saudara lelaki Yared, dan “dia melihat jari Tuhan; dan ianya adalah seperti jari manusia. …
“Dan Tuhan berfirman kepadanya: Percayakah engkau firman yang akan Aku firmankan?
“Dan dia menjawab: Ya, Tuhan.”
Dan “Tuhan memperlihatkan diri-Nya kepada [saudara lelaki Yared]” dan berfirman, “Lihatlah kamu bahawa kamu diciptakan menurut rupa-Ku sendiri? Ya, bahkan semua manusia diciptakan pada permulaannya menurut rupa-Ku sendiri.” (Lihat Eter 3:1–16.)
© 2016 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/15. Kelulusan penterjemahan: 6/15. Penterjemahan Visiting Teaching Message, March 2016. Malay. 12863 348