2016
’Belajarlah daripada-Ku’
Mac 2016


Pesanan Presidensi Utama, Mac 2016

“Belajarlah daripada-Ku”

Dalam Gereja Yesus Krisuts Orang Suci Zaman Akhir, kita semua pengajar dan kita semua pelajar. Tuhan memberi undangan kepada semua dengan lembut: “Belajarlah daripad-Ku … kamu akan mendapat kesejahteraan.”1

Saya mengundang semua Orang Suci Zaman Akhir untuk merenungkan usaha masing-masing apabila mengajar dan belajar dan melihat kepada Juruselamat sebagai Panduan. Kita tahu bahawa “guru diutus oleh Tuhan”2 bukanlah hanya seorang guru biasa. Dia yang telah mengajar kita untuk mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati, segenap jiwa, dengan segala kekuatan dan seluruh akal kita, dan mengasihi sesama manusia seperti kita mengasihi diri, ialah Guru Unggul dan adalah Teladan kehidupan yang sempurna.

Dialah yang telah mengisytiharkan: “Mari, ikutlah Aku.”3 “Aku telah menunjukkan satu teladan bagimu.”4

Kecuali Kamu Mengubah Sikap

Yesus telah mengajar suatu kebenaran yang mudah tetapi mendalam yang direkod dalam Matius. Setelah Dia dan pengikut-pengikut-Nya turun dari Gunung Perubahan Muka, mereka berhenti seketika di Galilea dan kemudian pergi ke Kapernaum. Di sana pengikut-pengikut datang kepada Yesus, bertanyakan:

“Siapakah yang dianggap terbesar antara orang yang menikmati Pemerintahan Tuhan?

“Yesus memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua,

“Lalu Yesus berkata, Kecuali kamu mengubah sikap, dan menjadi seperti kanak-kanak, kamu tidak dapat menikmati Pemerintahan Tuhan.”5

Di dalam Gereja, matlamat pengajaran Injil bukanlah untuk menuang maklumat ke dalam minda anak-anak Tuhan, biarpun di rumah, di kelas, atau lapangan misi. Ia bukanlah untuk menunjukkan kepandaian ibu bapa, guru, atau mubaligh. Bahkan bukan hanya untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Juruselamat dan Gereja-Nya.

Matlamat asas mengajar adalah untuk membantu anak-anak lelaki dan perempuan Bapa Syurgawi kembali ke hadiran-Nya dan menikmati kehidupan abadi bersama-Nya. Untuk mencapai matlamat ini, pengajaran Injil haruslah menggalakkan mereka sepanjang perjalanan harian dalam penganutan dan perjanjian-perjanjian kudus. Sasarannya adalah untuk memberi ilham agar setiap individu memikirkan, merasai, dan melakukan sesuatu berkenaan penghidupan prinsip-prinsip Injil. Objektifnya adalah untuk membangunkan keimanan terhadap Tuhan Yesus Kristus dan untuk bertukar hati kepada Injil-Nya.

Pengajaran yang memberkatkan dan menukarkan hati dan menyelamat adalah pengajaran yang meneladani contoh Juruselamat. Guru-guru yang meneladani contoh Juruselamat mengasihi dan melayan mereka yang diajari. Mereka mengilhami pendengar-pendengar mereka dengan pengajaran abadi yang berkenaan kebenaran ilahi. Mereka menjalankan hidup yang layak diteladani.

Mengasihi dan Melayan

Keseluruhan pelayanan Juruselamat memberikan contoh untuk mengasihi sesama. Sesungguhnya, kasih dan layanan-Nya sering kali menjadi pengajaran-Nya. Dan juga demikian, guru-guru yang saya ingati ialah guru-guru yang mengenali dan mengasihi murid-murid mereka. Mereka berusaha untuk mencari kambing biri-biri yang hilang. Mereka mengajar pelajaran kehidupan yang saya akan sentiasa ingati.

Salah satu guru sedemikan ialah Lucy Gertsch. Dia kenali setiap muridnya. Dia dengan pastinya menelefon mereka yang tidak hadir hari Ahad itu atau mereka yang tidak datang langsung. Kami tahu bahawa dia mengasihi kami. Tiada daripada kami yang pernah melupai dia atau ajaran yang telah diajar.

Bertahun-tahun kemudian, apabila Lucy di pengakhiran hayatnya, saya telah melawatnya. Kami mengenangkan ketika dia guru kami begitu lama dahulu. Kami bersembang mengenai setiap orang dalam kelas kami dan apa yang mereka buat sekarang. Kasih dan asuhannya berlangsung sepanjang hayat.

Saya suka perintah Tuhan yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian:

“Dan Aku memberi kepadamu sebuah perintah agar kamu harus saling mengajarkan satu sama lain ajaran kerajaan.

“Ajarlah kamu dengan tekun dan kerahmatan-Ku akan menyertaimu.”6

Lucy Gertsch telah mengajar dengan tekun kerana dia mengasihi dengan gigih.

Tawarkan Harapan dan Kebenaran

Rasul Petrus menasihati, “Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki.”7

Kemungkinannya harapan yang terhebat seorang guru boleh tawarkan ialah harapan yang boleh didapati dari kebenaran Injil Yesus Kristus.

“Dan apakah yang harus kamu harapkan?” Mormon telah bertanya. “Lihatlah aku berkata kepadamu bahawa kamu akan berharapan melalui korban tebusan Kristus dan kuasa kebangkitan-Nya,untuk dibangkitkan kepada kehidupan abadi, dan disebabkan imanmu kepada-Nya menurut perjanjian tersebut.”8

Guru-guru, angkatlah suara kamu dan bersaksilah sifat benar kesatuan Ketuhanan. Isytiharkan kesaksian kamu mengenai Kitab Mormon. Sampaikan kebenaran indah dan hebat yang terkandung dalam rancangan keselamatan. Gunakan bahan-bahan yang dibenarkan oleh Gereja, terutamanya kitab-kitab suci, untuk mengajarkan kebenaran gereja Yesus Kristus yang telah dipulihkan dalam kesucian dan kesederhanaan. Ingatlah perintah Juruselamat untuk ”menyelidiki alkitab; kerana menyangka bahawa dengan cara itu, kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal.”9

Bantulah anak-anak Tuhan untuk memahami apa yang tulen dan penting dalam hidup ini. Bantulah mereka membangunkan kekuatan untuk memilih jalan yang akan memberi mereka keselamatan dalan perjalanan ke kehidupan abadi.

Ajarkan kebenaran, dan Roh Kudus akan sentiasa membantu usaha-usaha kamu.

“Belajarlah daripada-Ku”

Oleh kerana Yesus Kristus patuh dan taati Bapa-Nya dengan sempurna, Dia “bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia.10 Adakah kita punyai ketekunan untuk melakukan sedemikian? Sepertimana Yesus “menerima rahmat demi rahmat,”11 kita patut bersabar dan gigih mencari cahaya dan pengetahuan dari Tuhan dalam usaha kita untuk mempelajari Injil.

Mendengar adalah asas penting dalam pembelajaran. Apabila bersedia untuk diajar, kita berdoa untuk memperoleh ilham dan penetapan dari Roh Kudus. Kita merenung, berdoa, mengaplikasikan ajaran-ajaran Injil, dan kita memohon kehendak Bapa untuk diri kita.12

Yesus “mengajar … banyak perkara menggunakan perumpamaan,”13 yang memerlukan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, dan hati untuk memahami. Apabila kita hidup dengan layak, kita dapat mendengar bisikan Roh Kudus dengan lebih baik, dan ia boleh “mengajar [kita] segala-galanya, dan akan mengingatkan [kita] segala yang telah diajarkan.”14

Apabila kita menyahut undangan lembut Tuhan, “Belajarlah daripada-Ku,” kita mengambil bahagian dalam kuasa ilahi-Nya. Oleh itu, marilah kita, maju ke hadapan dengan semangat kepatuhan, mengikut Teladan Terbaik dengan mengajar sepertimana Dia inginkan kita mengajar dan belajar sepertimana Dia inginkan kita belajar.

Mengajar dari Pesanan Ini

Presiden Monson mengundang kita untuk “merenungkan usaha [kita] untuk mengajar dan belajar dan untuk melihat kepada Juruselamat sebagai Panduan.” Kamu boleh pertimbangkan pencarian kitab suci bersama mereka yang diziarahi untuk mencari pemahaman dalam cara Yesus telah mengajar dan belajar. Kamu boleh bermula dengan ayat suci yang dirujuk oleh Presiden Monson, seperti Matius 11:29, Yohanes 5:30, dan Markus 4:2. Kamu boleh berbincang bagaimana apa yang telah kamu dipelajari mengenai Kristus boleh membantu kamu “mengambil bahagian dalam kuasa ilahi-Nya.”