2016
Anak-anak Perempuan Bapa Abadi Kita
April 2016


Pesanan Pengajaran Berkunjung, April 2016

Anak-anak Perempuan Bapa Abadi Kita

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana memahami “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” meningkatkan iman kamu kepada Tuhan dan memberkati mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Meterai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Kitab suci mengajar kita bahawa “kita anak Tuhan” (Kisah Rasul-Rasul 17:29). Tuhan memanggil Emma Smith, isteri Nabi Joseph Smith, “anak perempuan-Ku” (A&P 25:1). Perisytiharan keluarga mengajar kita bahawa kita masing-masing adalah “anak rohani … perempuan kepada ibu bapa syurgawi.”1

“Dalam hidup [prafana], kita belajar mengenai identiti perempuan abadi kita,” kata Carole M. Stephens, penasihat pertama dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan.

Perjalanan fana kita ke bumi tidak mengubah kebenaran-kebenaran itu.”2

“Bapa Syurgawi kamu tahu nama kamu dan keadaan kamu,” kata Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dual Belas Rasul. “Dia mendengar doa-doa kamu. Dia tahu harapan dan impian kamu, dan juga ketakutan dan kekecewaan kamu.”3

“Kita masing-masing memiliki dan diperlukan dalam keluarga Tuhan.” kata Sister Stephens. “Semua keluarga di bumi ini berbeza. Kita berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan keluarga yang kukuh, tetapi keahlian dalam keluarga Tuhan tidak bergantung pada apa-apa status pun—perkahwinan, keibubapaan, kewangan, sosial, atau pun status yang kita pos pada media sosial.”4

Ayat-ayat Suci Tambahan

Yeremia 1:5; Roma 8:16; Ajaran dan Perjanjian 76:23–24

Dari Sejarah Kita

Dalam akaun Penglihatan Pertamanya,5 nabi Joseph Smith mengesahkan banyak kebenaran—termasuk bahawa Bapa Syurgawi kita tahu nama kita.

Joseph yang muda bergelut untuk mengetahui gereja mana yang harus dia sertai dan mendapat bimbingan dalam Yakobus 1:5. Joseph membuat kesimpulan bahawa dia akan menanya Tuhan.

Pada pagi satu musim bunga pada tahun 1820, dia pergi ke hutan untuk berdoa tetapi dengan segera ditangkap oleh kuasa yang gelap. Dia menulis:

“Tepat pada saat yang mencemaskan ini, aku melihat suatu tiang cahaya benar-benar berada di atas kepalaku, melebihi keterangan matahari, yang turun secara perlahan-lahan sehingga ia berada padaku.

Tidak lama selepas itu aku mendapati diriku telah dibebaskan daripada musuh yang mencengkamku. Ketika cahaya itu berada padaku, aku melihat dua Lembaga, yang mana keterangan dan kemuliaan Mereka tidak dapat digambarkan, berdiri di atasku di udara. Salah seorang daripada Mereka berfirman kepadaku, memanggil namaku, dan berfirman, sambil menunjuk kepada yang seorang lagi—Inilah Putera-Ku yang Ku kasihi. Dengarkanlah Dia!” Pada tahun 1829, Joseph Smith menerima kuasa imamat yang sama seperti yang Yesus Kristus berikan kepada para Rasul-Nya. Yohanes Pembaptis, yang membaptis Yesus, muncul kepada Joseph Smith dan menganugerahkan ke atasnya Imamat Harun, atau imamat yang lebih rendah. Petrus, Yakobus, dan Yohanes (tiga orang daripada para Rasul asal Yesus Kristus) kemudiannya muncul kepada Joseph Smith dan menganugerahkan kepadanya Imamat Melkisedek, atau imamat yang lebih tinggi.

Nota-nota

  1. “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Nov. 2010, 129.

  2. Carole M. Stephens, “Keluarga Ditetapkan Tuhan” Liahona, Mei 2015, 11.

  3. Jeffrey R. Holland, “To Young Women,” Liahona, Nov. 2005, 28.

  4. Carole M. Stephens, “Keluarga Ditetapkan Tuhan,” Liahona, Mei 2015, 11.

  5. Lihat Topik-topik Injil, “Laporan Penglihatan Pertama,” topics.lds.org

Pertimbangkan Ini

Bagaimanakah mengetahui bahawa anda seorang anak perempuan Tuhan mempengaruhi keputusan-keputusan anda?