2016
Nubuat dan Wahyu Peribadi
April 2016


Pesanan Presidensi Utama, April 2016

Nubuat dan Wahyu Peribadi

Gereja benar Yesus Kristus telah dipulihkan dan berada di bumi hari ini. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir telah sentiasa dipimpin oleh para nabi dan rasul yang hidup, yang selalu menerima bimbingan dari syurga.

Corak ilahi itu juga adalah benar pada masa yang lalu. Kita belajar dalam Alkitab: “Tuhan Raja tidak pernah melakukan sesuatu pun tanpa menyatakan rancangan-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya” (Amos 3:7).

Tuhan telah sekali lagi bercakap pada zaman kita, melalui Nabi Joseph Smith. Melalui Nabi Joseph Tuhan telah memulihkan Injil Yesus Kristus dengan sepenuhnya. Tuhan telah memulihkan imamat suci-Nya dengan kunci-kunci dan semua hak-hak, kuasa, dan fungsi kuasa kudus imamat.

Dalam hari kita, nabi dan rasul hidup diberi kuasa untuk bercakap, mengajar, dan membimbing dengan kuasa daripada Tuhan Bapa dan Tuhan Yesus Kristus. Juruselamat berkata kepada Nabi, “Apa yang telah Aku Tuhan firmankan, telah Aku firmankan, dan Aku tidak memaafkan diri-Ku; dan walaupun langit dan bumi berlalu, firman-Ku tidak akan berlalu, tetapi semuanya akan digenapi, apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama” (A&P 1:38).

Dalam persidangan umum dua kali setahun, kita diberkati dengan peluang untuk mendengar firman Tuhan untuk kita daripada hamba-hamba-Nya. Itu adalah hak istimewa yang tidak ternilai. Tetapi nilai peluang itu terpulang kepada sama ada kita menerima firman Tuhan melalui Roh yang sama seperti yang diberikan oleh hamba-hamba tersebut (lihat A&P 50:19-22). Seperti juga mereka menerima bimbingan daripada syurga, kita mesti juga. Dan ia memerlukan usaha rohani yang sama dari kita.

“Buat Kerja rumah Kamu”

Beberapa tahun yang lalu salah seorang ahli dari Kuorum Rasul Dua Belas meminta saya membaca satu ucapan persidangan yang dia sedang sediakan untuk persidangan umum. Pada masa itu saya seorang ahli junior dalam kuorum. Saya terharu dengan keyakinannya bahawa saya mungkin boleh membantu dia mencari kata-kata yang Tuhan mahu dia ucapkan. Dia berkata kepada saya dengan senyuman, “Oh, ini adalah draf yang ke-22 untuk ucapan ini.”

Saya mengingati nasihat Presiden Harold B. Lee yang mengasihi dan baik hati (1899-1973) kepada saya tidak lama yang lalu dengan penekanan yang besar: “Hal, jika kamu hendak menerima wahyu, buat kerja rumah kamu.”

Saya membaca, memikirkan, dan berdoa mengenai draf yang ke-22 itu. Saya mengkaji sebaik yang boleh di bawah dorongan Roh Kudus. Pada masa ahli kuorum itu memberikan ucapannya, saya telah membuat kerja rumah saya. Saya tidak pasti saya telah membantu, tetapi saya tahu bahawa saya telah diubah semasa saya mendengar ucapan itu. Pesanan datang kepada saya jauh dari yang saya telah baca atau yang diucapkannya. Kata-kata tersebut mempunyai maksud yang lebih besar dari apa yang saya baca dalam draf itu. Dan pesanan itu seolah-olah diberikan untuk saya, dilengkapi untuk keperluan saya.

Hamba-hamba Tuhan berpuasa dan berdoa untuk menerima pesanan-Nya untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan wahyu dan inspirasi. Apa yang saya belajar dari pengalaman itu, dan banyak lain seperti itu, adalah untuk memperoleh manfaat besar yang sedia ada daripada mendengar para nabi dan rasul hidup, kita mesti bayar harga sendiri untuk menerima wahyu.

Tuhan mengasihi setiap orang yang mendengar pesanan-Nya, dan Dia mengenali hati dan keadaan setiap orang. Dia tahu apa yang perlu dibetulkan, jenis dorongan, dan kebenaran Injil yang paling berkesan untuk membantu setiap orang memilih jalan mereka dalam perjalanan ke kehidupan abadi.

Kita yang mendengar dan menonton pesanan persidangan umum kadangkala berfikir kemudian, “Apa yang paling saya ingati?” Harapan Tuhan untuk setiap seorang dari kita adalah bahawa jawapan kita seperti berikut: “Saya tidak akan melupakan waktu saya merasai suara Roh di dalam minda dan hati memberitahu saya apa yang boleh saya lakukan untuk menggembirakan Bapa Syurgawi dan Juruselamat saya.”

Kita boleh menerima wahyu peribadi itu apabila kita mendengar para nabi dan rasul dan apabila kita bekerja dengan iman untuk menerimanya, seperti dikatakan oleh Presiden Lee. Saya tahu bahawa ia adalah benar dari pengalaman dan melalui kesaksian dari Roh.

Mengajar dari Pesanan Ini

Pertimbangkan untuk membaca dengan kuat cerita Presiden Eyring tentang kajian draf ucapan persidangan ahli kuorumnya. Anda mungkin bertanya, “Apakah harga penerimaan wahyu?” Selepas perbincangan anda, anda boleh menjemput mereka yang kamu kunjung untuk memikirkan dan memulakan satu pelan untuk menerima pesanan-pesanan persidangan umum yang akan datang “di bawah dorongan Roh yang sama seperti yang diberikan kepada hamba-hamba [Tuhan].”