Pesanan Presidensi Utama, Jun 2016
Bapa Kita, Mentor Kita
Pernahkah anda membuka sekotak bahagian, menarik keluar arahan pemasangan, dan memikirkan, “Ini tidak masuk akal langsung”?
Kadangkala, walaupun niat terbaik kita dan keyakinan dalaman, kita menarik keluar sebahagian dan menanya, “Apakah kegunaan ini?” atau “Bagaimana ini dapat dipasangkan?”
Kekecewaan kita meningkatkan semasa kita melihat kotak dan memperhatikan penafian yang mengatakan, “Pemasangan diperlukan—umur 8 dan ke atas.” Oleh kerana kita masih tidak ada petunjuk, ini tidak meningkatkan keyakinan atau harga diri kita.
Kadangkala kita ada pengalaman hampir sama dengan Injil. Semasa kita melihat sebahagiannya, kita mungkin menggaru kepala kita dan bertanya diri apa fungsi bahagian itu. Atau semasa kita memeriksa sebahagian lain, kita mungkin menyedari bahawa bahkan selepas kita berusaha untuk memahami dengan sepenuhnya, kita hanya tidak dapat memikirkan mengapa bahagian itu dimasukkan.
Bapa Syurgawi Kita adalah Mentor Kita
Mujurlah, Bapa Syurgawi kita telah memberikan kepada kita arahan yang baik untuk menyusun kehidupan kita dan memasangkan diri kita yang terbaik. Arahan ini berfungsi tanpa mengira pada umur kita atau keadaan. Dia telah memberikan kepada kita Injil dan Gereja Yesus Kristus. Dia telah memberikan kepada kita rancangan penebusan, rancangan keselamatan, bahkan rancangan kegembiraan. Dia tidak meninggalkan kita bersendirian dengan semua ketidakpastian atau cabaran kehidupan, mengatakan, “Kamu di sini. Semoga berjaya. Selesaikannya.”
Jika kita hanya sabar dan melihat dengan hati yang rendah serta fikiran terbuka, kita akan menyedari bahawa Tuhan telah memberikan kepada kita banyak alat untuk memahami arahan yang komprehensif dengan lebih baik untuk kegembiraan dalam kehidupan:
-
Dia telah memberi kita kurniaan Roh Kudus yang tidak ternilai, yang berpotensi untuk menjadi pengajar kita secara peribadi, syurgawi kita semasa kita mengkaji firman Tuhan dan cuba membawa fikiran dan tindakan kita sejajar dengan firman-Nya.
-
Dia telah memberikan kepada kita akses 24/7 kepada-Nya melalui doa beriman dan rayuan dengan niat yang bersungguh-sungguh.
-
Dia telah memberikan kepada kita para rasul dan para nabi yang moden, yang mewahyukan firman Tuhan pada zaman kita dan memiliki kuasa untuk mengikat dan memeteraikan di atas bumi dan di syurga.
-
Dia telah memulihkan Gereja-Nya—sebuah organisasi dari orang percaya yang bekerja bersama untuk menolong satu sama lain semasa mereka menyelesaikan keselamatan mereka dengan ketakutan, gementar, dan kenikmatan yang hebat.1
-
Dia telah memberikan kepada kita tulisan suci—firman-Nya yang tertulis bagi kita.
-
Dia telah memberikan pelbagai alat teknologi moden untuk membantu kita dalam perjalanan penganutan kita. Banyak dari alat-alat menakjubkan ini boleh didapati di LDS.org.
Mengapa Bapa Syurgawi telah memberi banyak pertolongan kepada kita? Kerana Dia mengasihi kita. Dan kerana, seperti Dia mengatakan tentang diri-Nya, “Inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”2
Dalam perkataan lain, Bapa Syurgawi adalah Tuhan kita, dan Tuhan adalah seorang mentor kepada kita.
Bapa kita di syurga tahu keperluan anak-anak-Nya lebih baik daripada semua orang lain. Itulah kerja-Nya dan kemuliaan-Nya untuk menolong kita pada setiap pusingan, memberikan kepada kita sumber secara duniawi serta rohani yang menakjubkan untuk menolong kita pada perjalanan kita untuk kembali kepada-Nya.
Setiap Bapa adalah Mentor
Di dalam beberapa bahagian dunia ini, bapa-bapa dihormati oleh keluarga dan masyarakat dalam bulan Jun. Ia selalu baik untuk menghormati ibu bapa kita. Bapa-bapa lakukan banyak perkara yang baik bagi keluarga mereka dan mempunyai banyak sifat yang mengagumkan. Dua dari peranan yang terpenting bapa-bapa mempunyai dalam kehidupan kanak-kanak mereka adalah menjadi contoh yang baik dan seorang mentor. Bapa-bapa lakukan lebih banyak daripada memberitahu kepada kanak-kanak apa yang betul atau yang salah; mereka lakukan banyak lagi daripada melambung buku panduan kepada mereka dan menyangka mereka untuk menyelesaikan kehidupan bagi diri mereka.
Bapa-bapa mengajar kanak-kanak yang berharga dan menunjuk melalui contoh mereka cara kehidupan yang jujur dijalankan. Bapa-bapa tidak meninggalkan kanak-kanak mereka bersendirian tetapi bergegas untuk pembantuan mereka, membantu mereka bila-bila mereka tersandung. Dan kadangkala apabila kebijaksanaan cadangkan, bapa-bapa membenarkan kanak-kanak mereka berjuang, menyedari bahawa ini mungkin cara yang terbaik bagi pelajaran mereka.
Kita Semua Orang Mentor
Apabila bapa duniawi lakukan ini untuk kanak-kanak diri mereka, roh pembimbing adalah sesuatu kita perlukan menawarkan kepada semua anak Tuhan, tanpa mengira umur, tempat, atau keadaan. Ingatlah, Anak-anak Tuhan ialah abang dan kakak kita; kita semua dari keluarga abadi yang sama.
Dalam hal ini, marilah kita semua menjadi orang mentor—bersemangat menjangkau dan menolong satu sama lain untuk menjadi diri kita yang terbaik. Kerana kita anak Tuhan, kita berpotensi menjadi seperti-Nya. Menyayangi Tuhan dan sesama kita, mematuhi perintah Tuhan, dan mengikuti teladan Kristus adalah perjalanan lurus, sempit, serta gembira untuk kembali kepada kehadiran ibu bapa syurgawi kita.
Jika Tuhan alam semesta mengambil berat banyak mengenai kita agar Dia adalah seorang mentor kepada kita, mungkin kita juga boleh menjangkau kepada sesama kita, tanpa mengira warna, bangsa, keadaan sosioekonomi, atau agama. Marilah kita menjadi orang mentor yang diilhamkan dan memberkati kehidupan orang lain—bukan sahaja kanak-kanak diri kita tetapi semua anak Tuhan di seluruh dunia.
© 2016 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/15. Kelulusan penterjemahan: 6/15. Penterjemahan First Presidency Message, June 2016. Malay. 12866 348