Pesanan Pengajaran Berkunjung, Jun 2016
Tatacara Bait Suci dan Perjanjian
Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” boleh meningkatkan iman kamu dalam Tuhan dan memberkati orang yang kamu mengawasi melalui pengajaran berkujung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Semua tatacara yang diperlukan untuk keselamatan dan kemuliaan disertakan oleh perjanjian dengan Tuhan. “Membuat dan memegang perjanjian bermaksud memilih untuk menambatkan diri kita kepada Bapa kita Di Syurga dan Yesus Kristus,” berkata Linda K. Burton, Presiden Umum Lembaga Pertolongan.1
Elder Neil L. Andersen dari Kuorum Dua Belas Para Rasul kata, “Tuhan berkata, ‘Dalam tatacara … kuasa ketuhanan dinyatakan.’
“Terdapat berkat-berkat yang istimewa dari Tuhan untuk setiap orang layak yang dibaptis, menerima Roh Kudus, dan mengambil sakramen secara tetap.”2
“Apabila lelaki dan perempuan pergi ke bait suci,” kata Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul, “mereka dianugerahi dengan kuasa sama, ialah kuasa Imamat …
“… Semua lelaki dan semua perempuan ada akses kepada kuasa ini untuk membantu kehidupan mereka. Semua yang membuat perjanjian kudus bersama Tuhan dan menghormati perjanjian itu menjadi layak untuk menerima wahyu peribadi, untuk diberkati oleh pelayanan para malaikat, untuk bercakap dengan Tuhan, menerima Injil yang dipulihkan, dan akhirnya, untuk menjadi pewaris bersama Yesus Kristus bagi semua yang Bapa memiliki.”3
Ayat-ayat Suci Tambahan
Kisah Benar
Dalam 2007, empat hari selepas gempa bumi yang besar di Peru, Elder Marcus B. Nash dari Tujuh Puluh menemui presiden cawangan Wenceslao Conde dan isterinya, Pamela. “Elder Nash menanya Sister Conde apa khabar kanak-kanak kecil dia. Dengan senyuman, dia membalas bahawa melalui kebaikan Tuhan mereka semua selamat dan baik. Dia menanya tentang rumah Conde.
“‘Tiada,’ dia hanya berkata.
“… ’Tetapi,’ Elder Nash berkata, ‘kamu masih senyum semasa kita bercakap.’
“’Ya,’ dia kata, ‘Saya telah berdoa dan saya berasa damai. Kita ada semua yang kita perlukan. Kita ada satu sama lain, kita ada kanak-kanak kita, kita dimeterai di dalam bait suci, dan kita ada Gereja yang menakjubkan ini, dan kita ada Tuhan. Kita dapat membina semula dengan bantuan Tuhan.’ …
“Apa itu tentang membuat dan mentaati perjanajian dengan Tuhan yang memberikan kita kuasa untuk tersenyum melalui kesusahan, untuk menukar kesusahan kepada kejayaan … ?”
“Sumbernya adalah Tuhan. Akses kita kepada kuasanya adalah melalui perjanjian kita bersama-Nya.”4
© 2016 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/15. Kelulusan penterjemahan: 6/15. Penterjemahan Visiting Teaching Message, June 2016. Malay. 12866 348