2016
Mematuhi Perintah-perintah dan Menyayangi yang Lain
September 2016


Remaja

Mematuhi Perintah-perintah dan Menyayangi yang Lain

Apabila kita berfikir tentang kasih sayang, sering kali perkara pertama yang datang ke fikiran adalah wayang romantis, coklat, dan bunga. Tetapi kasih sayang—kasih sayang sejati—adalah jauh lebih mendalam dan lebih tidak mementingkan diri daripada itu. Yesus Kristus hidup untuk kita dan mati untuk kita kerana kasih-Nya untuk kita. Malah, dua perintah yang besar adalah untuk mengasihi Tuhan dan mengasihi orang lain (lihat Matius 22:36–40). Tetapi bagaimana kita boleh menunjukkan kepada orang lain yang kita mengasihi mereka?

Presiden Uchtdorf mengongsi perumpamaan Kristus tentang dua orang anak lelaki, seorang yang bekerja untuk bapanya dan seorang lagi yang tidak. Juruselamat menekankan bahawa hanya anak yang mematuhi bapanya benar-benar mengasihinya. Begitu juga, apabila kita mematuhi perintah-perintah Tuhan, kita menunjukkan yang kita mengasihi-Nya dan mahu kembali kepada-Nya.

Tetapi bagaimana kita menunjukkan yang kita mengasihi semua orang? Presiden Uchtdorf menjelaskan juga: “Jika kita benar-benar mengasihi sesama manusia, kita akan menghulurkan diri kita untuk membantu ‘yang miskin dan yang memerlukan, yang sakit dan yang sengsara.’ Bagi mereka yang melakukan perbuatan belas kasihan dan layanan yang tidak mementingkan diri sendiri ini, ialah sama seperti pengikut Yesus Kristus.

Jadi, lain kali apabila anda melihat ibu bapa anda, adik-beradik, atau kawan, fikirkanlah tentang melayani mereka untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada mereka. Bukan sahaja ini membuatkan mereka dan anda gembira, tetapi ini juga akan membuat Bapa di Syurga anda gembira.