Pesanan Presidensi Utama, Ogos 2016
Selepas Kasih Sayang, Seterusnya Apa?
Nabi terkasih kita, Presiden Thomas S. Monson, telah mengajar bahawa “kasih sayang adalah intipati Injil.”1
Kasih sayang adalah begitu penting sehingga Yesus memanggil ia “hukum yang pertama dan yang besar” dan berkata bahawa setiap zarah undang-undang dan kata-kata para nabi bergantung ke atasnya.2
Kasih sayang adalah motif utama untuk semua yang kita lakukan dalam Gereja. Setiap program, setiap mesyuarat, setiap tindakan kita buat sebagai pengikut Yesus Kristus harus berasal dari sifat ini—kerana tanpa kasih ihsan, “kasih suci Kristus,” kita adalah tiada apa-apa.3
Apabila kita memahami ini dengan minda dan hati kita, apabila kita mengisytiharkan kasih sayang kita kepada Tuhan dan untuk sesama manusia kita—kemudiannya apa?
Adakah rasa kasihan dan kasih sayang untuk orang lain mencukupi? Adakah pengisytiharan kasih sayang kita kepada Tuhan dan sesama memenuhi tanggungjawab kita kepada Tuhan?
Perumpamaan tentang Dua Anak Lelaki
Di Bait Suci di Yerusalem, imam-imam utama dan orang tua-tua Yahudi mendekati Yesus untuk memerangkap Dia dalam kata-kata-Nya. Juruselamat, bagaimanapun, memutarkan situasi berikut kepada mereka dengan memberitahu satu cerita.
“Ada seorang lelaki yang mempunyai dua anak lelaki,” Dia mulakan. Bapa itu pergi kepada anak yang sulung dan meminta dia untuk pergi bekerja di ladang anggur. Tetapi anak itu menolak. Kemudian anak itu “bertaubat, dan pergi.”
Bapa itu kemudiannya pergi kepada anak yang kedua dan meminta dia untuk pergi bekerja di ladang anggur tersebut. Anak kedua memberi jaminan kepadanya bahawa dia akan pergi, tetapi dia tidak pernah pergi.
Kemudian Juruselamat berpaling kepada para imam dan orang tua-tua dan bertanya, “Siapakah di antara dua anak itu yang melakukan kehendak bapanya?”
Mereka mengakui bahawa ia merupakan anak lelaki sulung—yang berkata dia tidak akan pergi tetapi kemudian bertaubat dan pergi bekerja di ladang tersebut.4
Juruselamat menggunakan cerita ini untuk menekankan satu prinsip yang penting— mereka yang taat kepada perintah-perintahlah yang benar-benar mengasihi Tuhan.
Mungkin inilah sebabnya Yesus berkata kepada orang ramai untuk mendengar dan mengikuti kata-kata Farisi dan jurutulis tetapi jangan mengikuti contoh mereka.5 Pengajar-pengajar agama ini tidak melakukan apa yang mereka ajarkan. Mereka suka untuk bercakap tentang agama, tetapi malangnya mereka terlepas intipatinya.
Tindakan dan Keselamatan kita.
Dalam salah satu pengajaran terakhir Juruselamat kepada pengikut-Nya, Dia bercakap kepada mereka tentang Penghakiman akhir. Orang yang jahat dan orang yang soleh akan dipisahkan. Orang soleh akan mewarisi kehidupan abadi; orang jahat akan dihantar ke hukuman abadi.
Apakah perbezaan di antara dua kumpulan ini?
Mereka yang menunjukkan kasih sayang mereka melalui tindakan telah diselamatkan. Mereka yang tidak melakukannya telah dihukum.6 Penukaran hati benar kepada Injil Yesus Kristus dan kepada nilai-nilai dan prinsip-prinsip Nya akan disaksikan melalui tindakan kita dalam kehidupan harian.
Akhirnya, perisytiharan kasih sayang kepada Tuhan dan sesama manusia semata-mata tidak melayakkan kita untuk permuliaan. Kerana, seperti yang Yesus mengajarkan, “tidak semua orang yang memanggil Aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan,’ akan menikmati Pemerintahan Tuhan, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.”7
Apakah yang datang selepas Kasih Sayang?
Jawapan kepada soalan “Selepas Kasih Sayang, Seterusnya Apa?” boleh menjadi mudah dan terus-terang. Jika kita benar-benar mengasihi Juruselamat, kita mahu memberi hati kita kepada-Nya dan kemudian kita berjalan di laluan penganutan. Apabila kita mengasihi Tuhan, kita akan berusaha untuk mematuhi perintah-Nya.8
Jika kita benar-benar mengasihi sesama manusia, kita akan menghulurkan diri kita untuk membantu “yang miskin dan yang memerlukan, yang sakit dan yang sengsara.”9 Bagi mereka yang melakukan perbuatan belas kasihan dan pelayanan yang tidak mementingkan diri sendiri ini,10 ialah sama seperti pengikut Yesus Kristus.
Ini adalah apa yang datang selepas kasih sayang.
Ini adalah intipati Injil Yesus Kristus.
© 2016 Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/16. Kelulusan penterjemahan: 6/16. Penterjemahan First Presidency Message, September 2016. Malay 12869 348